Camel footprints

IKUT FAHAM SAHABAT NABI ﷺ

IKUT FAHAM SAHABAT NABI ﷺ

-Bukan faham tok guru
-Kesesatan mereka yang menyalahi fahaman Sahabat

Firman Allah ﷻ:

“Dan sesiapa yang menyalahi Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk dan dia pula mengikut jalan SELAIN DARI JALAN ORANG-ORANG BERIMAN maka Kami akan palingkan dia ke arah jalan yang dipilihnya, dan Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”

[Al-Quran, an-Nisaa’, 4:115]

Dalam ayat di atas, Allah ﷻ tidak mengatakan “Dan dia pula mengikut jalan selain dari jalan Rasulullah” sebaliknya Allah mengatakan “Dan dia pula mengikut jalan selain dari jalan orang-orang beriman”.

Persoalannya, siapa “orang-orang beriman” yang dimaksudkan? Tidak mungkin semua kumpulan-kumpulan Islam yang berpecah dan yang wujud sesudah kewafatan Rasulullah ﷺ kerana mereka berselisih dan fahaman mereka bercanggah antara satu sama lain. Tidak mungkin semuanya dihukum benar.

Ini bermaksud “orang-orang beriman” dalam ayat di atas tidak lain adalah para Sahabat Nabi ﷺ secara kolektif kerana ia merupakan ijmak yang tidak mungkin sesat seperti mana dalam hadis. Hal ini turut dijelaskan dalam hadis-hadis.

Sabda Nabi ﷺ:

“Aku berwasiat supaya kamu bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat sekalipun dia seorang hamba Habsyi. Kerana sesungguhnya barang siapa yang umurnya panjang daripada kalangan kamu maka dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada Sunahku dan SUNAH PARA KHULAFA AR-RASYIDIN sesudahku. Gigitlah ia dengan gigi geraham kamu dan jangan sekali-kali kamu melakukan perkara yang baharu kerana sesungguhnya setiap bidaah ialah kesesatan.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

Sabdanya lagi:

“Sesungguhnya Bani Israel telah berpecah kepada tujuh puluh dua golongan, dan umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan. Semua mereka dalam neraka kecuali satu golongan sahaja. Baginda ditanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Baginda menjawab: MEREKA YANG BERADA DI ATAS JALANKU DAN JALAN PARA SAHABATKU.”

[Sahih. Riwayat Tirmizi]

Dalam dua hadis di atas Nabi ﷺ tidak hanya memerintahkan supaya berpegang kepada sunahnya malah menambah sunah para Khulafa ar-Rasyidin iaitu empat khalifah pertama Islam, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali radiallahuanhum.

Turut dijelaskan bahawa satu-satunya kumpulan Islam yang selamat bukan sahaja mereka yang berada di atas landasan Nabi ﷺ tetapi mereka yang berada di atas landasan para Sahabat baginda ﷺ.

Nas-nas di atas menjelaskan betapa pentingnya agama Islam tidak ditafsirkan mengikut faham masing-masing. Malah inilah yang telah menyebabkan umat Islam berpecah kepada pelbagai kelompok aliran kerana masing-masing memahami agama mengikut fahaman kelompok masing-masing. Cara ini salah.

Umat Islam diperintahkan supaya beragama mengikut faham para Sahabat Nabi ﷺ selaku pengikut dan murid baginda ﷺ yang dipuji Allah ﷻ dan Rasul ﷺ dalam begitu banyak nas.

SAHABAT NABI ﷺ:

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10223236092042446/

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Rejab 1443H /
16 Februari 2022

Similar Posts

  • BEZA ULAMA, MUFTI & KADI

    BEZA ULAMA, MUFTI & KADI Fatwa bukan sekadar memberi jawapan kepada si penanya tetapi dengan meraikan keadaan si penanya dan menetapkan hukum syariat yang sesuai dengan situasi yang dihadapinya. Ini bermakna penjelasan ulama berbeza dengan ketetapan mufti. Kadi pula adalah pihak yang diberikan kuasa oleh pemerintah untuk melaksanakan hukuman serta…

  • I Follow Jesus???

    “I Follow Jesus”??? . . . Adakah seorang Muslim boleh mengucapkan perkataan-perkataan seperti ini? . . . Sekiranya diamati, kita tidak akan dapat lari daripada membuat kesimpulan bahawa perkataan ini adalah salah, atau paling tidak, seeloknya dielakkan kerana ia mengelirukan. . . . Ini kerana dalam sebuah peristiwa ketika mana…

  • GUNUNG UHUD SAHABAT?

    GUNUNG UHUD SAHABAT? Pandangan bahawa gunung Uhud di Madinah ialah Sahabat kerana ia telah melihat Rasulullah ﷺ adalah pandangan karut mirip falsampah sufi. Tidak dinafikan bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Gunung ini (Uhud) ia mencintai kita dan kita mencintainya”. Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim. Kita yakin dan percaya dengan hadis sahih…

  • Air Ruqyah vs Air Yasin

    Air Ruqyah vs Air Yasin Tegahan Mengkhususkan Malam Jumaat / Siangnya dengan Ibadah-Ibadah tertentu عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أن رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال “لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي وَلا تَخْتَصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ إِلَّا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومهُ أحدكُم” Daripada Abu…