| |

MENYESAL TAK IKUT SUNAH

Mereka yang meninggalkan Sunah Nabi ﷺ akan menyesal di akhirat nanti.

Sebagaimana firman Allah ﷻ:

وَيَوۡمَ يَعَضُّ ٱلظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيۡهِ يَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي ٱتَّخَذۡتُ مَعَ ٱلرَّسُولِ سَبِيلٗا

“Pada hari orang-orang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama Rasul.”

[Al-Quran, al-Furqan, 25:27]

Menyesal sampai menggigit bukan hanya jari tapi kedua-dua tangan!

Gara-gara tidak beramal dengan al-Sunah serta mengetepikan jalan agama yang ditunjukkan oleh baginda ﷺ.

Sedangkan penyesalan pada Hari Akhirat tiada gunanya.

Pentingnya menjaga al-Sunah dan beramal sesuai dengannya bagi memastikan amalan yang dilaksanakan sah dan diterima.

Sabda Nabi ﷺ:

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ.

“Aku tinggalkan buat kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya; Al-Quran dan Sunah NabiNya.”

[Hasan. Riwayat Imam Malik]

Justeru segala amalan tidak kira solat, zikir, doa dan yang lain, semuanya haruslah selari dengan al-Sunah agar diri selamat di dunia dan akhirat.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
23 Zulkaedah 1444H
12 Jun 2023

Similar Posts

  • WAJIB IKUT MANHAJ SALAF

    Muslim wajib ikut Salaf dalam akidah, ibadah dan manhaj. Manhaj Salaf merujuk kepada praktik para Sahabat Nabi ﷺ dalam beragama. Ini kerana para Sahabat adalah kaum manusia yang dipuji oleh Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ. Firman Allah ﷻ: كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi…

  • |

    JANGAN TERSALAH PILIH USTAZ

    – Boleh membahayakan nyawa Tersalah pilih ustaz benar-benar boleh mendatangkan bahaya. Contohnya dalam video yang dilampirkan. Mengapa ustaz memperlakukan bayi itu dengan sedemikian rupa? Melambung-lambungkan bayi ke udara jelas membahayakan keselamatan bayi itu. Apa yang pasti, ia bukan daripada ajaran agama. Ternyata bahawa dalam agama Kristian memang ada ritual seperti…

  • |

    AGAMA HAWA NAFSU

    Hawa nafsu senantiasa mendorong manusia ke arah kejahatan. Firman Allah ﷻ: إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ “Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan.” [Al-Quran, Yusuf, 12:53] Oleh itu, ada manusia yang terlalu tunduk kepada hawa nafsunya hingga dia taat memujanya dan menjadikannya sebagai sembahannya. Lalu apa yang buruk dilihat baik…

  • |

    ‘PENTAKSUBER’ & FITNAH

    ‘Pentaksuber’ ialah golongan fanatik yang sanggup mempertahankan sesuatu walaupun bukti dalil menunjukkan sebaliknya. Termasuklah mempertahankan kata cela nista guru dengan pelbagai alasan dan sebab. Ini tidak wajar. Muslim dilarang bersikap demikian. Lebih 10 tahun lalu kami dihamburkan oleh beliau dengan kata nista, termasuklah menuduh kami menerima suapan RM15 ribu sebulan…

  • |

    RUMAH PELACURAN: NAS AL-QURAN & HADIS VS KENYATAAN ARTIS

    Rumah pelacuran perlu ada, elak kes rogol – artis. Firman Allah “Jangan kamu dekati zina” (17:32) Sabda Nabi “Di antara tanda Hari Kiamat: Ilmu diangkat manakala kejahilan, minuman arak dan zina berleluasa” (Bukhari). Keampunanmu, ya Allah. Dr. Idris bin SulaimanKajang29 Jamadilakhir 1445H11 Januari 2024

  • |

    BAHANA RIBA

    Segelintir masih mempertahankannya dengan istilah-istilah berbunyi Islamik. Sedangkan Allah ﷻ memerangi pemakan riba. Firman Allah ﷻ: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ. فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡب مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِ. “Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut)…