|

MENJAUHI FITNAH AKHIR ZAMAN

Fitnah dengan erti cubaan dan ujian serta keburukan dan bencana.

Sabda Nabi ﷺ:

سَتَكُونُ ‌فِتَنٌ، ‌الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْقَائِمِ، وَالْقَائِمُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْمَاشِي، وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنَ السَّاعِي، مَنْ تَشَرَّفَ لَهَا تَسْتَشْرِفْهُ، فَمَنْ وَجَدَ فِيهَا مَلْجَأً أَوْ مَعَاذًا فَلْيَعُذْ بِهِ.

“Akan berlaku fitnah, orang yang duduk lebih baik daripada yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan, dan orang yang berjalan lebih baik daripada yang berlari. Barang siapa mencari fitnah maka dia akan dia akan terkena pahitnya sedangkan barang siapa mendapati tempat berlindung maka hendaklah dia berlindung dengannya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Penjelasan Nabi ﷺ tentang banyaknya cubaan dan ujian yang akan timbul di akhir zaman, peperangan dan pertelingkahan antara banyak pihak yang bertelagah sehingga dalam kabus persengketaan itu Muslim boleh jadi keliru akan mana yang benar dan mana yang salah, siapa yang jujur dan siapa yang berbohong.

Justeru akhirnya tiada jalan bagi Muslim kecuali menyelamatkan dirinya dan ahli keluarganya dengan tidak melibatkan dirinya dalam kancah huru-hara itu dan tidak menjerumuskan dirinya dalam hal-hal samar-samar yang tidak diketahui hujung pangkalnya.

Semoga Allah ﷻ selamatkan kita daripada cubaan dan ujian fitnah akhir zaman yang zahir dan yang tersembunyi.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
22 Rabiulawal 1445H
08 Oktober 2023

Similar Posts

  • |

    Tenang, sabar, reda

    ‌الْحَمْدُ ‌لِلَّهِ ‌عَلَى ‌كُلِّ ‌حَالٍ. Segala puji bagi Allah dan semua keadaan. حَسْبُنَا ‌اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ. Cukup bagi kita Allah. Dialah sebaik-baik tempat bergantung. Tenang, sabar, reda. Dengar dan taat dalam hal makruf. Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 25 Rabiulakhir 1444H 20 November 2022

  • |

    BACAAN SEMASA KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH JUMAAT

    Sebahagian ulama menganjurkan bacaan doa semasa khatib duduk antara dua khutbah Jumaat atas alasan untuk meraih waktu mustajab doa pada hari Jumaat. Berdasarkan hadis Abu Musa al-Asyari, katanya: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ ﷺ يقول – يعني في ساعة الجمعة: هِيَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الإِمَامُ إِلى أَنْ تُقْضَى الصَّلاَةُ. “Aku mendengar…

  • |

    EVOLUSI CAPAL

    Mutakhir ini terdapat sebahagian kelompok yang menggunakan simbol capal pada kopiah mereka sebagai cara menzahirkan rasa cinta kepada Nabi ﷺ. Walhal perlu ditegaskan bahawa simbol capal ini tiada asasnya dalam ajaran Islam sama sekali. Menzahirkan rasa cinta Nabi ﷺ bukan dengan bersimbol-simbol sebaliknya dengan beramal dengan Sunah Nabi ﷺ sepenuhnya…

  • |

    ‘KEADILAN’ BARAT

    Hukuman bunuh (capital punishment) telah sekian lama dimansuhkan atau tidak lagi diamalkan di kebanyakan negara Barat seperti Amerika Syarikat dan lain atas faktor ‘kemanusiaan’. Kesudahannya, hukuman maksimum atas kesalahan paling berat seperti membunuh hanyalah penjara. Itu hukumannya. Pesalah yang membunuh nyawa tidak berdosa hanya akan dikenakan penjara seumur hidup. Disediakan…

  • USTAZ ZAINUL ASRI: INKARNASI PERPINDAHAN ROH KE JASAD LAIN

    – Roh Abu Bakar al-Siddiq dalam jasad Imam Ahmad – Kepercayaan kufur Dalam satu rakaman video yang tular Ustaz Zainul Asri (UZA) mendakwa bahawa terdapat jenis-jenis roh yang boleh berpindah-pindah ke jasad lain, dan beliau memberi contoh roh Sayidina Abu Bakar al-Siddiq yang Allah boleh tiupkan ke dalam jasad lain…

  • |

    Apa yang sudah lalu sudah pun berlalu

    Kata Syeikh Saleh al-Fauzan hafizahullah: “Hari datang silih berganti manakala umur hayat terus berkurang. Apa yang sudah lalu sudah pun berlalu sedangkan apa yang akan datang tidak diketahui. Sebaliknya apa yang ada ialah waktu yang engkau berada padanya.” Justeru jangan dilepaskan peluang yang ada di tangan. Dr. Idris bin SulaimanKajang05…