Video, movie, cinema concept. Retro camera, clapperboard and director chair. 3d

KEMULIAAN MUSLIM & BUDAYA LUCAH

 

Kehidupan Muslim yang sebenar dan kebahagiaan mereka yang kekal ialah apabila agama Islam dimartabatkan manakala Muslim saling membantu antara satu sama lain untuk memenangkan agama Allah ﷻ ini.

Firman Allah ﷻ:

“Sesiapa yang beramal soleh sama ada lelaki atau perempuan dalam keadaan dia beriman maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kehidupan yang baik.”

[Al-Quran, al-Nahl, 16:97]

Firman Allah ﷻ lagi:

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjukKu maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit.”

[Al-Quran, Taha, 20: 124]

Kehidupan yang sempit ialah kehidupan yang sengsara, tiada keberkatan, amalan orangnya buruk dan sumber rezekinya jijik.

Kecenderungan segelintir pihak yang mahu membawa budaya filem lucah dalam kalangan masyarakat sangat mendukacitakan.

Ia merupakan perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab.

Hampir sahaja mereka mahu membuka pintu yang kesudahannya akan meruntuhkan agama, akhlak, keluarga dan masyarakat seperti mana yang berlaku sekarang di negara-negara Barat.

Kesan berleluasanya budaya lucah di Barat mengakibatkan masyarakat di sana menjauh daripada agama, perzinaan melonjak tinggi, masalah rumah tangga meningkat, angka perceraian dan anak luar nikah bertambah, masalah-masalah sosial dan jenayah melambung tinggi…

Inilah sekelumit apa yang dapat diperkatakan tentang keadaan di sana.

Benarlah sabda Nabi ﷺ:

“Kamu akan ikut jejak langkah orang-orang sebelum kamu (Yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kalau seseorang daripada kalangan mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun nescaya kamu pun akan turut sama.”

[Sahih. Riwayat al-Hakim]

Ternyata ada dalam kalangan Muslim di negara ini yang mahu turut sama dengan orang Yahudi dan Nasrani masuk ke dalam lubang biawak.

Lebih pelik apabila dia merasa bangga dan gembira dengan perbuatannya itu kerana menganggapnya satu pencapaian dan kemajuan.

Daripada Allah ﷻ jua kita memohon perlindungan untuk diri dan keluarga supaya tidak terjebak sama.

Idris bin Sulaiman
Kajang
19 Syaaban 1443H /
22 Mac 2022

Similar Posts

  • |

    SEBAIK-BAIK UCAPAN TERIMA KASIH

    Sabda Nabi ﷺ: مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ: جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ ‌أَبْلَغَ ‌فِي ‌الثَّنَاءِ. “Barang siapa dilakukan padanya kebaikan lalu dia berkata kepada orang tersebut ‘Jazakallahu khaira (Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan) maka sesungguhnya dia telah memberikan sebaik-baik pujian.” [Sahih. Riwayat Tirmizi] Nabi ﷺ dalam hadis di atas…

  • |

    TEGUR LEMAH LEMBUT ATAU KASAR?

    Sering apabila menegur kesalahan sebahagian orang lebih mudah menggunakan cara yang kasar berbanding cara yang lemah lembut. Lalu terdengarlah ayat-ayat seperti: “Eh, takkan ini pun tak tahu??” “Hoi bodoh!” “Takkan ini pun kena ajar!?” “Aduhai, berapa kali aku nak cakap??” Ini berlaku kerana cara yang kasar lebih mudah digunakan berbanding…

  • |

    AL-TAGHAFUL

    – Buat-buat tak endah al-Taghaful ialah pendekatan buat-buat tak endah, tidak mempedulikan sesuatu kesalahan dalam keadaan tahu dan sedar akan kesalahan itu demi menjaga kehormatan diri serta menyantuni pihak berkenaan. Orang yang buat-buat tak endah itu sedar akan kesalahan yang dilakukan dan dia mampu mengambil tindakan ke atas pesalah itu…

  • |

    BAHAYA UJUB

    Ujub berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud angkuh, ego dan kagum dengan diri sendiri. Orang yang ujub melihat dirinya memiliki sesuatu kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Sifat mazmumah ini haram bahkan dosa besar. Kerana itu Nabi ﷺ memberi ancaman akan bahaya sifat ini. Sabda Nabi ﷺ: ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ…

  • |

    LARANGAN TUNDUK RUKUK APABILA BERJABAT TANGAN

    – Cara betul berjabat tangan Dalam sebuah video yang tular kelihatan seorang syeikh Arab menegur murid-murid yang tunduk apabila berjabat tangan dengan beliau. Syeikh itu dengan tegas berkata “Jangan begitu! Tunduk hanya kepada Allah semata-mata.” Beliau kemudian menunjukkan cara yang betul berjabat tangan seraya menambah “Hormat itu satu perkara manakala…