|

MENCARI KEBENARAN ATAU BERSILAT LIDAH

Dalam setiap permasalahan, sekiranya penjelasan yang mencukupi sudah diberikan maka bicara selebihnya akan membawa kepada perbalahan.

Perbalahan di mana kebiasaannya lawan rasa kagum dengan pendapatnya sendiri, kebenaran yang dibawa jadi lemah, hati bertukar keras manakala kekeliruan dan kesulitan semakin bertambah.

Muslim yang bijak akan menjauhi situasi-situasi seperti ini.

Oleh itu perlu diperhatikan sekiranya kebenaran sudah dijelaskan tetapi lawan tetap tidak mahu menerimanya, sedangkan meneruskan perbahasan dengannya boleh menimbulkan hal-hal yang tidak diingini maka ketika itu hendaklah dihentikan perbahasan itu.

Sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ ‌تَرَكَ ‌الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا

“Aku menjamin rumah di tepi syurga bagi mereka yang meninggalkan perdebatan meskipun dia benar.”

[Hasan. Riwayat Abu Daud]

Justeru isunya bukan untuk menang tetapi menyampaikan kebenaran secara baik, dan harus dibezakan antara mereka yang berbahas untuk mencari kebenaran dengan mereka yang berbahas untuk bersilat lidah.

Yang pertama bagus sedangkan yang kedua tercela.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
11 Rabiulawal 1445H
27 September 2023

Similar Posts

  • |

    Seruan Jihad Perlu Dengan Meraikan Syarat-syaratnya

    SOALAN Ada yang berhujah untuk apa yang berlaku di Palestin dengan ayat: أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُواْ “Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya.” [Al-Quran, al-Hajj, 22:39] JAWAPAN Ayat ini sebenarnya menjadi hujah ke atas mereka. Sebab nuzul ayat ini ialah kaum Muslimin pada peringkat…

  • |

    LARANGAN GAMBAR MAKHLUK BERNYAWA

    – Ancaman azab seksa api neraka Berikut ialah hadis-hadis dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim berkenaan larangan membuat gambar makhluk bernyawa: 1. Hadis Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذَهَبَ ‌يَخْلُقُ ‌كَخَلْقِي، فَلْيَخْلُقُوا ذَرَّةً أَوْ لِيَخْلُقُوا حَبَّةً أَوْ شَعِيرَةً. “Allah ﷻ berfirman:…

  • |

    MEMPERKECILKAN DOSA

    – Jangan dilihat kecilnya dosa tetapi lihatlah Maha BesarNya Tuhan Memperkecilkan dosa menunjukkan rasa kurang takut kepada Allah ﷻ. Ia merupakan antara sifat orang fasik dan munafik. Ini berbeza dengan orang Mukmin yang takut berdosa dan melihat sekecil-kecil dosanya sebagai sesuatu yang besar. Ia menunjukkan kesempurnaan rasa takutnya kepada Allah…

  • BERPEGANG KEPADA NAS; CARA BERINTERAKSI DENGAN MAZHAB

    – Nas Al-Quran & hadis – Keempat-empat mazhab fiqah Setiap Muslim diwajibkan berpegang kepada nas-nas Al-Quran dan hadis serta mengikuti petunjuk kedua-duanya dalam segala urusan kehidupannya. Ini berdasarkan dalil-dalil nas yang begitu banyak sekali. Bagaimanakah pula dengan pendapat keempat-empat mazhab fiqah? Pendapat-pendapat mazhab boleh dibahagikan kepada tiga kategori: i. Apa…

  • |

    TAHZIR

    – Murid mengkritik guru Tahzir ialah membuat kritikan terhadap seseorang sehingga memberi amaran dan peringatan supaya dijauhi orang tersebut. Kritikan terhadap seseorang semestinya perlu didasari ilmu dan kebijaksanaan. Antara kesalahan dalam bab ini ialah apabila murid lantang mendahului guru-guru mentahzir seseorang guru secara spesifik. Ini tidak wajar. Cuai dan terburu-buru…

  • |

    TIADA KEBAIKAN KECUALI NABI ﷺ SUDAH AJAR

    Tiada kebaikan dan amal ibadah yang mendekatkan manusia ke syurga melainkan telah diajar oleh Nabi ﷺ, dan tiada keburukan yang membawa manusia ke neraka melainkan baginda ﷺ sudah larang. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ: لَيْسَ مِنْ عَمَلٍ يُقَرِّبُ إِلَى ‌الْجَنَّةِ إِلَّا قَدْ ‌أَمَرْتُكُمْ ‌بِهِ، وَلَا عَمَلٌ يُقَرِّبُ إِلَى النَّارِ إِلَّا قَدْ…