HADIS DAIF KELEBIHAN MENGERJAKAN QIYAM PADA MALAM HARI RAYA
HADIS DAIF KELEBIHAN MENGERJAKAN QIYAM PADA MALAM HARI RAYA
.
oleh Ustaz Idris bin Sulaiman
.
Ia merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Umamah radhiallahu anhu, bahawasanya Nabi Sallalahu alaihi wasallam bersabda:
.
مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ
.
“Barang siapa menghidupkan malam kedua-dua Hari Raya kerana mengharapkan ganjaran daripada Allah nescaya hati jantungnya tidak akan mati pada hari hati-hati jantung mati.”
.
Kata Imam Nawawi dalam Al-Adzkar: “Ia adalah hadis daif yang kami riwayatkan daripada riwayat Abu Umamah secara marfu’ dan mauquf, dan kedua-duanya adalah daif.”
.
Kata Al-Hafiz Al-‘Iraqi dalam kitab takhrijnya buat kitab Ihya Ulum Ad-Din: “Sanadnya daif (lemah).”
.
Kata Imam Ibnu Hajar: “Hadis ini gharib (ganjil) dan sanadnya mudh’tarib (bercanggahan).”
.
Syeikh Al-Albani menyebutkan bahawa hadis ini MAUDHUK (PALSU) dalam kitab takhrij Sunan Ibnu Majah.
.
Sallamakumullah.