KEMPEN SEBAR HADIS 40 IMAM NAWAWI

Alhamdulillah, Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan baru-baru ini melancarkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi, inisiatif yang sangat baik dan disambut positif oleh rata-rata masyarakat Islam Malaysia (kecuali segelintir).

Ditakdirkan pula beberapa bulan yang lalu buku Syarah Hadis 40 Imam Nawawi saya telah dilancarkan dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada sahabat-sahabat, penuntut ilmu dan masyarakat.

Buku Syarah Hadis 40 ini ialah sebahagian daripada usaha kecil untuk membantu pemahaman mengenai asas Islam, Iman dan Ihsan untuk dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian di samping membudayakan nilai murni untuk mencapai tahap Khayra Ummah, menggerakkan umat Islam untuk melaksanakan tuntutan ajaran Islam agar menjadi insan soleh dalam hubungan dengan Allah ﷻ dan masyarakat sekeliling.

Mendukung inisiatif Kerajaan ini, saya terpanggil untuk melancarkan sebuah kempen infak bagi menyebarkan buku Syarah Hadis 40 ini kepada sekolah-sekolah tahfiz seluruh negara dengan sasaran awal 50 buah sekolah terpilih.

Kempen infak ini memerlukan sokongan daripada sahabat-sahabat, tuan-tuan dan puan-puan, di kala sebahagian pihak mahu sekat, kita jadi penyebar.

Ayuh bersama-sama menjayakannya dengan menekan pautan di bawah.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui pautan WhatsApp berikut:

https://www.wasap.my/601128209625/infakhadis40

Semoga usaha diberkati Allah ﷻ.

Jazakumullahu khaira.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
07 Rabiulawal 1445H
23 September 2023

Similar Posts

  • |

    Seruan Jihad Perlu Dengan Meraikan Syarat-syaratnya

    SOALAN Ada yang berhujah untuk apa yang berlaku di Palestin dengan ayat: أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُواْ “Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya.” [Al-Quran, al-Hajj, 22:39] JAWAPAN Ayat ini sebenarnya menjadi hujah ke atas mereka. Sebab nuzul ayat ini ialah kaum Muslimin pada peringkat…

  • CETAKAN BAHARU BUKU SYARAH HADIS 40 IMAM NAWAWI

    Alhamdulillah, cetakan baharu Buku Syarah Hadis 40 Imam Nawawi (BSH40) telahpun siap. Segar dan panas dari kilang cetak. Buat mereka yang telah infak dan membuat tempahan, penghantaran kepada sekolah-sekolah tahfiz terpilih dan para pembeli akan dibuat secepat mungkin. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua penginfak dan pembeli. Buat…

  • | |

    KEBENARAN WAJIB DIJELASKAN

    Wajib ada pihak dalam kalangan umat Islam yang berdakwah menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Firman Allah ﷻ: وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ “Dan hendaklah ada di antara kamu pihak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat kebaikan serta melarang…

  • |

    BULU KUCING BUKAN NAJIS

    Tular di media sosial pandangan sesetengah pihak yang kata bulu kucing najis, justeru kucing seeloknya diletakkan di luar rumah agar bulunya tidak jatuh merata dan dapat solat dengan tenang tanpa waswas. Pertamanya, perlu ditegaskan bahawa pandangan di atas adalah salah dan bersifat ghuluw melampau. Sebetulnya kucing ialah binatang suci, bukan…

  • |

    NAMA SEBENAR ABU BAKAR AL-SIDDIQ & ABU HURAIRAH

    Semua kenal Abu Bakar al-Siddiq radiallahuanhu, Sahabat yang paling rapat dengan Nabi ﷺ dan khalifah pertama umat Islam, di samping Abu Hurairah radiallahuanhu, Sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis daripada Nabi ﷺ. Tetapi ramai mungkin menyangka bahawa kedua-dua nama Abu Bakar al-Siddiq dan Abu Hurairah ialah nama sebenar mereka. Jawapannya…

  • | |

    AGAMA IKUT SUNAH; BUKAN PETUA

    Ada pihak menyarankan untuk mendapat fadilat malam Lailatulqadar dianjurkan membaca surah al-Fatihah tiga kali, al-Zalzalah dua kali, al-Kafirun empat kali, al-Ikhlas tiga kali dan Yaasin sekali. Ini berdasarkan petua ulama, menurutnya. Perlu ditegaskan bahawa amalan ini tiada asasnya dalam al-Sunah dan tidak pernah dilakukan oleh generasi pendahulu umat Islam Salaf…