KEKUATAN BERBAHAS

KEKUATAN BERBAHAS

Kekuatan seseorang itu berbahas tidak diukur dengan hanya membawa maklumat dan memperbanyakkannya di samping menghafal dalil dan mengemukakannya.

Sebaliknya dengan sejauh mana kuatnya dalil yang digunakan, cara penyampaiannya serta melazimi metode ilmu dalam perbincangan dan sanggahan.

CATATAN

Bagaimana jika suatu permasalahan Agama itu hanya ditegakkan dengan andaian dan logik akal (menurut pendapatnya) atau dengan berhujah dengan mimpi, kata guru dan syeikh si fulan, hadis daif apatah lagi jika palsu?

Jelas orangnya bankrap tidak memahami kaedah dalam perbahasan ilmiah.

Lebih buruk jika diminta mengemukakan dalil maka dibalas dengan tuduhan Wahabi.

Membalas dengan cemuhan tidak susah. Semua mampu berbuat demikian.

Sewajarnya hujah dibalas dengan hujah. Dalil dibalas dalil.

————————–

Orang Awam Tak Perlu Tahu Dalil?

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10213077830172248/

————————–

Hukum Perkataan dan Pandangan Manusia

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10221782233616894/

Idris bin Sulaiman
Kajang
19 Rabiulakhir 1443H /
24 November 2021

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • MENORMALISASIKAN’ BUDAYA KAFIR BARAT

    MENORMALISASIKAN’ BUDAYA KAFIR BARAT Kini ada usaha sesetengah pihak untuk ‘menormalisasikan’ budaya kafir Barat dalam kalangan masyarakat Islam; untuk ‘desensitise’; supaya masyarakat Muslim tidak lagi merasa sensitif atau janggal terhadap budaya-budaya kafir ini. Bermula dengan budaya LGBT, perkahwinan sejenis dan memelihara anjing dalam rumah. Awas! Jangan pandang mudah rancangan halus…

  • MARAH KERANA SOLAT

    MARAH KERANA SOLAT # Tanda hati sihat atau sakit Antara tanda kedudukan hati sihat atau sakit dapat dilihat berdasarkan reaksinya terhadap solat. Sekiranya ketibaan waktu solat menjadikannya ceria dan gembira manakala ketika mengerjakannya dia merasa tenang dan khusyuk maka ia tanda hati sihat. Berbeza pula sekiranya ketibaan waktu solat menjadikannya…

  • ANTARA NAS & PENDAPAT MANUSIA

    ANTARA NAS & PENDAPAT MANUSIA Berpeganglah kepada nas dan tinggalkanlah pendapat-pendapat manusia. Engkau mungkin akan dilihat pelik tetapi bersabarlah. Sabda Rasulullah ﷺ: ‌تَرَكْتُ ‌فِيكُمْ ‌أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ رَسُولِهِ. “Aku tinggalkan buat kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepada…

  • INDAHNYA ISLAM

    INDAHNYA ISLAM # Keutamaan Tauhid # Bahaya syirik # Wajibnya birrul walidain Kedua-dua mereka mendesak secara bersungguh-sungguh supaya dinafikan hak ALLAH ﷻ sedangkan ALLAH ﷻ memerintahkan supaya mereka tetap dilayan dengan sebaik-baiknya. Firman ALLAH ﷻ: وَإِن جَٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِي مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٞ فَلَا تُطِعۡهُمَاۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِي…