|

MAJLIS KAHWIN ANAK PEREMPUAN

Alhamdulillah, semalam telah pun berlangsungnya perkahwinan anak perempuan sulung dengan pasangannya Khairussalam Abd Latib di tempat tinggal keluarga lelaki, Batu Pahat. Syukur majlis berjalan lancar dan baik dengan tazkirah istimewa disampaikan oleh Ustaz Abu Furaihan. Terima kasih Ustaz kerana sudi datang dari jauh seberang.

Penghargaan serta ucapan terima kasih buat asatizah, sahabat-sahabat, kenalan-kenalan dan semua yang datang menyerikan majlis. Penghargaan istimewa buat Abu Muhammad kerana bertungkus lumus mengaturkan majlis yang penuh gilang gemilang serta Abu Abdul Rahman yang memberi bantuan penting.

Jazakumullahu khaira.

CATATAN

Perkahwinan anak-anak perlu disegerakan, jangan dilambat-lambatkan. Asalkan calonnya sesuai dan sekufu maka langsungkan sahaja insya-Allah dimurahkan rezeki. Ia juga perlu dimudahkan. Tidak wajar disusahkan dengan penetapan mahar tinggi serta pelbagai syarat yang hanya mengurangkan keberkatannya.

Wallahul musta’an.

Dr. Idris bin Sulaiman
Batu Pahat
02 Jamadilawal 1444H
27 November 2022

Similar Posts

  • |

    BAHAYA UJUB

    Ujub berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud angkuh, ego dan kagum dengan diri sendiri. Orang yang ujub melihat dirinya memiliki sesuatu kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Sifat mazmumah ini haram bahkan dosa besar. Kerana itu Nabi ﷺ memberi ancaman akan bahaya sifat ini. Sabda Nabi ﷺ: ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ…

  • |

    SYARAT KEMENANGAN: KEMBALI KEPADA AJARAN AGAMA

    “Apabila kalian berjual beli secara ‘inah (riba), dan kalian sibuk menarik ekor lembu-lembu serta reda dengan bercucuk tanam, lalu meninggalkan jihad, maka Allah timpakan KEHINAAN atas kalian yang tidak akan dicabut-Nya sehinggalah kalian KEMBALI KEPADA AGAMA kalian.” [Sahih, Abu Daud, 3462] Dr. Idris bin SulaimanKajang17 Rabiulakhir 1447H09 Oktober 2025https://idrissulaiman.com/shop

  • |

    AMALAN MEMBACA BISMILLAH 786 KALI??

    # Amalan tertolak dari meja penceramah Tersebar di media sosial video seorang penceramah menyarankan supaya diamalkan membaca bismillah sebanyak 786 kali kerana kelebihan-kelebihan yang tertentu. Peliknya dalam masa yang sama, beliau mengakui bahawa amalan yang diajarkannya itu tiada dalilnya dalam Al-Quran mahupun as-Sunah. Lebih pelik beliau mengandaikan bahawa sesuatu amalan…

  • |

    MAKAN GUNA SUDU

    Makan guna sudu hukumnya harus tetapi jangan sampai rasa bangga menganggapnya lebih bagus, ‘beretika’ dan ‘bersih’ berbanding makan guna tangan. Perlu ditegaskan bahawa makan guna tangan termasuk dalam sunah Nabi ﷺ. Kata Kaab bin Malik: رَأَيْتُ رسولَ اللَّه ﷺ يَأْكُلُ بِثلاثِ أَصابِعَ فَإِذا فَرغَ لَعِقَها. “Aku melihat Rasulullah ﷺ makan…

  • |

    MATI KEMALANGAN SYAHID

    Sebahagian ulama melihat bahawa orang yang mati kemalangan dalam kategori mati syahid akhirat sama seperti mereka yang mati dalam runtuhan yang disebut dalam hadis. Sabda Nabi ﷺ: ‌الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحب ‌الْهدم والشهيد فِي سَبِيل الله “Orang-orang yang mati syahid ialah lima; orang yang mati kerana taun, mati…

  • |

    ‘PENTAKSUBER’ & FITNAH

    ‘Pentaksuber’ ialah golongan fanatik yang sanggup mempertahankan sesuatu walaupun bukti dalil menunjukkan sebaliknya. Termasuklah mempertahankan kata cela nista guru dengan pelbagai alasan dan sebab. Ini tidak wajar. Muslim dilarang bersikap demikian. Lebih 10 tahun lalu kami dihamburkan oleh beliau dengan kata nista, termasuklah menuduh kami menerima suapan RM15 ribu sebulan…