|

MASJID / SURAU / MUSALA / MADRASAH

Boleh dikatakan bahawa masjid dan surau membawa maksud yang sama dari sudut syariat iaitu tempat yang diwakafkan untuk mendirikan solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan hukum hakam serta adab-adab yang tertentu seperti tuntutan mengerjakan solat Tahiyat Masjid, beriktikaf di samping larangan berjual beli, mengumumkan barang hilang dan sebagainya.

Adapun musala ialah tempat yang dikhaskan untuk solat sama ada di rumah, pasar raya, R&R atau lapangan terbuka bagi solat hari raya dan solat jenazah.

Madrasah pula bermaksud sekolah, atau sekolah agama secara khusus.

Sekalipun demikian, istilah-istilah ini ada kalanya ditukar ganti antara satu maksud dengan maksud yang lain.

Contohnya surau yang turut digunakan bagi merujuk kepada musala dan madrasah.

Keadaan ini tentunya boleh menimbulkan kekeliruan terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hakam sama ada perlu dikerjakan solat Tahiyat Masjid dan sebagainya.

Justeru keadaan ini memerlukan supaya Muslim memahami asal maksud istilah-istilah ini dan tidak keliru sekiranya ia digunakan untuk maksud-maksud lain yang berbeza.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
24 Zulhijah 1444H
13 Julai 2023

Similar Posts

  • |

    IKUT SUNAH NABI ﷺ JANGAN BUAT BIDAAH

    Demikian perintah atas setiap Muslim supaya ikut Sunah Nabi ﷺ (ittiba’) dan menjauhi hal-hal bidaah. Terdapat sekian banyak nas Al-Quran dan hadis yang menegaskan perkara ini. Firman Allah ﷻ: قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي “Katakanlah (kepada umatmu wahai Muhammad): Jika benar kamu cinta Allah maka ikutilah akan daku (ittiba’).”…

  • |

    YAHUDI SERANG GAZA PALESTIN

    Ya Allah, selamatkan saudara-saudara kami di Palestin dan segerakanlah hukumanMu ke atas golongan pelampau yang menindas. Berikan perlindungan dan keamanan buat kaum Muslimin di sana. Awas tipu daya Yahudi laknatullah yang dibantu kelompok-kelompok dukungan Syiah Iran untuk menimpakan bala bencana buat Ahli Tauhid dan Sunah atas nama jihad supaya Yahudi…

  • |

    GELARAN NAMA ABU

    Gelaran ‘Abu’ pada pangkal nama seseorang disebut kun’yah dalam bahasa Arab. Amalan ini sudah bermula sejak awal pada zaman Rasulullah ﷺ. Kun’yah Nabi ﷺ ialah Abu al-Qasim. Ramai mungkin tidak tahu bahawa nama Abu Bakar al-Siddiq ialah kun’yah beliau sedangkan nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abi Quhafah. Demikian sahabat bernama…

  • |

    HIKMAH di SEBALIK UJIAN

    HIKMAH di SEBALIK UJIAN Sekalipun berduka dengan fitnah cubaan dan dugaan yang menimpa dalam liku-liku dakwah di hari-hari ini, di kala melihat sahabat-sahabat saling bergeseran, bantah-membantah antara satu sama lain, tetapi jauh di sebaliknya terdapat hikmah sebab mengapa hal-hal ini berlaku. Semestinya ada sebab dan tujuannya. Sepertimana asal tujuan Allah…

  • |

    IJAZAH KEDOKTORAN (PhD)

    IJAZAH KEDOKTORAN (PhD) Alhamdulillah setelah dipermudahkan urusan peperiksaan lisan (viva) yang berlangsung semalam pagi ini menerima pula surat perakuan lulus dan layak menerima ijazah kedoktoran dengan beberapa pembetulan. Segala puji bagi Allah ﷻ. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang membantu dan memberi semangat sepanjang pengajian berlangsung, keluarga dan sahabat handai. Jasa…

  • |

    AGAMA ISLAM SUDAH SEMPURNA JANGAN KONTRADIK

    Umum mengetahui bahawa agama Islam bersifat syumul dan sempurna. Berdasarkan firman Allah: ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ. “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kalian agama kalian.” [Al-Quran, al-Ma’idah, 5:30] Pihak di sebelah sana mengakui akan hal ini. Berdegar-degar kedengaran mereka berkata “Agama Islam sudah sempurna!” Ironinya, mereka kemudiannya membuat tokok-tambah,…