MEMBUAT TOKOK TAMBAH DALAM AGAMA

  • Mendakwa Nabi ﷺ telah khianat
  • Agama Islam telah sempurna

Orang yang membuat tokok tambah dan mengada-adakan rekaan amalan baharu dalam agama pada hakikatnya mempertikaikan apa yang telah disyariatkan oleh Allah ﷻ.

Barangkali bukan dengan lisannya tetapi perbuatannya seperti mengatakan bahawa syariat terlepas pandang ‘kebaikan’ yang diada-adakannya itu.

Sedangkan tidaklah Nabi ﷺ wafat melainkan sesudah baginda ﷺ menyampaikan segala isi ajaran agama. Kerana itu Allah ﷻ berfirman:

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama untuk kamu.”

[Al-Quran, al-Maa’idah, 5:3]

Justeru kata Imam Malik:

“Oleh itu, apa yang bukan sebahagian daripada agama ketika itu (pada zaman Rasulullah ﷺ) maka ia juga tidak akan menjadi sebahagian daripada agama pada hari ini.”

[al-I’tisaam oleh Imam al-Syaatibi, 1/64]

Kerana itu tidak ada amalan kebaikan yang mendekatkan manusia ke syurga melainkan telah diajarkan oleh Nabi ﷺ manakala apa jua keburukan yang mendekatkan manusia ke api neraka melainkan telah ditegah oleh baginda ﷺ. Ini seperti mana dalam sabdanya ﷺ:

إنَّهُ ليس شيءٌ يُقَرِّبُكُمْ إلى الجنةِ إلَّا قد أَمَرْتُكُمْ بهِ، وليس شيءٌ يُقَرِّبُكُمْ إلى النارِ إِلَّا قد نَهَيْتُكُمْ عنهُ.

“Sesungguhnya tiada apa yang mendekatkan kamu ke syurga melainkan aku telah memerintahkan kamu melakukannya, dan tiada apa yang mendekatkan kamu ke neraka melainkan aku telah melarang kamu daripadanya.”

[Hasan. al-Sahihah oleh al-Albani, no. 2866]

Maka barang siapa mendakwa masih ada amalan ‘kebaikan’ lain yang tidak diajarkan oleh Nabi ﷺ maka sesungguhnya dia telah mendakwa bahawa baginda ﷺ telah berdusta dan berlaku khianat dalam menyampaikan risalah Allah ﷻ.

Di samping mengajarkan kebaikan, Nabi ﷺ turut menegah hal-hal keburukan seperti perbuatan membuat tokok tambah dan mengada-adakan rekaan amalan baharu dalam Agama. Sebagaimana dalam sabdanya ﷺ:

“Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan kita ini (agama) maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sabdanya ﷺ lagi:

“Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Justeru umat Islam diingatkan supaya menjauhi daripada membuat tokok tambah dan mengada-adakan amalan baharu yang tidak pernah diajarkan oleh Nabi ﷺ mahupun diamalkan oleh para Sahabatnya.

Idris bin Sulaiman
Kajang
20 Rejab 1443H /
22 Februari 2022

Similar Posts

  • SYIAH MUSUH UMAT ISLAM

    SYIAH MUSUH UMAT ISLAM Gambar menunjukkan nama Sahabat Nabi ﷺ Abu Bakar as-Siddiq, Omar al-Khattab dan Othman bin al-Affan di hadapan pintu tandas. Menggambarkan betapa bencinya Syiah kepada para Sahabat. Bahkan Syiah mengkafirkan para Sahabat (kecuali Ali bin Abi Talib dan beberapa yang lain) setelah melemparkan pelbagai tuduhan-tuduhan keji seperti…

  • HARI JUMAAT

    HARI JUMAAT 1. Sebetulnya MANDI JUMAAT hanya bagi mereka yang solat Jumaat. Adapun mereka yang TIDAK solat Jumaat seperti perempuan dan lelaki yang berkeuzuran maka TIDAK PERLU. 2. Tetap dianjurkan memperbanyakkan SELAWAT, membaca SURAH AL-KAHFI, berdoa saat WAKTU MUSTAJAB walaupun tidak solat Jumaat. 3. Mereka yang TIDAK SOLAT JUMAAT kerana…

  • SIKAP MUSLIM APABILA BERLAKU HAL BESAR MELIBATKAN UMMAH & NEGARA

    SIKAP MUSLIM APABILA BERLAKU HAL BESAR MELIBATKAN UMMAH & NEGARA Firman ALLAH: وَإِذَا جَاۤءَهُمۡ أَمۡرࣱ مِّنَ ٱلۡأَمۡنِ أَوِ ٱلۡخَوۡفِ أَذَاعُوا۟ بِهِۦۖ وَلَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰۤ أُو۟لِی ٱلۡأَمۡرِ مِنۡهُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِینَ یَسۡتَنۢبِطُونَهُۥ مِنۡهُمۡۗ وَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَیۡكُمۡ وَرَحۡمَتُهُۥ لَٱتَّبَعۡتُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنَ إِلَّا قَلِیلࣰا. “Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai…

  • KUMPULAN ‘MADKHALI’

    KUMPULAN ‘MADKHALI’ Mereka tidak mengkafirkan pemerintah Islam, Tidak mengkafirkan sesama saudara Muslim, Tidak menyertai demonstrasi, Tidak terlibat dalam revolusi menjatuhkan pemerintah, Tidak mencela ulama, Tidak menimbulkan fitnah kekacauan. Kerana itu mereka dimusuhi oleh golongan Ikhwani dan dimomokkan dengan istilah ‘Madkhali’ ini. ——————— Syeikh Rabi’ Membongkar Hakikat Gerakan Ikhwan Muslimin: https://www.facebook.com/1588241794/posts/10211289074014462/…

  • TRANSKRIP PENGAJIAN HADIS SYKEIKH ABDUL RAZZAQ BIN ABDUL MUHSIN AL-BADR

    TRANSKRIP PENGAJIAN HADIS SYKEIKH ABDUL RAZZAQ BIN ABDUL MUHSIN AL-BADR Minggu lepas merupakan permulaan Program Pengajian Hadis secara atas talian bersama Syeikh Abdul Razzaq al-Badr – hafidhahullah, ulama besar Madinah, Arab Saudi. Program yang berlangsung dalam bahasa Arab ini disertai lebih 4,000 peserta dari seluruh dunia. Pendaftaran masih terbuka buat…