|

HUKUM ISTIGHATHAH DI KUBURAN

(Video: Amalan Istighathah di Kuburan Minta Tolong dari Orang Mati)

Istighathah di kuburan ialah perbuatan meminta tolong daripada orang mati.

Ia adalah perbuatan syirik besar.

Ini kerana Muslim diperintahkan supaya hanya meminta tolong di alam ghaib daripada Allah ﷻ, berdoa dan bergantung harap kepadaNya semata-mata. Selari dengan firman Allah ﷻ:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَان

“Dan sekiranya hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (khabarkan): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permintaan orang yang meminta apabila dia berdoa kepadaKu.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2: 186]

Allah ﷻ memberi jaminan akan memperkenankan doa permintaan para hambaNya dan memberi amaran kepada orang-orang sombong yang tidak mahu berbuat demikian dalam firmanNya :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِيٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِي سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Berdoalah kalian kepadaKu nescaya Aku perkenankan permintaan kalian. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepadaKu akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.”

[Al-Quran, Ghafir, 40: 60]

Adapun perbuatan berdoa meminta tolong daripada selain Allah ﷻ termasuklah meminta di kuburan daripada orang-orang mati maka ia adalah perbuatan sia-sia, sesat lagi merugikan. Ini kerana Allah ﷻ berfirman:

وَلَا تَدۡعُ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَنفَعُكَ وَلَا يَضُرُّكَۖ فَإِن فَعَلۡتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِّنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

“Dan janganlah engkau berdoa meminta daripada selain Allah apa yang tidak memberi manfaat ataupun mudarat, dan jika engkau berbuat demikian maka engkau tergolong dalam kalangan orang-orang zalim.”

[Al-Quran, Yunus, 10:106]

Firman Allah ﷻ:

قُلۡ أَنَدۡعُواْ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَنفَعُنَا وَلَا يَضُرُّنَا وَنُرَدُّ عَلَىٰٓ أَعۡقَابِنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَىٰنَا ٱللَّهُ

“Katakanlah: Patutkah kita berdoa dan meminta daripada selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak pula dapat mendatangkan mudarat; dan (patutkah) kita berundur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan Islam).”

[Al-Quran, al-An’aam, 6:71]

FirmanNya ﷻ:

ذَٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدۡعُونَ مِن دُونِهِۦ هُوَ ٱلۡبَٰطِلُ

“Demikian ialah kerana Allah adalah (sembahan) Yang Benar sedangkan apa yang mereka seru dan panggil selain daripadaNya adalah batil.”

[Al-Quran, al-Haj, 22:62]

Allah ﷻ turut menegaskan bahawa orang-orang mati yang diseru itu bukan sahaja tidak mampu memberi apa-apa malah tidak tahu menahu mengenai seruan permintaan kepada mereka itu. FirmanNya ﷻ:

وَمَنۡ أَضَلُّ مِمَّن يَدۡعُواْ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَن لَّا يَسۡتَجِيبُ لَهُۥٓ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَهُمۡ عَن دُعَآئِهِمۡ غَٰفِلُونَ

“Dan siapakah yang lebih sesat berbanding orang-orang yang menyeru dan memanggil selain Allah yang tidak dapat menyahut seruan mereka sampailah ke Hari Kiamat sedangkan mereka (yang diseru itu) tidak tahu menahu tentang seruan mereka itu.”

[Al-Quran, al-Ahqaf, 46:5]

KESIMPULAN

Muslim hanya dibenarkan berdoa meminta tolong di alam ghaib daripada Allah ﷻ manakala perbuatan meminta daripada selainNya termasuklah daripada orang-orang mati adalah syirik besar sebagaimana dalam firman Allah ﷻ:

قُلۡ إِنَّمَآ أَدۡعُواْ رَبِّي وَلَآ أُشۡرِكُ بِهِۦٓ أَحَدا

“Katakanlah: Sesungguhnya aku hanya berdoa dan meminta dengan Tuhanku semata-mata, dan aku tidak menyekutukanNya dengan sesiapapun.”

