|

LARANGAN BERDIRI HORMAT

Syariat Islam melarang perbuatan berdiri hormat untuk orang lain. Muslim ditegah daripada meminta orang lain supaya berdiri hormat, sama ada untuk dirinya atau orang lain. Malah terdapat ancaman keras ke atas mereka yang suka jika orang lain berdiri hormat untuk dirinya.

Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَتَمَثَّلَ لَهُ النَّاسُ قِيَامًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار.

“Sesiapa yang suka orang lain berdiri untuknya maka hendaklah dia bersiap sedia untuk mengambil tempatnya di dalam api neraka.”

[Sahih, Riwayat Abu Daud, no. 5229]

Justeru para Sahabat walaupun mereka sangat hormat dan sayang kepada Rasulullah ﷺ tetapi apabila baginda ﷺ masuk ke dalam majlis, mereka akan tetap duduk di tempat masing-masing, mereka tidak akan berdiri hormat untuk baginda ﷺ.

Anas berkata:

لَمْ يَكُنْ شَخْصٌ أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ، وَكَانُوا إِذَا رَأَوْهُ لَمْ يَقُومُوا لِمَا يَعْلَمُونَ مِنْ كَرَاهِيَتِهِ لِذَلِكَ.

“Tiada seorang pun yang lebih mereka cintai daripada Rasulullah ﷺ. Namun, apabila mereka melihat baginda, mereka tidak berdiri untuk baginda kerana mereka tahu baginda tidak menyukai perbuatan itu.”

[Sahih. Riwayat Tirmizi, no. 2754]

Daripada Allah jua kita memohon taufik.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
28 Zulkaedah 1446H
26 Mei 2025
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    SABAR

    Seorang Muslim perlu sabar menghadapi musibah. Sabar adalah wajib sehinggalah musibah yang melanda itu hilang dan diangkat oleh Allah ﷻ. Justeru perlu dielakkan perkataan-perkataan seperti berikut: Firman Allah ﷻ: وَٱصۡبِرُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ “Bersabarlah! Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.” [al-Quran, al-Anfal, 8:46] Daripada Allah jua kita memohon petunjuk….

  • |

    GELARAN NAMA ABU

    Gelaran ‘Abu’ pada pangkal nama seseorang disebut kun’yah dalam bahasa Arab. Amalan ini sudah bermula sejak awal pada zaman Rasulullah ﷺ. Kun’yah Nabi ﷺ ialah Abu al-Qasim. Ramai mungkin tidak tahu bahawa nama Abu Bakar al-Siddiq ialah kun’yah beliau sedangkan nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abi Quhafah. Demikian sahabat bernama…

  • TUNTUTAN BERJABAT TANGAN

    – Harusnya berpeluk – Larangan tunduk – Syarat-syarat mencium tangan guru / ulama Sabda Nabi ﷺ: مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ، فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا. “Tidak ada dua Muslim yang bertemu lalu mereka berjabat tangan melainkan diampunkan kedua-dua mereka sebelum mereka berpisah.” [Sahih. Riwayat Abu Daud] BERPELUK SETELAH…

  • |

    HUKUM ‘SOLAT HAJAT’

    Hadis Tentang ‘Solat Hajat’ Telah diriwayatkan oleh al-Tirmizi (no. 479) dan Ibnu Majah (no. 1384) daripada Abdullah bin Abi Awfa, bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: مَنْ كَانَتْ لَهُ إِلَى اللَّهِ حَاجَةٌ، أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَمَ، فَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيُحْسِنِ الْوُضُوءَ، ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ لِيُثْنِ عَلَى اللَّهِ، وَلْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى…

  • |

    MENGGEMBIRAKAN KAWAN

    – Sunah Nabi ﷺ Kawan yang baik ialah mereka yang prihatin dan peduli tentang keadaan saudaranya. Dia tidak akan membiarkan saudaranya dalam kesusahan tanpa berbuat apa-apa bagi meringankan beban yang dihadapinya. Termasuklah jika saudaranya itu dalam keadaan susah hati dan murung. Dia akan berusaha dan berikhtiar bagi mengembalikan semangat saudaranya….

  • |

    SIBUK TANYA “DARI MANA? PERGI MANA?”

    Imam Bukhari meriwayatkan daripada Mujahid, katanya: يُكْرَهُ ‌أَنْ ‌يُحِدَّ ‌الرَّجُلُ النَّظَرَ إِلَى أَخِيهِ أَوْ يُتْبِعَهُ بَصَرَهُ إِذَا قَامَ، أَوْ يَسْأَلَهُ مِنْ أَيْنَ جِئْتَ وَأَيْنَ ذَهَبْتَ. “Makruh jika seseorang itu merenung orang lain, memerhatinya apabila dia bangun, bertanya kepadanya dari mana dan pergi mana?” [al-Adab al-Mufrad, no. 771] 4 perkara yang…