GRUP WHATSAPP TADARUS & KHATAM AL-QURAN

GRUP WHATSAPP TADARUS & KHATAM AL-QURAN

Soalan tentang bacaan tadarus dan khatam al-Quran pada bulan Ramadan.

Banyak tersebar di grup-grup media sosial seperti WhatsApp di mana setiap orang dibahagikan berapa juz untuk dibaca dengan tujuan tadarus dan khatam al-Quran.

Adakah dibolehkan?

JAWAPAN:

Ini bukan tadarus dan khatam al-Quran.

Perlu ditinjau terlebih dahulu makna tadarus dan khatam al-Quran.

Tadarus menjurus kepada erti membaca al-Quran secara berkumpulan dan dibaca bergilir-gilir seorang demi seorang di mana salah seorang daripada ahli kumpulan membaca manakala yang lain diam mendengar dan menyemak.

Ada pun khatam al-Quran bererti bahawa seseorang itu membaca seluruh al-Quran daripada mula hingga habis; daripada surah al-Fatihah hingga an-Nas.

Maka perbuatan membahagi-bahagikan juz tertentu al-Quran dalam grup-grup media sosial seperti WhatsApp untuk dibaca oleh setiap seorang ahli grup sebenarnya tidak menepati erti tadarus dan khatam al-Quran.

Ini kerana jika seseorang itu membaca al-Quran secara bersendirian tanpa ada sesiapa yang mendengar dan menyemak bacaannya maka ia tidak menepati erti tadarus yang telah disebutkan di atas.

Ia juga tidak menepati erti mengkhatamkan al-Quran kerana setiap seorang hanya membaca bahagian yang telah ditetapkan untuknya dan tidak membaca sendiri keseluruhan al-Quran itu.

Berdasarkan hakikat ini maka perbuatan menamakannya sebagai tadarus dan khatam al-Quran sangat tidak tepat.

Walau bagaimanapun ini tidak bererti bahawa perbuatan sedemikian tidak boleh dilakukan.

Hanya sahaja ia tidak boleh dinamakan sebagai tadarus atau khatam al-Quran.

Sebaliknya ia hanyalah program membaca al-Quran.

Sekian.

Idris bin Sulaiman
Kajang
7 Ramadan 1441H / 30 April 2020
Mengharapkan keberkatan di bulan Ramadan
Abu Omar Idris Sulaiman

Similar Posts

  • JANGAN MEMANDAI BACA AL-QURAN?

    JANGAN MEMANDAI BACA AL-QURAN? # Beri galakan, jangan ditakut-takutkan; # Islam memudahkan, jangan dipersulitkan. Umat Islam dituntut membaca al-Quran, Kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad ﷺ sebagai petunjuk wahyu, pedoman dan asbab kejayaan Muslim di dunia dan akhirat. Terdapat banyak nas menjelaskan keutamaan membaca Al-Quran, antaranya sabda Nabi…

  • COVID-19 PELUANG UNTUK RESET EKONOMI?

    Kata Perdana Menteri Kanada: “Pandemik ini telah membuka satu peluang untuk ‘RESET’. Ini adalah peluang bagi kita mempercepatkan usaha-usaha sebelum ini untuk mengimaginasikan semula sistem-sistem ekonomi bagi menghadapi cabaran-cabaran global seperti kemiskinan melampau, ketaksamaan dan perubahan iklim”. Apa maksud beliau ‘RESET EKONOMI’? Adakah maksudnya negara-negara semua kembali miskin? Kerana nampak…

  • DAP

    DAP Hari demi hari wajah sebenar mereka semakin terserlah yang menunjukkan kebencian dan permusuhan mereka terhadap AGAMA dan masyarakat ISLAM. Masyarakat Islam seharusnya diberi pendedahan tentang bahaya dan ancaman mereka ini. Banyak kenyataan dan tindakan mereka jelas menunjukkan betapa mereka ANTI ISLAM dan mahu menguasai orang-orang ISLAM supaya ikut telunjuk…

  • TAHLILAN VERSI BAHARU?

    TAHLILAN VERSI BAHARU? Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Nabi ﷺ. Sekiranya amalan sebegini baik dan bagus nescaya telah diajarkan oleh Nabi ﷺ atau diamalkan oleh para Sahabat yang merupakan sebaik-baik umat ini sebagaimana dalam hadis. Ternyata bahawa amalan sebegini tiada sama sekali dicontohkan oleh Nabi ﷺ, para Sahabat dan seluruh generasi…

  • NORMA BAHARU COVID-19:

    NORMA BAHARU COVID-19: ADA YANG MAHU MENJADI TUHAN / KITA JAGA KITA Sebahagian manusia tidak mengambil kira kuasa Tuhan lalu mereka bersangka-sangka tentang masa hadapan dan menakut-nakutkan orang ramai dengan berkata “Penyakit ini akan terus kekal dan tidak akan hilang”. Kelompok ini sama ada sedang merancang sesuatu, berbicara tentang apa…