|

MAJORITI AHLI SYURGA & AHLI NERAKA

Sabda Nabi ﷺ:

اطَّلَعْتُ ‌فِي ‌الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ، وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ.

“Aku melihat ke dalam syurga lalu aku dapati kebanyakan penghuninya orang-orang miskin dan aku melihat ke dalam neraka lalu aku dapati kebanyakan penghuninya ialah wanita.”

[Sahih. Riwayat Bukhari (3241) & Muslim (2737)]

Orang-orang miskin yakni daripada kalangan mereka yang beriman dan yang beramal soleh.

Wanita yakni daripada kalangan mereka yang fasik, banyak melakukan maksiat dan yang terdiri daripada kalangan orang-orang kafir.

Hadis ini memberi khabar gembira buat orang-orang beriman yang bersabar atas kemiskinannya di samping ancaman buat kaum wanita yang fasik, ahli maksiat dan kafir.

Semoga Allah pelihara kita dan menggolongkan kita daripada kalangan penghuni syurgaNya.

Dr. Idris bin Sulaiman
25 Syaaban 1444H
18 Mac 2023

Similar Posts

  • |

    HALAU ANAK KECIL

    Ada pihak halau anak kecil dari saf depan masjid kerana anggap najis sedangkan jemput penceramah ajar benda syirik khurafat dianggap baik pula. Dr. Idris bin SulaimanKajang08 Zulkaedah 1445H17 Mei 2024https://idrissulaiman.com

  • |

    PERMOHONAN MAAF

    Beberapa hari lepas sebuah video bertajuk ‘Imam Shafie Akui Tidak Menguasai Ilmu Hadis’ telah dimuat naik di laman Facebook Dr Idris Sulaiman yang mengundang pelbagai reaksi warga maya. Sebahagian mengkritik tajuknya dan menganggapnya biadap terhadap tokoh besar Islam ini manakala sebahagian lain menginterpretasikan isi videonya bermaksud saya mengatakan Imam al-Syafie…

  • |

    KEMUNGKARAN SEMASA PENGURUSAN JENAZAH vs WALIMATULURUS

    Jangan terus pulang jika melihat kemungkaran semasa hadir pengurusan jenazah. Berbeza dengan kemungkaran dalam walimatulurus, tetamu boleh patah balik dan pulang. Imam Ahmad menegaskan bahawa jika seseorang itu melihat kemungkaran yang tidak dapat dicegahnya berlaku sewaktu menghadiri pengurusan jenazah maka hendaklah dia terus tetap di situ sehingga jenazah selesai ditanam….

  • |

    USTAZ RASUL DAHRI BAPA SUSUAN?

    – Kenangan 8 tahun di Makkah Siapa sangka Ustaz Rasul bin Dahri – hafizahullah – pernah menjaga kami waktu kecil di Makkah semasa beliau dan ayah belajar di Universiti Umm al-Qura. Terkejut mendengar beliau berkata “Ana pernah jaga anta waktu kecil di Makkah” kerana ia hampir luput daripada ingatan. Maklumlah…

  • |

    MENCARI KEUZURAN KESALAHAN

    Mukmin mencari keuzuran bagi kesalahan saudara seagamanya sedangkan munafik mencari-cari kesalahannya. Alhamdulillah, buku Syarah Hadis 40 yang dipesan sudah mula diposkan semalam. Harap sampai kepada pembeli dengan selamat. Sebarang pertanyaan boleh hantar kepada: http://wasap.my/60192507196/Syarahhadis40 Dr. Idris bin SulaimanKajang09 Syaaban 1444H02 Mac 2023

  • | |

    TULISAN SINGKATAN SELAWAT NABI (SAW) TIDAK WAJAR

    – Orang bakhil Umat Islam sangat dituntut supaya berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad ﷺ. Firman Allah ﷻ: إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّ يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا. “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera…