NORMA BAHARU COVID-19:

NORMA BAHARU COVID-19:
ADA YANG MAHU MENJADI TUHAN /
KITA JAGA KITA

Sebahagian manusia tidak mengambil kira kuasa Tuhan lalu mereka bersangka-sangka tentang masa hadapan dan menakut-nakutkan orang ramai dengan berkata “Penyakit ini akan terus kekal dan tidak akan hilang”.

Kelompok ini sama ada sedang merancang sesuatu, berbicara tentang apa yang tidak wujud atau mereka tahu tentang penawar penyakit ini tetapi memilih untuk menyembunyikannya kerana rancangan-rancangan tertentu atau mereka benar-benar tidak tahu maka sewajarnya berdiam.

Dalam masa yang sama, ada sebahagian kelompok lain yang memilih untuk bergantung harap kepada sesama manusia dan mendabik dada dengan berkata “Penyakit ini akan hilang dan kita akan berjaya” tanpa berkata insya-Allah (dengan kuasa dan izin Allah).

Ada juga yang mengungkapkan “Kita jaga kita”. Sedangkan Allah jualah penentu segala-gala dan Dialah tempat orang-orang beriman bergantung dan berharap.

Allah berfirman:

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا.

“Allah pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman.”

Surah al-Baqarah: 2:257

Usah terpedaya dengan momokan orang kafir yang menakut-nakutkan manusia untuk mengambil kesempatan atas kita.

Allah berfirman:

وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالْأَرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّمَاوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ.

“Dan mereka (golongan musyrikin) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya, sedangkan bumi seluruhnya – pada Hari Kiamat – dalam genggamanNya, dan langit tergulung dengan tangan kananNya. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka sekutukan.”

Surah az-Zumar, 39:67.

Tidak ada penyakit melainkan Allah telah menurunkan penawarnya.

Sabda Nabi ﷺ:

مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً، إِلَّا قَدْ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً، عَلِمَهُ مَنْ عَلِمَهُ، وَجَهِلَهُ مَنْ جَهِلَهُ.

“Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit melainkan Dia turut menurunkan penawarnya. Orang yang tahu dialah yang tahu dan orang yang tidak tahu dialah yang tidak tahu.”

Sahih. Riwayat Ahmad.

Dalam merancang untuk masa hadapan, kita diperintahkan supaya berusaha sedaya upaya tetapi dalam masa yang sama jangan lupa berkata insya-Allah.

Allah berfirman:

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا. إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ.

“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan) “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu nanti”. Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata) “Insya-Allah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa.”

Surah al-Kahfi: 18: 23-24.

Kesesatan dan kebinasaan menanti umat Islam sekiranya mereka menyerahkan urusan kenegaraan mereka kepada orang-orang kafir kerana menaruh kepercayaan penuh kepada orang-orang kafir untuk mengurus hal-hal kesihatan dan urusan dunia mereka.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Catatan:

Insya-Allah atau In Sya Allah? Abdullah atau Abd Allah?

Kamus Dewan boleh dijadikan sebagai panduan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
KITA JAGA ALLAH JAGA KITA
17 Zulhijah 1441H / 07 Ogos 2020
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • BERKAT SAHUR

    BERKAT SAHUR Sabda Nabi ﷺ: “Bersahurlah, sesungguhnya terdapat keberkatan dalam bersahur.” Hadis sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim. Berkata Ibnu Hajar rahimahullah: Keberkatan bersahur diperoleh melalui beberapa perkara: 1. Mengikuti as-Sunah. 2. Menyelisihi Ahli Kitab. 3. Mendapat kekuatan untuk menjalani ibadah puasa. 4. Mengatasi akhlak buruk yang timbul akibat lapar. 5….

  • MALAYSĪAKĪNĪ

    MALAYSĪAKĪNĪ Ada apa dengan Malaysiakini sehingga diberi sokongan oleh kedutaan asing seperti Kedutan Amerȉka Syarȉkat? Malaysȋakȋnȋ didenda Mahkamah Persekutuan: Malaysiakini didenda RM500,000 hina mahkamah Sokongan kedutaan asing kepada Malaysȋakȋnȋ: https://www.facebook.com/72081519846/posts/10158969472469847/ Campur tangan kuasa asing dalam urusan negara perlu ditolak sekeras-kerasnya. Ini bukan sahaja melibatkan kebebasan badan-badan kehakiman malah menyentuh kehormatan…

  • HUKUM MEMBERI DUIT HARI RAYA

    HUKUM MEMBERI DUIT HARI RAYA Jawapan Lajnah Badan Pembesar Ulama dan Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa, Arab Saudi: “Tiada halangan, bahkan ia termasuk dalam adat-adat yang baik, untuk menggembirakan sesama saudara Muslim; tua dan muda. Ia adalah sesuatu yang dituntut oleh Syariat yang murni.” Syeikh Abdul Aziz Bin Baz…

  • MAKSIAT DI ARAB SAUDI?

    MAKSIAT DI ARAB SAUDI? Muslim diperintahkan supaya menjauhi maksiat dan mencegahnya tidak kira di mana jua. Ini kerana maksiat mengundang dosa serta kemurkaan ALLAH ﷻ. Baru-baru ini ada pihak membangkitkan acara-acara maksiat yang berlaku di Arab Saudi lalu mengkritik negara berkenaan serta mempersalahkan para ulamanya. Kita bersetuju bahawa maksiat tetap…

  • BILAKAH KORONAVIRUS AKAN HILANG?

    BILAKAH KORONAVIRUS AKAN HILANG? Berlegar di media sosial video sebahagian yang menukilkan sebuah hadis dengan lafaz: “JIKA TERBIT BINTANG MAKA AKAN DIANGKAT PENYAKIT DARIPADA PENDUDUK SEMUA NEGERI.” Untuk makluman, hadis ini DAIF. Perbahasan Tentang Perawi & Lafaz Hadis: Lafaz hadis: إذَا طَلَعَ النَّجْمُ رُفِعَت العَاهَة عَنْ أهْلِ كُلِّ بَلَدٍ. “Jika…