“KECUALI PETIR YANG MENGECEWAKAN”??

“KECUALI PETIR YANG MENGECEWAKAN”??

# Beriman dengan qada & qadar
# Doa mendengar petir

Tersebar di media sosial sebuah poster ucapan terima kasih daripada sebuah rangkaian restoran terkenal di negara. Di dapati bahawa di akhir poster ini tertera ayat “kecuali petir yang mengecewakan”.

Sebenarnya perkataan ini tidak wajar bagi seorang Muslim.

Ayat ini menzahirkan rasa sedih dan hampa dengan takdir yang Allah ﷻ telah tetapkan melalui petirNya.

Setiap seorang Muslim wajib beriman dengan qada dan qadar yang mana antara isi maknanya ialah kita meyakini bahawa segala sesuatu itu berlaku mengikut ketetapan dan izin Allah ﷻ termasuklah kejadian petir dan kilat.

Ini berdasarkan firman Allah ﷻ:

إِنَّا كُلَّ شَيۡءٍ خَلَقۡنَٰهُ بِقَدَرٖ.

“Sesungguhnya Kami menciptakan setiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).”

[Al-Quran, al-Qamar, 54:49]

Firman Allah ﷻ lagi:

وَخَلَقَ كُلَّ شَيۡءٖ فَقَدَّرَهُۥ تَقۡدِيرٗا.

“Dan Dia lah yang menciptakan setiap sesuatu lalu Dia menentukan keadaan ketentuan takdirnya yang sempurna.”

[Al-Quran, al-Furqan, 25:2]

Jauh daripada rasa kecewa, Muslim dianjurkan supaya rasa takut apabila melihat awan gelap apatah lagi jika diiringi dengan petir dan kilat.

Demikian reaksi Nabi ﷺ sebagaimana yang diceritakan oleh Aisyah RA.

Baginda ﷺ menjelaskan:

يَا عَائِشَةُ، ‌مَا ‌يُوَمِّنُنِي ‌أَنْ ‌يَكُونَ ‌فِيهِ ‌عَذَابٌ؟! قَدْ عُذِّبَ قَوْمٌ بِالرِّيحِ، وَرَأَى قَوْمٌ العَذَابَ فَقَالُوا: هَذَا عَارِضٌ مُمْطِرُنَا.

“Wahai Aisyah, apakah jaminan bahawa ia tidak membawa azab? Sedangkan terdapat kaum yang telah dibinasakan dengan angin dan ada kaum yang telah melihat azab itu datang tetapi mereka berkata “Ini hanya awan yang membawa hujan kepada kita!”

[Al-Quran, al-Ahqaf, 46:24]

Apabila mendengar petir atau guruh, Muslim dianjurkan berdoa:

سُبْحَانَ الَّذِي يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ ‌مِنْ ‌خِيفَتِهِ.

“Maha suci Allah yang Dialah yang disucikan oleh guruh dan para malaikat dengan bertasbih memujiNya kerana takut kepadaNya.”

[Sahih. Riwayat Imam Malik]

Dalam masa yang sama, Muslim dilarang daripada mencela angin.

Sabda Nabi ﷺ:

‌لَا ‌تَسُبُّوا ‌الرِّيحَ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ مَا تَكْرَهُونَ فَقُولُوا: اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ وَخَيْرِ مَا فِيهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ.

“Jangan kamu mencela angin. Apabila kamu melihat sesuatu yang kamu tidak suka maka ucaplah: Ya Allah, aku memohon kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada padanya serta kebaikan yang diperintahkan ke atasnya. Dan aku berlindung denganMu daripada keburukan angin ini dan keburukan yang ada padanya serta keburukan yang diperintahkan ke atasnya.”

[Sahih. Riwayat Tirmizi]

Demikian halnya dengan petir. Muslim ditegah daripada mencelanya.

Justeru wajarlah bagi setiap Muslim untuk sentiasa menjaga adab tutur perkataannya. Jangan sampai mengundang dosa serta kemurkaan Allah ﷻ.

Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، ‌لَا ‌يُلْقِي ‌لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ.

“Sesungguhnya seseorang hamba itu mengucapkan satu kalimah yang dimurkai Allah ﷻ tanpa dia peduli lalu menyebabkan dia dihumban ke dalam Neraka Jahanam.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Pentingnya jaga akidah
25 Muharam 1443H /
04 September 2021

Similar Posts

  • ZIKIR KANAN ATAU KIRI?

    Ada yang mendakwa “Kita kena ikut faham guru kita” bahkan “sesat jika langsung ikut Nabi!” Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: “Aku tinggalkan buat kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang kepada kedua-duanya; kitab Allah dan Sunah NabiNya.” [Sahih. Riwayat Imam Malik] Sabda Nabi ﷺ: “Barang siapa…

  • KENDURI ARWAH & MERATAP

    KENDURI ARWAH & MERATAP Jika ada kematian SYARIAT menyarankan supaya masyarakat sekeliling menyediakan makanan buat keluarga si mati. Tujuannya jelas bagi MERINGANKAN beban yang dihadapi oleh keluarga si mati. Adapun budaya keluarga si mati perlu mengadakan jamuan kenduri arwah untuk tetamu yang datang, ini jelas MEMBEBANKAN. Bukan sahaja sekali pada…

  • BERANI LAWAN ‘HANTU’

    BERANI LAWAN ‘HANTU’ # Kepercayaan Khurafat Orang Melayu Dahulu (2) # Syirik kufur Muslim diperintahkan supaya sentiasa berlindung dengan ALLAH daripada segala kejahatan termasuklah gangguan syaitan. Malah tipu daya syaitan itu lemah tidak sekuat mana. Firman ALLAH: فَقَـٰتِلُوۤا۟ أَوۡلِیَاۤءَ ٱلشَّیۡطَـٰنِۖ إِنَّ كَیۡدَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ كَانَ ضَعِیفًا. “Maka perangilah kamu akan pengikut-pengikut…

  • PROPAGANDA SYIAH

    PROPAGANDA SYIAH Kebelakangan ini ada yang berkongsi berita kononnya kerajaan Arab Saudi kini menolak fahaman Wahabi kerana ia merupakan aliran yang ekstrem dan berideologi takfir (mengkafirkan sesama Muslim). Untuk makluman, ini hanyalah propaganda yang dijaja oleh saluran TV Syiah Iraq yang terkenal permusuhan mereka terhadap Sunni khususnya Arab Saudi. Sumber:…

  • BAGAIMANA ALLAH ﷻ AKAN LAYAN KITA?

    BAGAIMANA ALLAH ﷻ AKAN LAYAN KITA? # Cara kita melayan orang lain Barang siapa ingin tahu bagaimana Allah ﷻ akan melayaninya maka hendaklah dia melihat cara dia melayani makhluk-makhluk Allah. Sekiranya dia melayani orang-orang di sekelilingnya dengan baik, berlemah-lembut, bersifat pemaaf, suka membantu, hormat-menghormati, menjaga kehormatan orang lain dan sedaya…

  • NOVUS ORDO SECLOROM

    NOVUS ORDO SECLOROM # New World Order # Order Baru Dunia Slogan yang tertera di bawah simbol piramid dalam wang satu dollar Amerika ini bermaksud ‘New order of the ages’ (Zaman order baru). Ia dikaitkan dengan slogan ‘New World Order’ (Order Baru Dunia) yang merujuk kepada perancangan besar golongan elit…