Social media network concept using icon people wooden cube block

JADILAH ORANG ASING

– al-Ghuraba’

Agama Islam bermula dalam keadaan asing dan ia akan kembali seperti mana ketika ia bermula.

Maka beruntunglah orang-orang yang asing (al-Ghuraba’).

[Sahih. Riwayat Muslim]

Orang-orang yang tetap berbuat baik ketika mana masyarakat menjadi rosak, dan orang-orang yang menyalahi mereka lebih ramai daripada orang-orang yang mengikut mereka.

[Sahih. Riwayat Ibnu Mubarak]

Merekalah orang-orang asing yang dipuji lagi dicemburui, dan kerana mereka terlalu sedikit dalam kalangan manusia yang ramai maka mereka dikatakan ‘asing’.

Kebanyakan manusia tidak mempunyai sifat-sifat seperti mereka.

Sepertimana orang-orang Islam adalah asing dalam kalangan manusia, orang-orang beriman adalah asing dalam kalangan orang-orang Islam, dan orang-orang berilmu adalah asing dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Orang-orang Sunah – yang membezakan diri mereka daripada golongan pengikut hawa nafsu dan ahli bidaah – mereka juga asing.

Bahkan mereka yang mengajak kepada al-Sunah, bersabar terhadap gangguan orang-orang yang menyalahi mereka adalah lebih asing berbanding para pengikut al-Sunah secara amnya.

Tetapi hakikatnya merekalah hamba Allah ﷻ yang sebenarnya.

Tidak ada apa yang sebenarnya asing tentang mereka.

Mereka hanya asing dalam kalangan kebanyakan manusia yang mana Allah ﷻ telah berfirman:

“Dan jika engkau menurut kebanyakan manusia yang ada di atas muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan engkau dari jalan Allah.”

[Al-Quran, al-An’am, 6: 116]

Mereka orang-orang asing di sisi Allah, RasulNya dan AgamaNya.

Dan keterasingan ini boleh berlaku di suatu tempat dan tidak di tempat yang lain; atau di suatu masa dan tidak di masa yang lain; atau dalam kalangan sesebuah masyarakat dan tidak dalam kalangan masyarakat yang lain.

Walau bagaimanapun, orang-orang yang asing ini adalah pengikut Allah yang sebenar kerana mereka tidak berlindung kecuali dengan Allah ﷻ; mereka tidak menisbahkan diri mereka kecuali kepada Rasulullah ﷺ; dan mereka tidak menyeru kecuali kepada apa yang telah dibawa oleh baginda ﷺ.

Merekalah yang berpegang kepada apa yang paling diperlukan oleh manusia.

Pada Hari Akhirat ketika mana manusia diarahkan untuk pergi ke tuhan-tuhan mereka, mereka ini kekal di tempat mereka.

Dikatakan kepada mereka “Mengapa kamu tidak pergi seperti mana manusia lain?” Mereka menjawab “Kami telah menyalahi manusia dan kami menanti Tuhan yang kami sembah.”

[Sahih. Riwayat Ibnu Hibban]

Sungguh keterasingan ini bukanlah sesuatu yang membuatkan orangnya sedih.

Bahkan ia adalah perkara yang paling menggembirakan mereka tatkala orang lain berdukacita (di akhirat).

Dan kemuncak keterasingan mereka ialah di kala orang lain merasa gembira (di dunia).

Penolong mereka ialah Allah ﷻ walaupun kebanyakan manusia memusuhi mereka serta menjauhkan diri daripada mereka.

Dalam sebuah hadis kudsi, Allah ﷻ berfirman:

“Sesungguhnya waliKu yang paling dicemburui disisiKu ialah Mukmin yang hidupnya sederhana tetapi lumayan dalam solatnya, ibadahnya adalah yang terbaik dan rezekinya adalah sekadar kecukupan. Sekalipun demikian, keadaannya tidak diketahui oleh manusia. Dia tidak dipandang orang dan dia terus bersabar sehingga dia bertemu Allah dan memperoleh apa yang diharapkannya. Apa yang diwariskannya (di dunia) hanya sedikit dan mereka yang menangisi pemergiannya tidaklah ramai.”

[Hasan. Riwayat Ahmad]

Dalam kalangan mereka yang asing ini adalah golongan yang disebutkan oleh Nabi ﷺ:

“Barangkali orang yang rambutnya kusut, badannya berdebu, pakaiannya lusuh dan dia tidak dipedulikan orang akan tetapi jika dia bersumpah dengan nama Allah nescaya doanya akan dimakbulkan.”

[Hasan. Riwayat al-Tirmizi]

Antara ciri-ciri orang-orang yang asing ini ialah mereka berpegang dengan al-Sunah ketika mana manusia lain berpaling daripadanya.

Mereka tinggalkan perkara-perkara baharu (bidaah) walaupun itulah yang dijadikan sebagai kebiasaan oleh manusia.

Mereka mempertahankan tauhid walaupun manusia mengingkarinya.

Mereka meninggalkan segala sandaran kepada selain daripada Allah ﷻ dan Rasulnya; sama ada guru, tarekat, mazhab, parti ataupun kelompok-kelompok tertentu.

Merekalah orang-orang asing yang menyembah Allah ﷻ semata-mata dan berpegang teguh dengan sunah Nabi ﷺ .

Merekalah orang-orang yang benar-benar menggenggam bara api.

Kebanyakan manusia -bahkan seluruhnya – mencemuh mereka.

