|

MENGAGUNGKAN SUNAH NABI ﷺ

Sunah Nabi ﷺ wajib diterima dan diagungkan.

Sebagaimana firman Allah ﷻ:

وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

“Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).”

[Al-Quran, al-Hasyr, 59:7]

Sikap mereka yang memperkecilkan al-Sunah dan mengetepikan suatu amalan tertentu atas alasan hukumnya sunat tidak wajar dan mendukacitakan.

Tambah keliru sekiranya pada waktu yang sama mereka bersungguh-sungguh mempertahankan suatu amalan baharu dalam agama yang tiada contohnya daripada Nabi ﷺ atau para Sahabat atas alasan bahawa amalan tersebut adalah bidaah hasanah.

Ini tidak wajar.

Muslim seharusnya bersungguh-sungguh mempertahankan al-Sunah, amalan yang wajib dan sunat.

Dalam masa yang sama, amalan rekaan dan tokok tambah dalam agama perlu ditolak dan diketepikan.

Selari dengan sabda Nabi ﷺ:

وإيَّاكُمْ وَمُحدَثَاتِ الأمُورِ فَإنَّ ‌كُلَّ ‌بِدْعَةٍ ‌ضَلالةٌ.

“Hendaklah kalian menjauhi perkara-perkara baharu (dalam agama) kerana sesungguhnya setiap bidaah (pembaharuan dalam agama) ialah kesesatan.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

Dan sabdanya ﷺ:

مَنْ ‌أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan kita ini (agama) maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sabdanya ﷺ lagi:

مَنْ ‌عَمِلَ ‌عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Allah jua pemberi taufik.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
19 Muharam 1446H
25 Julai 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    SEJARAH KALENDAR HIJRAH

    – Doa awal tahun Hijrah vs Doa awal bulan Semalam saya ada menulis sebuah artikel berkenaan ‘Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah’ di mana saya menyatakan bahawa tiada sebarang doa atau amalan yang sabit daripada Nabi ﷺ, para Sahabat atau para ulama muktabar bersempena dengan berakhirnya tahun Hijrah dan awalnya….

  • |

    HATI YANG TERPADAM

    Ketika mana engkau lihat hati itu tidak lagi cinta dan bersedia untuk bertemu Allah ﷻ, sebaliknya ia bergelumang dengan cinta manusia dan merasa selesa dengan hidup di dunia maka ketahuilah bahawa hati itu sudah terpadam, tidak lagi bercahaya. – Ibnu al-Qayyim, Bada’i al-Fawaid, 3/224 Daripada Allah ﷻ jua kita memohon…

  • |

    BAIK SANGKA JANGAN SALAH TEMPAT

    – Masa depan negara di tangan anda? – Jihad mengundi Pada dasarnya Muslim disuruh bersangka baik dengan saudaranya. Firman Allah ﷻ: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞ. “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu ialah dosa.” [Al-Quran, al-Hujurat, 49:6]…

  • |

    MENCARI KEUZURAN KESALAHAN

    Mukmin mencari keuzuran bagi kesalahan saudara seagamanya sedangkan munafik mencari-cari kesalahannya. Alhamdulillah, buku Syarah Hadis 40 yang dipesan sudah mula diposkan semalam. Harap sampai kepada pembeli dengan selamat. Sebarang pertanyaan boleh hantar kepada: http://wasap.my/60192507196/Syarahhadis40 Dr. Idris bin SulaimanKajang09 Syaaban 1444H02 Mac 2023

  • DIDIK MASYARAKAT BERFIKIR SECARA LOGIK?

    Kenyataan di atas tidak tepat. Masyarakat Islam seharusnya dididik supaya berfikir dan menilai mengikut neraca syarak, bukan dengan logik akal semata-mata. Ini kerana bagi setiap Muslim syariat Islam bukan sahaja menjadi panduan dalam hal-hal Agama malah turut menjadi panduan dalam hal-hal yang berkaitan dengan keduniaan. Pendek kata, Islam ialah cara…

  • |

    KHILAF ULAMA

    Sebahagian apabila ditegur kerana sesuatu kesalahan akan mencari pendapat ulama yang cocok dengan kesalahannya untuk dijadikan sebagai dalil bagi membenarkan kesalahannya itu. Perlu ditegaskan bahawa pendapat ulama bukan hujah apatah lagi jika hendak dijadikan sebagai dalil bagi menolak nas Al-Quran dan al-Sunah. Justeru khilaf ulama tidak harus dijadikan sebagai hujah…