|

MATI SYAHID BUKAN ‘MARTYR’

Perkataan ‘martyr’ dalam bahasa Inggeris merujuk kepada seseorang yang dibunuh atau dipaksa menanggung penderitaan kerana kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang dianutinya.

Adapun istilah syahid dalam syariat Islam merujuk kepada orang yang mati di medan perang kerana mempertahankan agama Islam.

Kedua-dua istilah ini membawa maksud yang berbeza sama sekali.

Oleh itu, istilah mati syahid tidak boleh digantikan dengan perkataan ‘martyr’.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
29 Syaaban 1447H
17 Februari 2026
https://idrissulaiman.com/shop

Similar Posts

  • |

    ISLAM BUKAN AGAMA IKUT PEGANGAN MAJORITI

    Muslim disuruh ikut perintah Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ. Firman Allah ﷻ: وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَٱحۡذَرُواْۚ فَإِن تَوَلَّيۡتُمۡ فَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا ٱلۡبَلَٰغُ ٱلۡمُبِينُ “Dan taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul, dan awaslah, sesungguhnya jika kalian berpaling maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan…

  • |

    SEJARAH KALENDAR HIJRAH

    – Doa awal tahun Hijrah vs Doa awal bulan Semalam saya ada menulis sebuah artikel berkenaan ‘Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah’ di mana saya menyatakan bahawa tiada sebarang doa atau amalan yang sabit daripada Nabi ﷺ, para Sahabat atau para ulama muktabar bersempena dengan berakhirnya tahun Hijrah dan awalnya….

  • Takkan majoriti orang semua salah

    Kebenaran tidak diukur dengan mana-mana individu. Sebaliknya seseorang itu diukur dengan kebenaran. Kebenaran ialah apa yang menepati dalil Al-Quran dan hadis sahih tanpa mengira berapa ramai yang menerimanya atau menolaknya. Hanya kerana sesuatu pendapat itu diterima atau ditolak oleh orang-orang tertentu; sedikit atau ramai maka ia bukan dalil yang menunjukkan…

  • |

    DISENGAT LEBAH KERANA BUAT BIDAAH

    Beliau dijemput untuk menjampikan sarang lebah agar menghasilkan lebih banyak madu. Pada awalnya, beliau cuba membaca ayat-ayat al-Quran yang dirasakan berkaitan daripada surah al-Nahl (Lebah), namun tidak sempat menyempurnakannya kerana diserang oleh lebah. Akhirnya, mereka terpaksa menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam kenderaan masing-masing. Inilah bahana melakukan bidaah dalam agama….