|

LELAKI BERSALAMAN DENGAN PEREMPUAN SECARA BERALAS

Tidak boleh bagi seorang lelaki bersalaman dengan perempuan yang bukan mahramnya sama ada secara beralas ataupun tidak.

Ini berdasarkan kenyataan Aisyah tentang cara Nabi ﷺ menerima baiah taat setia para wanita Sahabat di mana dia berkata:

لا والله ما مست يده يد امرأة في المبايعة.

“Demi Allah tangan baginda ﷻ tidak pernah bersentuhan dengan tangan mana-mana wanita sewaktu menerima baiah (mereka).”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Tambah lagi Nabi ﷺ bersabda:

إني لا اصافح النساء.

“Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Larangan menyentuh perempuan bukan mahram ialah untuk mengelakkan fitnah di samping menutup pintu-pintu yang membawa kepada kemungkaran zina.

Adapun membenarkan bersalaman dengan perempuan bukan mahram maka ia akan membuka pintu tersebut bermula dengan secara beralas sebelum tidak lama kemudian tanpa alas pula.

Lebih penting lagi ia menyalahi petunjuk Nabi ﷺ yang tidak pernah bersalaman dengan perempuan bukan mahram sama ada secara beralas ataupun tidak sedangkan baginda ﷺ merupakan individu yang paling mampu menahan nafsu syahwatnya, jika itu yang dijadikan sebagai alasan dan ukuran dalam membenarkan hal ini.

Nabi ﷺ jualah sebaik-baik contoh ikutan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
16 Syaaban 1444H
09 Mac 2023

Similar Posts

  • |

    KULIAH KHAS RAMADAN 1444H / 2023

    Bulan Ramadan yang mulia semakin hampir. Dengan izin Allah, sepanjang bulan Ramadan nanti akan diadakan kuliah khas membahaskan buku Syarah Hadis 40 Imam al-Nawawi pada setiap hari Sabtu & Ahad,6 petang – 7.15 petang melalui siaran langsung Facebook di saluran ilmusalafdotcom & idrissulaiman. Dapatkan bukunya di sini: “Dan berdoalah: Wahai…

  • |

    ‘KEADILAN’ BARAT

    Hukuman bunuh (capital punishment) telah sekian lama dimansuhkan atau tidak lagi diamalkan di kebanyakan negara Barat seperti Amerika Syarikat dan lain atas faktor ‘kemanusiaan’. Kesudahannya, hukuman maksimum atas kesalahan paling berat seperti membunuh hanyalah penjara. Itu hukumannya. Pesalah yang membunuh nyawa tidak berdosa hanya akan dikenakan penjara seumur hidup. Disediakan…

  • |

    KETURUNAN NABI ﷺ

    – Cara betul menilai seseorang Baru-baru ini ada yang bertanya tentang sejauh mana kebenaran dakwaan yang mengatakan bahawa individu dalam gambar yang dilampirkan merupakan keturunan Rasulullah ﷺ daripada susur jalur zuriat Syeikh Abdul Qodir al-Jailani (ulama mazhab Hanbali, wafat 561H). Saya berpandangan bahawa memastikan kebenaran dakwaan ini tidak penting kerana…

  • |

    NAMPAK HEBAT TETAPI…

    Seorang ustaz dalam video yang tular kelihatan sedang berzikir menggunakan biji-biji tasbih gergasi dalam masjid bersama jemaah yang hadir. Nampak hebat dan bagus. Sama seperti video seorang jemaah haji yang melontar di jamrah, Mina dengan penuh gaya dan semangat seolah-olah dia benar-benar menyasarkan syaitan. Perlu diingatkan bahawa bukan semua yang…

  • |

    TERAPI AL-FATIHAH?

    – Hidupkan al-Sunah – Jauhi tokok tambah – ‘Doa Perlindungan Anak’ Ada ustazah menyarankan ‘Terapi al-Fatihah’ buat anak sebelum ke sekolah iaitu dengan cara menyapu muka anak dan memeluknya dengan membaca al-Fatihah. Hasil terapi ini menurut ustazah itu wajah anak akan berseri dan gembira ke sekolah di samping mendapat perlindungan…