|

MATI KEMALANGAN SYAHID

Sebahagian ulama melihat bahawa orang yang mati kemalangan dalam kategori mati syahid akhirat sama seperti mereka yang mati dalam runtuhan yang disebut dalam hadis.

Sabda Nabi ﷺ:

‌الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحب ‌الْهدم والشهيد فِي سَبِيل الله

“Orang-orang yang mati syahid ialah lima; orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.”

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Walau bagaimanapun perlu diketahui bahawa seseorang itu tidak boleh dihukum syahid secara spesifik sekalipun amalannya menepati amalan para syuhada kerana hal tersebut tidak dibenarkan.

Seperti mana tidak boleh menghukum seseorang individu secara spesifik sebagai ahli syurga sekiranya dia Mukmin atau ahli neraka sekiranya dia kafir.

Sebaliknya dihukum mereka yang mati kemalangan, mati lemas dan mati dalam runtuhan sebagai termasuk dalam kategori para syuhada secara umum, bukan secara spesifik.

Ini kerana antara akidah Ahli Sunah Waljamaah seseorang individu tidak boleh dihukum sebagai ahli syurga atau ahli neraka kecuali mereka yang disaksikan sedemikian secara spesifik oleh Rasulullah ﷺ.

Memandangkan hal tersebut termasuk dalam hal ghaib yang hanya diketahui oleh Allah ﷻ.

Maka dikatakan ‘semoga si fulan mati syahid’ atau ‘semoga beliau tergolong dalam kalangan para syuhada’.

Elakkan daripada mengatakan ‘si fulan syahid’.

Sebagaimana Imam Bukhari meletakkan judul bertajuk ‘Bab Jangan Dikatakan Si Fulan Syahid’ dalam kitab Sahihnya.

CATATAN

Syahid dunia dan akhirat ialah mereka yang mati dalam jihad fisabilillah di medan perang secara khusus di mana jasad mereka tidak perlu dimandikan, dikafankan atau disolatkan.

Berbeza dengan golongan syahid akhirat seperti mereka yang mati kerana taun, lemas, kebakaran atau runtuhan di mana jenazah mereka diuruskan seperti jenazah-jenazah lain dengan dimandikan, dikafankan dan disolatkan.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa pesawat terhempas semalam. Semoga semua mangsa tergolong dalam kalangan para syuhada.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
01 Safar 1445H
18 Ogos 2023

https://chat.whatsapp.com/JTLOFaHCg0z49NcN2qiEzr

Similar Posts

  • |

    BERGELAP SOLIDARITI PALESTIN

    Saranan yang tiada kewajaran. Muslim dipandu Al-Quran dan al-Sunah mengikut fahaman Salaf al-ummah. Bukan emosi dan perasaan. Saranan yang tidak memberi apa-apa manfaat hakiki kepada penduduk Palestin. Hanya tasyabbuh meniru kuffar Barat yang memang tidak berpedoman. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ “Barang siapa menyerupai sesebuah kaum…

  • |

    TIGA SEBAB KEBENARAN DITOLAK

    Kata Syeikh Ibnu Uthaimin: “Tiga sebab kebenaran ditolak; kedangkalan, kelalaian dan niat buruk.” Kedangkalan yakni kecetekan pemahaman; kejahilan. Kelalaian yakni cuai; tidak bersungguh-sungguh mencari kebenaran. Niat buruk maksudnya tidak jujur mencari kebenaran, taasub dan mengikut hawa nafsu. [Syarah al-Kafiah al-Syafiah, 2/108] Daripada Allah jua kita memohon petunjuk. Dr. Idris bin…

  • |

    HARI KEKASIH (VALENTINE)

    Hari kekasih bukan sambutan Islam tetapi perayaan kaum kuffar. Muslim haram menyambutnya. Syariat haramkan semua pintu zina dan menghalalkan pintu nikah. Cinta yang benar ialah cinta yang didasari perkahwinan untuk membina keluarga harmoni, kehidupan aman yang dipenuhi kasih sayang dan belas kasihan. Firman Allah ﷻ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم…

  • |

    JIN & SYAITAN TIDAK BOLEH DILIHAT

    JIN & SYAITAN TIDAK BOLEH DILIHAT Alam jin berbeza dengan alam manusia. Jin dicipta daripada api manakala manusia daripada tanah. Mengapa dinamakan jin? Kerana jin terlindung dan tertutup daripada pandangan manusia. Kata Ibnu ‘Aqil (wafat 513H): سُمِّيَ ‌الْجِنّ جِنًّا لاجْتِنَانِهِمْ وَاسْتِتَارِهِمْ عَن الْعُيُون مِنْهُ سُمِّيَ الْجَنِين جَنِينًا. “Dinamakan jin sedemikian…