|

IJAB KABUL NIKAH

Antara syarat sah nikah ialah ijab kabul di samping adanya suami, isteri, wali dan dua orang saksi.

Ijab ialah penawaran manakala kabul ialah penerimaan.

Jika wali perempuan kata “Aku nikahkan fulanah” dan calon suami kata “Aku terima” maka selesailah akad nikah itu.

Jika kelima-lima syarat di atas dipenuhi maka nikah itu sah di sisi syarak.

Tidak disyaratkan lafaz ijab kabul tertentu.

Mas kahwin ialah hak isteri tetapi akad nikah tetap sah walaupun dalam keadaan ia tidak ditetapkan kerana ia bukan syarat ataupun rukun dalam pernikahan.

Firman Allah ﷻ:

لَّا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِن طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ مَا لَمۡ تَمَسُّوهُنَّ أَوۡ تَفۡرِضُواْ لَهُنَّ فَرِيضَةٗ

“Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bergaul) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:236]

Ayat Al-Quran di atas mengesahkan talak yang berlaku sekalipun mas kahwinnya tidak dinyatakan sedangkan tidak ada talak kecuali setelah ada pernikahan yang sah.

Mahar ditetapkan mengikut apa yang dipersetujui atau mengikut mahar mithli iaitu mas kahwin saudara perempuan isteri yang sudah berkahwin sebelumnya.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
01 Rabiulakhir 1445H
16 Oktober 2023

Similar Posts

  • |

    BUKU: PILIHAN RAYA MALAYSIA

    Perkembangan politik negara kebelakangan ini membuatkan saya terus yakin dengan apa yang telah kami tulis dalam buku ini. Saya merasa lega kerana segala apa yang hendak dikata telah pun disampaikan manakala tanggungjawab dapat ditunaikan. Secara ringkasnya buku ini menjelaskan perihal keadaan politik negara waktu itu (sebelum PRU14) di mana jurang…

  • |

    RUMAH PELACURAN: NAS AL-QURAN & HADIS VS KENYATAAN ARTIS

    Rumah pelacuran perlu ada, elak kes rogol – artis. Firman Allah “Jangan kamu dekati zina” (17:32) Sabda Nabi “Di antara tanda Hari Kiamat: Ilmu diangkat manakala kejahilan, minuman arak dan zina berleluasa” (Bukhari). Keampunanmu, ya Allah. Dr. Idris bin SulaimanKajang29 Jamadilakhir 1445H11 Januari 2024

  • |

    MAJORITI AHLI SYURGA & AHLI NERAKA

    Sabda Nabi ﷺ: اطَّلَعْتُ ‌فِي ‌الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ، وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ. “Aku melihat ke dalam syurga lalu aku dapati kebanyakan penghuninya orang-orang miskin dan aku melihat ke dalam neraka lalu aku dapati kebanyakan penghuninya ialah wanita.” [Sahih. Riwayat Bukhari (3241) & Muslim (2737)] Orang-orang…

  • |

    ISTERI JANGAN MUDAH MINTA CERAI

    Seorang isteri tidak boleh sewenang-wenangnya meminta cerai kecuali jika ada alasan kukuh untuknya berbuat demikian. Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ: أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلَاقًا فِي ‌غَيْرِ ‌مَا ‌بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ. “Mana-mana isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan maka haram baginya bau syurga.” [Sahih. Riwayat Abu…

  • |

    ANTARA TAKAFUL SYARIE & TAKAFUL KONVENSIONAL

    Yang pertama bertujuan untuk tolong-menolong, manakala yang kedua ialah untuk menjana keuntungan. Apa yang diasaskan untuk ‘tolong-menolong’ = Badan Kebajikan. Apa yang diasaskan untuk menjana ‘keuntungan’ = Syarikat Perniagaan. Syarikat Perniagaan = untuk jana keuntungan; BUKAN untuk kerja-kerja kebajikan. Badan Kebajikan = untuk kerja-kerja bantuan secara sukarela, mengumpul dana bagi…

  • |

    WASPADA KEGIATAN WAHABI @ SALAFI?

    Apakah yang dimaksudkan dengan kegiatan Wahabi @ Salafi? Apa yang pasti dari sudut bahasa Arabnya Wahabi nisbah kepada nama Allah ﷻ al-Wahhab manakala Salafi nisbah kepada tiga generasi pendahulu umat Islam iaitu Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin. Sedangkan dalam hadis Nabi ﷺ berkata kepada isterinya Aisyah radiallahuanha: نِعْمَ ‌السَّلَفُ أَنَا…