Laptop on the desk

JANGAN MENGHINA

– B40
– Kemuliaan Muslim

Muslim itu mulia dan memiliki hak-hak yang wajib dipelihara dan ditunaikan oleh sesama Muslim.

Antaranya menjaga darah nyawanya, hartanya dan juga maruahnya.

Justeru syariat melarang perbuatan menghina antara sesama Muslim walau atas apa sebab sekalipun.

Sabda Nabi ﷺ:

الـمُسلِمُ أَخُو الـمُسلِم، لاَ يَظلِمُهُ، وَلاَ يَـخذُلُهُ، وَلا يكْذِبُهُ، وَلا يَـحْقِرُهُ. بِحَسْبِ امْرِئٍ مِن الشَّر أَن يَحْقِرَ أَخَاهُ الـمُسلِمَ، كُلُّ الـمُسِلمِ عَلَى الـمُسلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُه وَعِرضُه.

“Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya, menghampakannya, berbohong kepadanya ataupun menghinanya. Cukuplah kejahatan seseorang itu sekiranya dia menghina saudara Muslimnya. Haram bagi seorang Muslim dengan Muslim yang lain; darahnya, hartanya dan maruahnya.”

Idris bin Sulaiman
Kajang
27 Syaaban 1443H /
30 Mac 2022

Similar Posts

  • |

    ADAB-ADAB MEMBUANG HAJAT MENURUT AL-SUNAH

    Hantaran sebelum ini membidas tatacara kencing tertentu yang didakwa menurut al-Sunah kerana ia lebih kepada menyusahkan apa yang telah sedia dimudahkan oleh agama. TATACARA KENCING? Berikut adalah ringkasan adab-adab membuang hajat yang sabit dalam al-Sunah: 1. Menjauh dan melindungi diri daripada pandangan manusia lain; 2. Tidak membuang hajat di tempat…

  • |

    TEGUR LEMAH LEMBUT ATAU KASAR?

    Sering apabila menegur kesalahan sebahagian orang lebih mudah menggunakan cara yang kasar berbanding cara yang lemah lembut. Lalu terdengarlah ayat-ayat seperti: “Eh, takkan ini pun tak tahu??” “Hoi bodoh!” “Takkan ini pun kena ajar!?” “Aduhai, berapa kali aku nak cakap??” Ini berlaku kerana cara yang kasar lebih mudah digunakan berbanding…

  • |

    SIBUK TANYA “DARI MANA? PERGI MANA?”

    Imam Bukhari meriwayatkan daripada Mujahid, katanya: يُكْرَهُ ‌أَنْ ‌يُحِدَّ ‌الرَّجُلُ النَّظَرَ إِلَى أَخِيهِ أَوْ يُتْبِعَهُ بَصَرَهُ إِذَا قَامَ، أَوْ يَسْأَلَهُ مِنْ أَيْنَ جِئْتَ وَأَيْنَ ذَهَبْتَ. “Makruh jika seseorang itu merenung orang lain, memerhatinya apabila dia bangun, bertanya kepadanya dari mana dan pergi mana?” [al-Adab al-Mufrad, no. 771] 4 perkara yang…

  • |

    SEBAIK-BAIK UCAPAN TERIMA KASIH

    Sabda Nabi ﷺ: مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ: جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ ‌أَبْلَغَ ‌فِي ‌الثَّنَاءِ. “Barang siapa dilakukan padanya kebaikan lalu dia berkata kepada orang tersebut ‘Jazakallahu khaira (Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan) maka sesungguhnya dia telah memberikan sebaik-baik pujian.” [Sahih. Riwayat Tirmizi] Nabi ﷺ dalam hadis di atas…

  • TUNTUTAN BERJABAT TANGAN

    – Harusnya berpeluk – Larangan tunduk – Syarat-syarat mencium tangan guru / ulama Sabda Nabi ﷺ: مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ، فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا. “Tidak ada dua Muslim yang bertemu lalu mereka berjabat tangan melainkan diampunkan kedua-dua mereka sebelum mereka berpisah.” [Sahih. Riwayat Abu Daud] BERPELUK SETELAH…