[Al-Quran, al-Jinn, 72: 20]

Sedangkan Allah ﷻ mengharamkan syurga bagi mereka yang melakukan syirik sebagaimana dalam firmanNya ﷻ:

إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُ

“Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka sesungguhnya Allah haramkan ke atasnya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka.”

[Al-Quran, al-Maidah, 5: 72]

CATATAN

Isu istighathah ialah mengenai perbuatan meminta tolong daripada orang mati. Sedangkan meminta tolong daripada orang hidup adalah isu lain yang berbeza. Jangan dicampuradukkan kedua-dua isu ini.

Dukacitanya ada pihak yang mempertahankan isu istighathah di kuburan meminta tolong daripada orang mati, kononnya dibenarkan selagi mana yakin dengan pertolongan Allah melalui perantaraan si mati itu. Sedangkan itulah definisi syirik. Nauzubillah.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
17 Jamadilakhir 1446H
19 Disember 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | | |

    DI MANA ALLAH?

    Salaf al-Soleh berpendirian bahawa Allah ﷻ di atas, terpisah daripada makhluknya, meninggi di atas Arasy. Sebagaimana antara nama Allah ﷻ ialah al-‘Ali (العلي), al-A’la (الأعلى) dan al-Muta’aal (المتعال), semuanya bermaksud Yang Maha Tinggi. Dalil-dalil Al-Quran: وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ “Dan Dia lah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” [Al-Quran, al-Baqarah, 2:255]…

  • |

    JANGAN UNDANG MURKA ALLAH

    – Acara doa dengan iringan muzik tamborin dalam masjid Tular rakaman video acara berdoa beramai-ramai sambil berdiri dengan iringan muzik tamborin dalam sebuah masjid di ibu kota. Amat tidak wajar masjid rumah Allah ﷻ dicemari dengan bunyi-bunyi alatan muzik syaitan. Walhal para ulama sejak dahulu telah sepakat secara ijmak mengharamkan…

  • | |

    AJARAN MARTABAT TUJUH

    – Fahaman sesat lagi menyesatkan Ajaran Martabat Tujuh berkait rapat dengan ajaran tasawuf Wehdatul Wujud yang diasaskan oleh Ibnu Arabi (mati 638H), fahaman Nur Muhammad serta ajaran batiniah Syiah Ismailiyyah. Ajaran Martabat Tujuh kembali kepada ajaran bahawa hakikat yang wujud itu satu dan ia berlapis tujuh secara ‘tanazzulat’ (penurunan) iaitu…

  • |

    KHURAFAT HABIB & KORONAVIRUS

    KHURAFAT HABIB & KORONAVIRUS Seorang habib terkenal yang pernah datang membuat konsert di Malaysia, HABIB SYECH BIN ABDUL QADIR AS-SEGAF menjelaskan bahawa beliau tahu bagaimana menghilangkan penyakit KORONAVIRUS (Covid-19). Ini berdasarkan perbualan beliau dengan penyakit KORONAVIRUS itu sendiri! Perbualan antara beliau dengan penyakit KORONAVIRUS telah berlangsung melalui aplikasi WHATSAPP! Sangat…

  • | |

    BERTEMU NABI ﷺ SECARA ‘JAGA’

    Ada sebahagian pihak mendakwa guru mereka bertemu Rasulullah ﷺ dalam keadaan ‘jaga’. Dakwaan sebegini musykil. Kerana dua Sahabat paling dekat dan rapat dengan Rasulullah ﷺ, Abu Bakar al-Siddiq dan Omar al-Khattab di samping anak kesayangan baginda ﷺ, Fatimah binti Rasulillah radiallahu anhum, mereka semua tidak pernah mendakwa melihat atau bertemu…

  • |

    IDOLA IALAH SEMBAHAN

    Elakkan menggunakan perkataan idola apabila merujuk kepada orang yang sangat diminati dan dikagumi. Ini kerana asal maksud perkataan ini dalam bahasa Inggeris merujuk kepada apa yang dijadikan sebagai objek sembahan. Idol: A representation of an object of worship. Lihat contoh terjemahan ayat Al-Quran di bawah: قَالُوا۟ نَعۡبُدُ أَصۡنَامࣰا فَنَظَلُّ لَهَا…