HUKUM MAIN KUTU

HUKUM MAIN KUTU

Iaitu perbuatan mengumpul wang pada setiap bulan (minggu dan lain-lain) daripada para peserta lalu ditentukan giliran orang yang menerimanya secara undian dan seumpamanya.

Syeikh Al-Albani rahimahullah menegaskan bahawa perbuatan ini adalah satu bentuk PERJUDIAN.

Oleh yang demikian ia TIDAK DIBENARKAN.

Kata beliau, “Ia adalah perjudian jika ia bukan termasuk dalam bab:

Setiap keuntungan daripada piutang adalah RIBA”.

Mengapa ia satu perjudian?

Syeikh menjelaskan, ini memandangkan tiada jaminan bahawa setiap peserta akan memperoleh bahagian mereka masing-masing lebih-lebih lagi mereka yang berada di tangga giliran akhir.

Berbagai kemungkinan boleh berlaku; ada yang menarik diri, tidak mampu bayar dan sebagainya. Demikian juga kemungkinan ada peserta yang meninggal dunia.

Keadaan ini membuatkan para peserta terdedah kepada keuntungan dan kerugian atas sebab nasib semata-mata.

Ini yang dinamakan sebagai JUDI.

Syeikh menegaskan, kecuali sekiranya ditulis satu perjanjian antara para peserta tentang bagaimana sekiranya ada peserta yang tidak dapat meneruskan bayaran atas apa jua alasan; sama ada akan dituntut atau dimaafkan; bagi memastikan hak-hak para peserta dipelihara.

Selagi mana tiada PERJANJIAN YANG JELAS maka ia tidak dibolehkan.

Rujukan: Rakaman suara ‘Silsilah Al-Huda Wa An-Nuur’: no 573: minit 42.

Barakallahu fikum.

✍ Ustaz Idris Sulaiman
21 Rabiul akhir 1438H bersamaan 20 Januari 2017

Klik di sini untuk sertai channel telegram t.me/penaustazidrissulaiman

#penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • MEMBUAT TOKOK TAMBAH DALAM AGAMA

    Mendakwa Nabi ﷺ telah khianat Agama Islam telah sempurna Orang yang membuat tokok tambah dan mengada-adakan rekaan amalan baharu dalam agama pada hakikatnya mempertikaikan apa yang telah disyariatkan oleh Allah ﷻ. Barangkali bukan dengan lisannya tetapi perbuatannya seperti mengatakan bahawa syariat terlepas pandang ‘kebaikan’ yang diada-adakannya itu. Sedangkan tidaklah Nabi…

  • HADIS SAHIH SYÍAĤ

    HADIS SAHIH SYÍAĤ Berbeza dengan Ahli Sunah, golongan Syĩaħ mempunyai kaedah mereka yang tersendiri bagi menentukan sama ada sesebuah hadis itu sahih atau tidak. Syĩaħ membahagikan hadis kepada sahih, dipercayai (muwath’thaq), lemah (daif) serta tertolak (mardud) atau palsu (makdhub). Bagi Syĩaħ hadis sahih ialah apa yang datang daripada riwayat Ahlul…

  • DOA QUNUT NAZILAH

    DOA QUNUT NAZILAH Jika Umat Islam ditimpa suatu musibah seperti kemarau, banjir, ketakutan, serangan musuh dan seumpamanya, maka dianjurkan untuk mereka melakukan QUNUT NAZILAH pada rakaat terakhir sebelum atau selepas rukuk, dalam semua solat fardu, secara kuat dan dengan lafaz doa yang bersesuaian dengan musibah yang menimpa. Ini sebagaimana dalam…

  • AMARAN FACEBOOK

    AMARAN FACEBOOK Akaun Ustaz Idris bin Sulaiman (Abu Omar Idris Sulaiman) baru-baru ini diberi amaran oleh Facebook gara-gara penulisan tentang Syiah. Tertera pada status akaunnya sekarang ‘warning’. Inilah hakikat yang perlu diingat bahawa Facebook mempunyai peraturan-peraturan dan garis-garis panduan tertentu yang perlu diikuti. Apa yang pasti ia bukan pro Islam…

  • BANK RIBA vs ISLAMIC BANKING

    BANK RIBA vs ISLAMIC BANKING Situasi pertama: A menawarkan pinjaman RM50,000 kepada B dengan persetujuan B membayar semula kepada A sebanyak RM100,000 secara ansuran = BANK RIBA = HARAM. Situasi kedua: A menawarkan untuk membeli kereta dengan harga RM50,000 kepada B dengan persetujuan B membayar semula kepada A sebanyak RM100,000…