Istighathah: Meminta Tolong Daripada Orang Mati
|

Istighathah: Meminta Tolong Daripada Orang Mati

Istighathah – meminta tolong daripada orang mati sama ada dengan andaian orang mati itu sendiri yang bantu, atau si mati membantu dengan meminta dari Allah, kedua-duanya adalah HARAM dan SYIRIK BESAR.

Malah inilah andaian kaum musyrikin jahiliah dahulu yang menjadikan sembahan-sembahan mereka sebagai perantara yang membantu mereka di sisi Allah.

Firman Allah:

وَیَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا یَضُرُّهُمۡ وَلَا یَنفَعُهُمۡ وَیَقُولُونَ هَـٰۤؤُلَاۤءِ شُفَعَـٰۤؤُنَا عِندَ ٱللَّهِۚ.

“Dan mereka (musyrikin jahiliah) menyembah selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi kepada mereka mudarat atau manfaat, dan mereka berkata: Mereka (yang kami sembah itu) memberi syafaat (pertolongan) kepada kami di sisi Allah.”

Al-Quran, Yunus, 10:18

Similar Posts

  • | |

    PENTING MENJAUHI SYIRIK

    PENTING MENJAUHI SYIRIK Kata Imam an-Nawawi: “Tidak akan kekal dalam api neraka orang yang mati atas tauhid. Ini merupakan kaedah yang disepakati oleh Ahli Sunah.” [Syarah Sahih Muslim 1/28] Pentingnya faham hakikat erti tauhid dan menjauhi segala bentuk syirik. Idris bin Sulaiman Kajang 12 Jamadilakhir 1443H / 15 Januari 2022

  • | |

    KELEBIHAN TAUHID & BAHAYA SYIRIK

    Barang siapa mati dalam keadaan tidak berbuat syirik kepada Allah ﷻ akan masuk syurga dan barang siapa mati dalam keadaan berbuat syirik kepadaNya ﷻ akan masuk neraka walaupun dia daripada kalangan orang yang banyak beribadah. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ لَقِيَ اللهَ وَهُوَ لا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا دَخَلَ الجَنَّةَ وَمَنْ لَقِيَهُ…

  • |

    SYIRIK vs RASUAH PEMIMPIN NEGARA

    SYIRIK vs RASUAH PEMIMPIN NEGARA – Rentetan isu cuci kuil 1. Pagi tadi ada sahabat yang menyampaikan reaksi sebahagian netizen terhadap isu cuci kuil yang tular baru-baru ini. https://fb.watch/aoMKAJvyvj/ 2. Ringkasnya dia tidak bersetuju dengan kritikan yang dihalakan kepada perbuatan mencuci kuil tersebut. Dia kemudian mengalihkan fokus kepada isu rasuah…

  • |

    ROSAKNYA EKONOMI: RASUAH vs SYIRIK

    – Asal warna Hajarulaswad, Kaabah Ulama haraki melihat bahawa rasuah dan ketidakadilan dalam pembahagian harta kekayaan negara menjadi punca utama masalah ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat. Berbeza pula dengan ulama Salafi yang menegaskan bahawa masalah ekonomi dan lain-lain berpunca daripada berleluasanya syirik dan maksiat. Mereka berhujah dengan memberikan contoh Hajarulaswad;…

  • |

    KESELAMATAN PEMIKIRAN

    Manhaj Salaf menjamin keselamatan pemikiran dari bahaya fahaman melampau tarekat yang memandulkan akal. Sebagai contohnya amalan sapu ludah dan minum air basuh kaki guru untuk dapat berkat. Amalan ini tidak berasas sama sekali dalam agama kerana tidak pernah dicontohkan oleh para Sahabat Nabi ﷺ antara sesama mereka. Demikian generasi Salaf…

  • |

    HALUSNYA SYIRIK

    Betapa halusnya syirik, lebih halus daripada semut (Sahih, Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad). Ini contoh ajaran yang membawa kepada syirik dalam bentuk mengajar IKHLAS dan KHUSYUK. Ketika mana syariat memerintahkan supaya IKHLAS beribadah kerana ALLAH dan KHUSYUK menghayati amalan yang dilaksanakan dengan tunduk merendah diri MEMIKIRKAN KEBESARAN dan KEAGUNGAN ALLAH, mereka…