KESALAHAN

KESALAHAN

Hantaran seperti dalam tangkap layar di bawah perlu dibetulkan.

Ayat Al-Quran dalam surah Hud, ayat 44 tidak boleh dijadikan sebagai doa untuk meminta dari bumi menelan air dan langit menghentikan curahan hujan kerana ia merujuk kepada perintah Allah ﷻ ke atas kedua-duanya sesudah ditimpakan air bah ke atas kaum Nabi Nuh.

Masakan manusia boleh meminta di alam ghaib kepada selain Allah ﷻ atau memerintahkan bumi dan langit untuk melakukan ini dan itu.

Hanya Allah ﷻ sahaja yang berkuasa ke atas bumi dan langit, yang mampu mengarah dan memerintahnya.

Justeru dalam apa jua situasi dan keadaan Muslim hanya menyeru dan meminta kepada Allah ﷻ, bergantung dan berharap daripadaNya.

Seyogianya di musim tengkujuh dan dalam kekhuatiran berlakunya banjir dihidupkan sunah Nabi ﷺ dengan dibacakan doa yang diajarkan oleh baginda ﷺ iaitu:

اللَّهُمَّ ‌حَوَالَيْنَا، ‌وَلَا ‌عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ ‌وَالجِبَالِ وَالآجَامِ وَالظِّرَابِ وَالأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ.

“Ya Allah, (turunkanlah hujan) di sekitar kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, (turunkanlah hujan) ke atas dataran tinggi, gunung-ganang, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Sumber tangkap layar:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=284662953704682&id=100064829375273

CATATAN

Berilmu sebelum beramal.

Demikian ada pihak yang mengajarkan zikir-zikir tertentu untuk mengalihkan hujan dan seumpamanya sedangkan realitinya ia merupakan amalan yang direka-reka dan ditokok tambah dalam Agama semata-mata. Tiada contohnya daripada Nabi ﷺ mahupun generasi awal umat Islam. Perlu dielakkan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Jamadilawal 1443H /
19 Disember 2021

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • PROPAGANDA SYIAH

    PROPAGANDA SYIAH Kebelakangan ini ada yang berkongsi berita kononnya kerajaan Arab Saudi kini menolak fahaman Wahabi kerana ia merupakan aliran yang ekstrem dan berideologi takfir (mengkafirkan sesama Muslim). Untuk makluman, ini hanyalah propaganda yang dijaja oleh saluran TV Syiah Iraq yang terkenal permusuhan mereka terhadap Sunni khususnya Arab Saudi. Sumber:…

  • NAIK LIF / ESKALATOR

    NAIK LIF / ESKALATOR Ulama besar Madinah, Syeikh Abdul Mohsin al-Abbad al-Badr hafizahullah berkata: “Sekiranya seseorang itu naik lif atau eskalator lalu dia membaca (doa menaiki kenderaan): سبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين. (Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu…

  • KAITAN NOMBOR KES KORONAVIRUS DENGAN AL-QURAN?

    KAITAN NOMBOR KES KORONAVIRUS DENGAN AL-QURAN? Sebahagian mahu menggemparkan masyarakat Islam dengan mengaitkan antara nombor jumlah kes koronovirus pada tarikh tertentu dengan nombor ayat tertentu dalam AL-QURAN. Kita tegaskan: INI MENGARUT! AL-QURAN sama sekali BUKAN permainan TILIK NOMBOR. Hampir sahaja perbuatan ini mirip permainan tukang tilik ahli nujum yang bermain…

  • SELAMAT DARI SYIRIK

    Orang yang dapat menjaga dirinya dan ahli keluarganya daripada syirik mendapat keuntungan yang lumayan. Tetapi hal ini hanya bagi mereka yang benar-benar memahami erti tauhid dan erti syirik. Bagaimana pula dengan mereka yang membolehkan pemakaian tangkal, mengkeramatkan perkuburan tertentu, percaya kepada ramalan nasib mengikut kedudukan bintang (horoskop), mendatangi bomoh yang…

  • NOVUS ORDO SECLOROM

    NOVUS ORDO SECLOROM # New World Order # Order Baru Dunia Slogan yang tertera di bawah simbol piramid dalam wang satu dollar Amerika ini bermaksud ‘New order of the ages’ (Zaman order baru). Ia dikaitkan dengan slogan ‘New World Order’ (Order Baru Dunia) yang merujuk kepada perancangan besar golongan elit…