Asingnya mereka daripada manusia membuatkan manusia menganggap mereka sebagai kelompok yang pelik lagi ganjil dan terkeluar daripada kumpulan majoriti.

Sekiranya seseorang Mukmin itu telah diberikan oleh Allah ﷻ kefahaman dalam agama; telah terjelas kepadanya Sunah Rasul, dan dia telah melihat bagaimana keadaan manusia bergelumang dalam mengikut hawa nafsu, bidaah dan kesesatan serta berpaling dari Jalan Lurus yang telah ditempuhi oleh Rasulullah ﷺ dan para Sahabat…

Sekiranya dia mahu menempuh Jalan Lurus ini maka hendaklah dia membiasakan dirinya dengan cacian orang-orang jahil, penghinaan pelaku-pelaku bidaah, perlekehan dan pemulauan mereka.

Sebagaimana yang telah dilakukan oleh kaum Musyrikin Mekah terhadap Rasulullah ﷺ dan para Sahabat.

Kesudahannya, dia akan menjadi orang yang asing dalam agamanya kerana rosaknya agama manusia.

Dialah orang yang asing dalam berpegang dengan Sunah Nabinya ketika mana manusia berpegang dengan bidaah.

Dialah orang yang asing dalam kepercayaannya kerana rosaknya kepercayaan manusia.

Dialah orang yang asing dalam solatnya kerana rosaknya solat manusia.

Dialah orang yang asing dalam hala tujunya kerana rosaknya hala tuju manusia.

Dialah orang yang asing ketika bergaul dengan manusia, kerana dia bergaul dengan mereka dalam apa yang hawa nafsu mereka tidak biasa dengannya.

Kesimpulannya, dialah orang yang asing dalam urusan dunia dan juga akhirat.

Dia tidak mendapat pertolongan mahupun bantuan daripada masyarakat.

Dia adalah orang yang berilmu dalam kalangan masyarakat yang jahil.

Pengikut al-Sunah dalam kalangan ahli bidaah.

Dia mengajak kepada Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ dalam kalangan masyakat yang menyeru kepada hawa nafsu dan bidaah.

Dia menyeru kepada amar makruf serta melarang yang mungkar dalam kalangan manusia yang menganggap bahawa yang makruf itu mungkar dan yang mungkar itu makruf.

– Madaarij al-Salikin, Ibnu al-Qayyim, 4/67

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
12 Rabiulakhir 1444H
07 November 2022

Similar Posts

  • TAAT KEPADA PEMERINTAH BUKAN EKSTREM

    Tiada mana-mana aliran yang menekankan prinsip taat kepada pemerintah Muslim dalam perkara-perkara makruf seperti Salafi. Malah sebahagian melihat inilah antara ciri utama yang membezakan Salafi dengan yang lain. Pemerintah negara mungkin datang silih berganti manakala kerajaan mungkin bertukar-tukar tetapi prinsip ini tidak berubah. Ia dipegang erat oleh setiap mereka yang…

  • | |

    KEBENARAN WAJIB DIJELASKAN

    Wajib ada pihak dalam kalangan umat Islam yang berdakwah menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Firman Allah ﷻ: وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ “Dan hendaklah ada di antara kamu pihak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat kebaikan serta melarang…

  • GELARAN YANG DIBERI LAWAN KEPADA DAKWAH SALAF

    – Gelaran yang diberi lawan – Taimiyyah, Wahhabiyyah – Jamiyyah, Madkhaliyyah Dakwah Salaf ialah dakwah yang mengajak masyarakat Islam kembali menghayati ajaran Islam sebenar seperti mana yang terkandung dalam Al-Quran dan al-Sunah serta mengikut apa yang dipraktikkan oleh para Sahabat Nabi ﷺ. Salaf yang dari sudut bahasanya bererti ‘pendahulu’ adalah…

  • DAKWAH SALAFI MEMECAHBELAHKAN

    Benar, memecahbelahkan antara kebenaran dan kebatilan. Dakwah Salafi mengajak kepada Al-Quran dan al-Sunah mengikut pemahaman Salaf al-Soleh. Dakwah yang benar. Dakwah yang mengajak kepada fahaman generasi pendahulu umat Islam; para Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin, golongan yang direstui dan puji oleh Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ. Dakwah Salafi menyeru agar…

  • | |

    TUDUHAN ATAS SYEIKH AL-ALBANI & DAKWAH SALAF

    Ada orang terdekat meminta supaya saya menjawab sebuah tulisan yang melemparkan beberapa tuduhan ke atas Syeikh al-Albani rahimahullah dan dakwah Salaf. https://www.facebook.com/abdel.rahmanov.1 Berikut ialah jawapan ringkas yang dapat diberikan. TUDUHAN 1: Prinsip Asas Fahaman Salafiah Tidak Berpegang Kepada Mazhab &Mengajak Mencari Dalil Langsung daripada Al-Quran dan Hadis JAWAPAN: Ya, demikian…

  • JALAN DAKWAH

    Dakwah menyeru manusia kepada agama Allah perlulah berdasarkan kepada keterangan dan bukti jelas nyata. Bukan atas kejahilan dan kesesatan. Kerana asas agama Islam ialah Al-Quran dan al-Sunah. Demikian hendaklah Al-Quran dan al-Sunah itu difahami mengikut fahaman generasi pendahulu Islam yang mulia, golongan Salaf al-Soleh, para Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin….