PELAJAR UNIVERSITI ISLAM MEMBERSIHKAN KUIL?

PELAJAR UNIVERSITI ISLAM MEMBERSIHKAN KUIL?

# Bandingkan dengan gotong-royong membersihkan kandang ‘ba alif ba ya’

Satu perkembangan baharu sedang berlaku dalam negara yang sepatutnya membimbangkan kita semua apabila sekumpulan pelajar Muslim tanah air telah melancarkan inisiatif untuk membersihkan sebuah kuil yang terkesan dengan banjir besar yang berlaku baru-baru ini.

https://www.facebook.com/211591442051/posts/10160161864202052/

Perbuatan mereka salah dan bertentangan dengan Islam.

Akidah Islam menuntut supaya setiap Muslim berlepas diri daripada semua hal syirik bukan sahaja dalam kepercayaan malah dalam tutur kata dan perbuatan selari dengan kalimah syahadah Lailahaillallah yang merupakan kesaksian dan penafian bahawa tiada sembahan yang benar kecuali Allah ﷻ dan segala sembahan selain Allah ﷻ adalah batil dan tertolak.

Tempat-tempat seperti kuil, gereja dan sinagog jelas merupakan tempat-tempat syirik di mana Allah ﷻ disekutukan dengan sembahan-sembahan lain yang mengundang kemurkaan serta kebencian Allah ﷻ sehinggakan orangnya diancam dengan azab seksa api neraka dan akan terus kekal terseksa di dalamnya buat selama-lamanya jika dia mati dalam keadaan sedemikian dan tidak bertaubat daripadanya.

Firman Allah ﷻ:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa pun) dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan syariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain) maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang (paling) besar.”

[an-Nisa’, 04:48]

Firman Allah ﷻ:

“Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah al-Masih Ibni Maryam”. Padahal al-Masih sendiri berkata: “Wahai Bani Israel! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu. Dan barang siapa mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka sesungguhnya Allah haramkan atasnya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka, dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.”

[al-Maa’idah, 05:72]

Ramai mungkin tidak sedar akan bahaya syirik sehingga keliru menyangka bahawa keimanan itu hanya terletak dalam hati manakala amal perbuatan tidak mengkin menggugatnya.

Sedangkan pengertian iman di sisi Ahli Sunah Wal Jemaah ialah keyakinan dalam hati, ucapan pada lisan dan amalan dengan anggota badan. Ia boleh bertambah dan berkurang. Bertambah dengan amalan ketaatan dan berkurang dengan perbuatan-perbuatan maksiat.

Ini bermakna keimanan bukanlah sekadar perakuan dalam hati. Malah tafsiran sebegini merupakan pegangan kelompok Murjiah yang disesatkan oleh para ulama sejak dahulu.

Dari sudut lain, pastinya kelab-kelab malam dan tempat-tempat perjudian turut terkesan dengan banjir besar ini.

Tetapi jika Muslim mengadakan acara gotong-royong membersihkan tempat-tempat ini ramai akan membantah dan merasa tidak senang. Memang patut pun.

Apatah lagi jika ada yang mencadangkan supaya dibersihkan kandang-kandang ‘ba alif ba ya’ (khinzir) yang tentunya turut terkesan dengan banjir. Ramai akan mengamuk dan membantah atas alasan maksiat, najis dan sebagainya.

Perlu ditegaskan bahawa kemaksiatan dan kenajisan syirik jauh berkali-kali ganda lebih berat dan bahaya berbanding arak, judi dan ‘ba alif ba ya’ (nak menulis perkataannya pun sudah rasa tidak senang).

Justeru sepatutnya tempat-tempat syirik seperti kuil dijauhi, bukan didekati. Apatah lagi mahu dibersihkan.

Membersihkannya walaupun secara samak tidak akan menghilangkan kenajisan berat syirik di tempat-tempat ini.

Toleransi dan menjaga perhubungan antara masyarakat digalakkan tetapi jangan sampai melanggar batasan Agama dan menggadaikan akidah.

Program Pelajar Melayu Muslim di Kuil tahun 2019:

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10217329039329820/

Idris bin Sulaiman
Kajang
23 Jamadilawal 1443H /
28 Disember 2021

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • ZIARAH KUBUR PADA PAGI HARI RAYA

    ZIARAH KUBUR PADA PAGI HARI RAYA Ia adalah sesuatu yang menyalahi Syarak. Kerana hal tersebut dianggap mengadakan ibadah baru dalam Agama (ziarah kubur adalah ibadah yang dianjurkan tanpa mengira waktu) apabila satu ibadah yang tidak ditetapkan waktunya oleh Syarak dikhususkan waktunya dengan dilakukan pada Hari Raya. Tambah lagi ia menyalahi…

  • SYIRIK vs RASUAH PEMIMPIN NEGARA

    SYIRIK vs RASUAH PEMIMPIN NEGARA – Rentetan isu cuci kuil 1. Pagi tadi ada sahabat yang menyampaikan reaksi sebahagian netizen terhadap isu cuci kuil yang tular baru-baru ini. https://fb.watch/aoMKAJvyvj/ 2. Ringkasnya dia tidak bersetuju dengan kritikan yang dihalakan kepada perbuatan mencuci kuil tersebut. Dia kemudian mengalihkan fokus kepada isu rasuah…

  • JIKA TAKUT LARI KECUALI…

    JIKA TAKUT LARI KECUALI… Manusia jika takut daripada sesuatu maka dia akan lari menjauhkan diri daripadanya kecuali ALLAH ﷻ. Jika takut kepada ALLAH ﷻ maka hendaklah terus mendekatkan diri kepadaNYA ﷻ. Firman ALLAH ﷻ: فَفِرُّوٓاْ إِلَى ٱللَّهِۖ إِنِّي لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٞ مُّبِينٞ. “(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu…

  • BIDAAH KALIMAH ALLAH

    BIDAAH KALIMAH ALLAH # Kristian Malaysia Mahu Menggunakan Kalimah Allah bagi Tuhan dalam terjemahan Melayu Bible # Usaha halus yang boleh memesongkan akidah masyarakat Islam. Ketika mana berdepan dengan pelbagai cabaran akidah termasuklah dengan wujudnya pelbagai ajaran sesat, gerakan LĠBŤQZ, kes-kes murtad dan sebagainya, kini masyarakat Islam di Malaysia berdepan…

  • AMARAN FACEBOOK

    AMARAN FACEBOOK Akaun Ustaz Idris bin Sulaiman (Abu Omar Idris Sulaiman) baru-baru ini diberi amaran oleh Facebook gara-gara penulisan tentang Syiah. Tertera pada status akaunnya sekarang ‘warning’. Inilah hakikat yang perlu diingat bahawa Facebook mempunyai peraturan-peraturan dan garis-garis panduan tertentu yang perlu diikuti. Apa yang pasti ia bukan pro Islam…

  • HARAMNYA DEMONSTRASI

    HARAMNYA DEMONSTRASI Demonstrasi adalah haram di sisi para ulama yang tidak terpengaruh dengan fahaman haraki Ikhwan Muslimin (IM). IM merupakan gerakan yang banyak bersekongkol dengan musuh-musuh Islam yang berselindung. Antara sebab haramnya demonstrasi ialah: 1. Menzahirkan nasihat kepada pemerintah sedangkan cara sedemikian dilarang Agama. Sabda Nabi ﷺ: من أراد أن…