NIKMAT LEBIH DARI SYURGA

NIKMAT LEBIH DARI SYURGA

Apakah nikmat yang lebih daripada balasan syurga dengan segala isi kenikmatan yang terdapat di dalamnya; mahligai istana, pokok-pokok, buah-buahan, sungai-sungai, intan permata, emas, perak, bidadari-bidadari dan sebagainya?

Jawapannya ialah nikmat dapat melihat Allah ﷻ.

Sabda Nabi ﷺ:

“Setelah ahli syurga memasuki syurga, Allah ﷻ berkata: Adakah kamu semua mahu Aku tambah lagi? Mereka menjawab: Bukankah Engkau telah pun menggembirakan kami semua? Bukankah Engkau telah pun memasukkan kami semua dalam syurga dan menyelamatkan kami dari neraka? Maka Allah ﷻ menyingkap hijab lalu tiada apa yang lebih mereka cintai daripada melihat Tuhan mereka ﷻ.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Tiada apa yang lebih dicintai oleh ahli syurga berbanding segala apa yang terdapat dalam syurga daripada melihat Allah ﷻ.

Justeru melihat Allah ﷻ merupakan kemuncak keinginan setiap orang beriman dan dia berusaha untuk merealisasikannya kerana ia merupakan ganjaran pahala yang lebih daripada syurga.

Demikian halnya dengan reda Allah yang lebih tinggi daripada balasan syurga. Firman Allah ﷻ:

“Dan keredaan Allah lebih besar (kemuliaannya); (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.”

[Al-Quran, at-Taubah, 9:72]

Hadis-hadis yang menetapkan bahawa orang-orang beriman akan melihat Allah ﷻ sangat banyak sehingga mencapai darjat mutawatir dan Al-Quran turut menegaskannya sebagaimana dalam firman Allah:

“Pada hari akhirat itu muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri. Melihat kepada Tuhannya.”

[Al-Quran, al-Qiyamah, 75:22-23]

Seperti mana dalam hadis Muslim di atas, ganjaran melihat Allah ﷻ hanya akan berlaku di akhirat kelak dan ia adalah khas bagi orang beriman. Adapun orang kafir, mereka terhijab.

——————-

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya sekalipun orang-orang kafir tidak suka.”

[Al-Quran, as-Saf, 61:8]

Jazakamullahu khaira kepada semua yang mendoakan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Jamadilakhir 1443H /
17 Januari 2022

Similar Posts

  • ISLAM MODERATE

    ISLAM MODERATE Akibat terkesan dengan gaya fikir orang Barat dan terpukau dengan syubhat mereka, terdapat segelintir orang Islam merasa kagum dengan sikap sebahagian pemimpin Barat, NGO dan institusi di sana yang ‘zahirnya’ menyokong Islam, memperjuangkan hak-hak Muslim dan menuntut keadilan buat mereka. Betapa bijaknya syaitan mempermainkan pemikiran mereka yang dangkal…

  • MUNAFIK

    MUNAFIK Sifat buruk yang disembunyikan tetapi ada kalanya tersingkap jua. BENCI kepada ORANG ISLAM lebih-lebih lagi orang-orang yang berjubah dan berjanggut. Dalam masa yang sama GEMBIRA dengan ORANG KAFIR, memuji dan melihat mereka sebagai orang yang hebat. BENCI kepada NEGARA ISLAM, melihatnya buruk dan mundur, apatah lagi kalau Negara Dua…

  • IJAZAH KEDOKTORAN (PhD)

    IJAZAH KEDOKTORAN (PhD) Alhamdulillah setelah dipermudahkan urusan peperiksaan lisan (viva) yang berlangsung semalam pagi ini menerima pula surat perakuan lulus dan layak menerima ijazah kedoktoran dengan beberapa pembetulan. Segala puji bagi Allah ﷻ. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang membantu dan memberi semangat sepanjang pengajian berlangsung, keluarga dan sahabat handai. Jasa…

  • BERTENANG JANGAN RESAH

    BERTENANG JANGAN RESAH Banyakkan ZIKIR, sentiasa ingat ALLAH. Ucapkan: حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيلِ (Hasbunallah Wa Ni’ma al-Wakil) “Cukup bagi kita ALLAH dan DIA lah sebaik-baik tempat bergantung.” Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH jiwa akan merasa TENANG. Idris bin Sulaiman Kajang 27 Rejab 1441H / 22 Mac 2020 https://www.facebook.com/idrissulaiman