|

IJAB KABUL NIKAH

Antara syarat sah nikah ialah ijab kabul di samping adanya suami, isteri, wali dan dua orang saksi.

Ijab ialah penawaran manakala kabul ialah penerimaan.

Jika wali perempuan kata “Aku nikahkan fulanah” dan calon suami kata “Aku terima” maka selesailah akad nikah itu.

Jika kelima-lima syarat di atas dipenuhi maka nikah itu sah di sisi syarak.

Tidak disyaratkan lafaz ijab kabul tertentu.

Mas kahwin ialah hak isteri tetapi akad nikah tetap sah walaupun dalam keadaan ia tidak ditetapkan kerana ia bukan syarat ataupun rukun dalam pernikahan.

Firman Allah ﷻ:

لَّا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِن طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ مَا لَمۡ تَمَسُّوهُنَّ أَوۡ تَفۡرِضُواْ لَهُنَّ فَرِيضَةٗ

“Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bergaul) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:236]

Ayat Al-Quran di atas mengesahkan talak yang berlaku sekalipun mas kahwinnya tidak dinyatakan sedangkan tidak ada talak kecuali setelah ada pernikahan yang sah.

Mahar ditetapkan mengikut apa yang dipersetujui atau mengikut mahar mithli iaitu mas kahwin saudara perempuan isteri yang sudah berkahwin sebelumnya.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
01 Rabiulakhir 1445H
16 Oktober 2023

Similar Posts

  • |

    PENDAKWA ILMU MAHDI & DAJAL

    Barang siapa mendakwa tahu perkara ghaib maka dia jatuh kufur menurut ijmak kesepakatan ulama Islam. Tidak kira sama ada dia menggelar dirinya bomoh, dukun, pawang, tukang tilik, tukang ramal, ahli sihir, pempengaruh, ustaz, syeikh dan sebagainya. Kerana tiada sesiapa yang tahu perkara ghaib kecuali Allah. Firman Allah ﷻ: قُل لَّا…

  • |

    LEKA BERMAIN PUBG PS5

    LEKA BERMAIN PUBG PS5 Sama-sama mengingatkan antara satu sama lain, khususnya buat ibubapa dan golongan muda. Firman Allah: فَذَرۡهُمۡ یَخُوضُوا۟ وَیَلۡعَبُوا۟ حَتَّىٰ یُلَـٰقُوا۟ یَوۡمَهُمُ ٱلَّذِی یُوعَدُونَ. “Oleh itu, biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka.” Surah al-Ma’arij,…

  • |

    IMAM AHMAD BIN NASR AL-KHUZAI

    IMAM AHMAD BIN NASR AL-KHUZAI . Menjawab Syubhat Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai Khuruj Melawan Pemerintah . . Telah tersebar syubhat yang menyatakan kononnya Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai rahimahullah telah khuruj terhadap pemerintah. . Ada pelbagai versi yang berlegar dan antara versi yang dipopularkan oleh sebahagian kelompok adalah versi…

  • |

    RUMAH PELACURAN: NAS AL-QURAN & HADIS VS KENYATAAN ARTIS

    Rumah pelacuran perlu ada, elak kes rogol – artis. Firman Allah “Jangan kamu dekati zina” (17:32) Sabda Nabi “Di antara tanda Hari Kiamat: Ilmu diangkat manakala kejahilan, minuman arak dan zina berleluasa” (Bukhari). Keampunanmu, ya Allah. Dr. Idris bin SulaimanKajang29 Jamadilakhir 1445H11 Januari 2024

  • |

    BATASAN TOLERANSI

    – Bagimu agamamu dan bagiku agamaku Sikap terbuka dan berlapang dada menerima perbezaan secara umum sememangnya baik dan dianjurkan. Sekalipun demikian ia ada batasannya seperti mana dalam banyak perkara anjuran yang lain. Muslim tidak boleh bertoleransi dan berkompromi dalam hal-hal yang haram. Kerana firman Allah ﷻ: وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ…