KAU SAHAJA YANG BETUL, ORANG LAIN SEMUA SALAH!

KAU SAHAJA YANG BETUL, ORANG LAIN SEMUA SALAH!

Begitulah barangkali sindiran yang diungkapkan oleh sebahagian mereka yang tidak faham hakikat dakwah Salaf As-Soleh.

Selagi mana kita tak faham ajaran Agama seperti mana yang dibawa oleh Nabi sallalahu alaihi wassalam, maka selagi itulah kita akan terus ragu-ragu, hilang arah dan terus keliru.

Mengapa begitu?

Ini kerana, selain daripada Dakwah Salaf, ia adalah fahaman yang kembali kepada individu.

Ya, perhatikan akidah dan fahaman rata-rata kelompok. Ia SEMUA dinisbahkan kepada INDIVIDU.

Jahmiyyah nisbah kepada Jaham bin Safuan (meninggal 128H)

Muktazilah nisbah kepada Wasil bin Ataa (meninggal 131H)

Asya’irah nisbah kepada Abu Al-Hasan Al-Asy’ari (meninggal 324H)

Maturidiah nisbah kepada Abu Mansur Al-Maturidi (meninggal 333H)

Begitu juga dengan mazhab-mazhab fikah dan fahaman-fahaman lain. Semuanya dinisbahkan kepada individu.

Kita maklum bahawa sesuatu yang dinisbahkan kepada individu, tiada mana-mana individu yang maksum terpelihara daripada kesalahan dan kekurangan.

Berbeza dengan dakwah SALAF AS-SOLEH, ia adalah nisbah kepada yang maksum.

Ia adalah nisbah kepada kefahaman dan ajaran yang bertunjangkan AL-QURAN dan HADIS sesuai dengan kefahaman PARA SAHABAT secara khasnya dan ketiga-tiga generasi awal Umat Islam secara amnya.

Ia bukan nisbah kepada mana-mana individu tetapi ia adalah nisbah kepada Allah, RasulNya dan Ijmak.

Maka orang yang berpegang kepada fahaman dan ajaran SALAF AS-SOLEH adalah orang yang berpegang kepada apa yang kukuh lagi kuat, sesuatu yang terpelihara daripada salah silap, sesuatu yang memberikannya keyakinan dan keteguhan
dalam dia beragama dan beramal ibadah. Dalam masa yang sama orangnya tidak akan mudah terkesan dengan hujah-hujah dan syubhat-syubhat yang dikemukakan oleh lawan.

Itulah nikmat dan kelebihan yang ada pada mereka yang berpegang kepada Manhaj Salaf As-Soleh. Nikmat yang tidak ada pada orang lain.

Firman Allah:

أَفَمَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَىٰ تَقْوَىٰ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ خَيْرٌ أَمْ مَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَىٰ شَفَا جُرُفٍ هَارٍ فَانْهَارَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

“Adakah orang yang membangunkan binaannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan binaannya di tepi jurang yang hampir sahaja runtuh, lalu runtuhlah ia dengannya ke dalam api neraka jahanam?”

Surah At-Taubah: ayat 109

Sebagaimana wajib bagi seorang Muslim, tentulah seorang Salafi itu adalah orang yang yakin dengan kefahaman dan amalannya.

Masakan boleh ragu-ragu dalam kepercayaan dan amalan.

Hanya mereka yang tidak mempunyai asas Agama yang benar dan kukuh, dan yang tidak berpegang kepada fahaman Salaf As-Soleh sahaja yang mungkin ragu-ragu dan tidak yakin dengan kepercayaan dan amalannya.

Oleh itu, ungkapan: “Engkau sahaja yang betul!” seakan-akan tak kena dan seolah-olah orangnya gagal dalam berhujah dan gagal mengemukakan hujah yang menunjukkan kesalahan lawannya.

Pendek kata, berhujahlah secara ilmiah dan kemukakanlah bukti dan dalil jika anda melihat diri anda di pihak yang benar.

Adapun ungkapan: “Engkau sahajalah yang betul, orang lain semua salah!” ia hanya menampakkan kelemahan anda berhujah serta kegagalan anda mengemukakan bukti kesalahan lawan anda.

Firman Allah:

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

“Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar. ”

Surah Al-Baqarah: ayat 111

Wallahul musta’an

✍ Ustaz Idris Sulaiman
2 Rabiul awal 1439H bersamaan 21 November 2017

Tidak mahu terlepas artikel-artikel UIS? Klik saja di sini t.me/penaustazidrissulaiman

#penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • SOLAT DI KUBUR

    SOLAT DI KUBUR Agama Islam MELARANG SOLAT di KUBUR. Tak kira di mana jua kubur itu berada. Nabi bersabda: لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِد “ALLAH MELAKNAT orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan KUBUR nabi-nabi mereka sebagai MASJID.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Apa maksud menjadikan ‘KUBUR SEBAGAI MASJID’?…

  • ADAT BUDAYA ZAMAN ARAB JAHILIAH

    ADAT BUDAYA ZAMAN ARAB JAHILIAH Zaman jahiliah merujuk kepada zaman kesesatan masyarakat Arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad ﷺ dan kebangkitan beliau membawa risalah agama Islam. Zaman ini dinamakan sedemikian kerana kejahilan manusia yang berleluasa ketika itu serta kehidupan mereka dalam suasana gelap sebelum datangnya sinar Islam. Kejahilan ini tampak pada…

  • SUAMI BERHIAS UNTUK ISTERI

    SUAMI BERHIAS UNTUK ISTERI Suami dianjurkan berhias untuk isteri di rumah seperti mana dia suka isterinya berhias untuknya. Berkata Ibnu Abbas r.a.: إني أحب أن أتزين للمراة كما أحب أن تتزين لي لأن الله تعالى يقول: ولهن مثل الذي عليهن بالمعروف. “Aku suka berhias untuk isteri seperti mana aku suka…

  • MENJAGA NASAB & NAMA KELUARGA

    MENJAGA NASAB & NAMA KELUARGA Syariat Islam mengutamakan NASAB dan memerintahkan supaya ia dipelihara dan dijaga. Ia termasuk dalam lima prinsip Maqasid Syariah, di samping menjaga Agama, nyawa, akal dan harta. Atas sebab ini Syariat Islam mengharamkan zina, dan menganggapnya sebagai perbuatan terkutuk dan tercela. Ini kerana zina antara lain…

  • BIDAAH DALAM AGAMA

    BIDAAH DALAM AGAMA Firman Allah ﷻ, mafhumnya: “Dan Kami turunkan daripada Al-Quran apa yang menjadi PENAWAR serta rahmat buat sekelian alam.” [Surah al-Israa, ayat 82] Ayat di atas bersifat umum dan mutlak, tidak mengkhususkan mana-mana ayat yang tertentu. Tidak dinafikan bahawa dalam masa yang sama, terdapat hadis-hadis SAHIH yang menyebut…