|

NAMA URD DIBERSIHKAN DARIPADA TOHMAHAN FAHAMAN RADIKAL

Ucapan takziah YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tempoh hari atas pemergian Allahyarham Ustaz Rasul Dahri secara tidak langsungnya membersihkan nama Allahyarham daripada segala tohmahan yang dilemparkan ke atas Allahyarham kononnya beliau membawa fahaman radikal dan keganasan.

Sudah bertahun-tahun tohmahan ini dijaja oleh sesetengah pihak sedangkan Allahyarham hanya bersabar menghadapinya.

Apa yang pasti ia merupakan tohmahan tidak berasas yang berdiri atas dasar syak wasangka buruk tanpa sekelumit bukti.

Sedangkan mereka yang kenal rapat Allahyarham sangat maklum bahawa Allahyarham tegar membawa mesej keamanan dan keharmonian yang ditekankan dalam dakwah Salaf al-Soleh, jauh sekali daripada ideologi radikal, keganasan dan subversif.

Allahyarham selalu menegaskan kepentingan menjaga kesepakatan dan kerukunan di samping melarang perbuatan menghasut, menyemai kebencian dan perpecahan dalam masyarakat.

Malah Allahyarham banyak menulis buku dan risalah mengenainya termasuklah risalah beliau mengenai haramnya mengadakan demonstrasi jalanan kerana kerosakan, huru-hara dan ketidakstabilan yang akan timbul akibatnya.

Dengan kata lain, pegangan Allahyarham bertentangan sama sekali dengan apa yang ditohmahkan.

Tulisan buku-buku dan rakaman kuliah-kuliah Allahyarham menjadi sebesar-besar bukti.

Tidak kurang kelirunya tohmahan yang mengatakan bahawa Allahyarham membawa pemikiran Khawarij takfiri, istilah agama untuk mereka yang membawa fahaman radikal dan keganasan.

Ini juga tohmahan buruk daripada mereka yang jahil dan berniat jahat.

Apa yang pasti manusia melakukan tipu daya sedangkan Allah ﷻ jua yang membalas tipu daya mereka.

Firman Allah ﷻ:

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ ٱللَّهُۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَٰكِرِينَ

“Dan mereka merancangkan tipu daya sedangkan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah) Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.”

[Al-Quran, Aali Imran, 3:54]

Semoga Allah ﷻ merahmati Allahyarham dan meninggikan darjatnya di sisiNya ﷻ.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Zulhijah 1445H
22 Jun 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | |

    WALI ALLAH?

    Kyai Zaini Abdul Ghani @ Guru Sekumpul ialah seorang guru agama dari Indonesia. Dalam sebuah rakaman video ceramah di masjid kelihatan beliau secara tiba-tiba bangun dan mengangkat kain sarung di hadapan khalayak ramai. Sesuatu perbuatan yang sangat pelik dan memalukan. Walau bagaimanapun, kedudukan beliau yang kononnya sudah sampai ke darjat…

  • JALAN DAKWAH

    Dakwah menyeru manusia kepada agama Allah perlulah berdasarkan kepada keterangan dan bukti jelas nyata. Bukan atas kejahilan dan kesesatan. Kerana asas agama Islam ialah Al-Quran dan al-Sunah. Demikian hendaklah Al-Quran dan al-Sunah itu difahami mengikut fahaman generasi pendahulu Islam yang mulia, golongan Salaf al-Soleh, para Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin….

  • |

    HIDUPKAN SUNAH MATIKAN BIDAAH (2)

    Wasiat Nabi ﷺ buat generasi akhir zaman pada kala berlaku banyak perselisihan dan perpecahan, kata baginda ﷺ: فَإنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّة الخُلَفَاء المَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِين تَمسَّكُوا بِها وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذ وَإيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَة وَكُلّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٍ. “Sesungguhnya barang siapa daripada…

  • |

    SIMBOL MENYALAHI AJARAN ISLAM

    Simbol V for Vendetta (Guy Fawkes) melambangkan penentangan terhadap pemerintah. Dalam Islam, melawan pemerintah Muslim adalah dilarang, walaupun mereka zalim, kecuali jika berlaku kufur yang nyata. Islam menolak jalan revolusi dan huru-hara kerana membawa kerosakan yang lebih besar, sebaliknya mengajar supaya bersabar, nasihat secara hikmah, serta menjaga keamanan dan kesatuan…

  • ULAMA BERBEZA PENDAPAT

    ULAMA BERBEZA PENDAPAT – Isu khilafiah, perselisihan ulama “Ulama khilaf. Ini isu khilafiah. Jangan diperbesar-besarkan. Terpulanglah nak pilih pendapat mana. Mana yang dipilih itulah yang benar. Semua pendapat ini benar. Tiada sesiapa yang benar atau salah. Semuanya benar. Tiada paksaan. Kita perlu berlapang dada. Mereka yang memperbesarkan isu-isu khilafiah ialah…