|

IJAB KABUL NIKAH

Antara syarat sah nikah ialah ijab kabul di samping adanya suami, isteri, wali dan dua orang saksi.

Ijab ialah penawaran manakala kabul ialah penerimaan.

Jika wali perempuan kata “Aku nikahkan fulanah” dan calon suami kata “Aku terima” maka selesailah akad nikah itu.

Jika kelima-lima syarat di atas dipenuhi maka nikah itu sah di sisi syarak.

Tidak disyaratkan lafaz ijab kabul tertentu.

Mas kahwin ialah hak isteri tetapi akad nikah tetap sah walaupun dalam keadaan ia tidak ditetapkan kerana ia bukan syarat ataupun rukun dalam pernikahan.

Firman Allah ﷻ:

لَّا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِن طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ مَا لَمۡ تَمَسُّوهُنَّ أَوۡ تَفۡرِضُواْ لَهُنَّ فَرِيضَةٗ

“Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bergaul) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:236]

Ayat Al-Quran di atas mengesahkan talak yang berlaku sekalipun mas kahwinnya tidak dinyatakan sedangkan tidak ada talak kecuali setelah ada pernikahan yang sah.

Mahar ditetapkan mengikut apa yang dipersetujui atau mengikut mahar mithli iaitu mas kahwin saudara perempuan isteri yang sudah berkahwin sebelumnya.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
01 Rabiulakhir 1445H
16 Oktober 2023

Similar Posts

  • |

    BERGAMBAR DENGAN GOLONGAN PONDAN / TRANSGENDER

    BERGAMBAR DENGAN GOLONGAN PONDAN / TRANSGENDER Kebelakangan ini tersebar gambar-gambar foto agamawan-agamawan yang bergambar dengan golongan PONDAN / TRANSGENDER dalam suasana ramah mesra. Saya rasa kurang senang. Saya khuatir kita sedang memberi PERSEPSI yang SALAH kepada masyarakat, menimbulkan tanggapan bahawa golongan PONDAN / TRANSGENDER ini tidak apa-apa dan boleh diterima…

  • |

    PENGHARGAAN

    Tiga tahun lalu pihak TheNoor telah meminta supaya saya sediakan audio bacaan hadis-hadis buku Hadis 40 karangan Imam al-Nawawi dalam bahasa Arab, Melayu dan Inggeris. Alhamdulillah kini buku syarahnya pula telah berjaya diterbitkan sebagai pelengkap buat audio bacaan hadis-hadis ini. Sambil mendengar bacaan hadisnya melalui aplikasi TheNoor pengguna boleh melihat…

  • |

    NEW WÖRLD ÖRDER

    NEW WÖRLD ÖRDER # Order Baru Dunia Perancangan besar golongan elit satanis globalis. Tun M Menyokong rancangan New Wörld Örder? https://www.facebook.com/12411993651/posts/10158199599933652/ Novus Ordo Seclorom – New Wörld Örder https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220067594191980&id=1588241794 DSN mendakwa Tun M telah bekerjasama dengan Geörge Sörös menjatuhkan kerajaan BN dahulu https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157836701335952/ Geörge Sörös dituduh terlibat dalam pergolakan yang…

  • DAKWA CINTA NABI TETAPI MENYALAHI NABI ﷺ

    Demikian sikap sebenar mereka terhadap Nabi ﷺ sekalipun dalam masa yang sama mereka mendakwa cinta dan sayang Nabi ﷺ dengan berselawat, bermaulid, berhabib dan sebagainya. Sedangkan jika mereka benar-benar cinta Nabi ﷺ nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk beramal dengan sunah-sunah Nabi ﷺ yang sekian banyaknya terhimpun dalam kitab-kitab hadis. Tetapi…

  • |

    NEGARA DIANCAM KUFFAR 2

    NEGARA DIANCAM KUFFAR 2 Hampir sahaja keadaan negara pada hari ini seperti yang disabdakan oleh Nabi salllalahu alaihi wasallam, يُوشِكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ الْأُمَمُ كَمَا تَدَاعَى الْقَوْمُ إِلَى قَصْعَتِهِمْ. قَالَ: قِيلَ: مِنْ قِلَّةٍ؟ قَالَ: بَلْ أنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزَعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ المَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ…