MERANCANG KEHAMILAN SEPANJANG PKP?

MERANCANG KEHAMILAN SEPANJANG PKP?

Saranan supaya merancang kehamilan sewajarnya dinilai mengikut ketetapan syariat dan bukan atas sebab material keduniaan semata-mata.

Secara prinsipnya, syariat menggalakkan supaya seseorang itu memiliki ramai anak.

Antaranya kerana anak akan menjadi sumber pahala jariah selepas mati di samping banyak kelebihan yang lain.

Sabda Nabi:

“Kahwinilah kamu akan wanita yang penyayang lagi subur kerana aku merasa bangga dengan memiliki umat yang banyak.”

Sahih. Riwayat Abu Daud.

Justeru sebarang saranan umum sebaliknya adalah TIDAK WAJAR.

Takut kelak anak akan mengurangkan rezeki yang sedia ada??

Ini merupakan pemikiran KUFUR.

Rezeki semua di tangan ALLAH yang telah ditetapkan sejak azali.

Ini juga sebab mengapa masyarakat jahiliah dahulu membunuh anak-anak kecil mereka. Kerana takut miskin.

Lihat surah al-Israa’, ayat 31.

Semoga Allah menghilangkan wabak penyakit yang tular dengan secepatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Catatan:
Bahkan anak-anak merupakan sumber dimurahkan rezeki.

Idris bin Sulaiman
Kajang
8 Syaaban 1441H / 3 April 2020
www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • STATUS HADIS:

    STATUS HADIS: مَنْ قَالَ فِي يِوْمٍ مِئَةَ مَرَّةٍ: “لَا إلَهَ إلَّا اللهُ الحَقُّ المُبِينِ” كَانَ لَهُ أمَاناً مِنْ الفَقْرِ، وَاسْتَجْلَبَ بِهِ الغِنَى، وَأَمِنَ مِنْ وَحْشَةِ القَبْرِ، وَاسْتَقْرَعَ بَابَ الجَنَّةِ (Barang siapa berkata pada satu hari seratus kali: ‘La ilaha illa Allah al-Haq al-Mubin’ maka ia keamanan buatnya daripada kefakiran, dia…

  • “ALLAH SAYANG SEMUA”

    “ALLAH SAYANG SEMUA” Kenyataan ini salah. Andaian bahawa Allah ﷻ sayang semua dan tidak membenci sesiapa adalah salah kerana ia bertentangan dengan apa yang Allah ﷻ sendiri nyatakan tentang diriNya. Maka Allah sayang dan reda seperti mana Allah juga benci dan murka. Dalam Al-Quran, Allah ﷻ menyebutkan golongan-golongan yang Dia…

  • KARIKATUR HINA NABI

    KARIKATUR HINA NABI Perbuatan orang-orang kafir menghina Nabi ﷺ bukanlah suatu yang baharu. Hal ini berlaku semenjak zaman Nabi ﷺ di mana orang-orang kafir Mekah mengejek mengatakan bahawa Nabi ﷺ seorang ahli sihir, penyair, tukang ramal, pembohong dan sebagainya. Ternyata bahawa Nabi ﷺ bersabar menghadapinya dan tidak terburu-buru melatah memberi…

  • SIKAP MUSLIM APABILA BERLAKU HAL BESAR MELIBATKAN UMMAH & NEGARA

    SIKAP MUSLIM APABILA BERLAKU HAL BESAR MELIBATKAN UMMAH & NEGARA Firman ALLAH: وَإِذَا جَاۤءَهُمۡ أَمۡرࣱ مِّنَ ٱلۡأَمۡنِ أَوِ ٱلۡخَوۡفِ أَذَاعُوا۟ بِهِۦۖ وَلَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰۤ أُو۟لِی ٱلۡأَمۡرِ مِنۡهُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِینَ یَسۡتَنۢبِطُونَهُۥ مِنۡهُمۡۗ وَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَیۡكُمۡ وَرَحۡمَتُهُۥ لَٱتَّبَعۡتُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنَ إِلَّا قَلِیلࣰا. “Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai…

  • HARI JUMAAT

    HARI JUMAAT 1. Sebetulnya MANDI JUMAAT hanya bagi mereka yang solat Jumaat. Adapun mereka yang TIDAK solat Jumaat seperti perempuan dan lelaki yang berkeuzuran maka TIDAK PERLU. 2. Tetap dianjurkan memperbanyakkan SELAWAT, membaca SURAH AL-KAHFI, berdoa saat WAKTU MUSTAJAB walaupun tidak solat Jumaat. 3. Mereka yang TIDAK SOLAT JUMAAT kerana…

  • DAP

    DAP Hari demi hari wajah sebenar mereka semakin terserlah yang menunjukkan kebencian dan permusuhan mereka terhadap AGAMA dan masyarakat ISLAM. Masyarakat Islam seharusnya diberi pendedahan tentang bahaya dan ancaman mereka ini. Banyak kenyataan dan tindakan mereka jelas menunjukkan betapa mereka ANTI ISLAM dan mahu menguasai orang-orang ISLAM supaya ikut telunjuk…