Rocks on sand beach with sunrise
|

GOLONGAN SALAFI BERSIKAP KERAS?

Tidak begitu.

Keras tak keras lumrah di kalangan manusia.

Tiada kaitan dengan kepercayaan dan anutan.

Ternyata sifat keras ada di kalangan para Sahabat Nabi, di kalangan ulama, dan di kalangan masyarakat Islam secara amnya.

Bukan hanya dalam kelompok Salafi.

Dalam peristiwa orang Yahudi mengucapkan kepada Nabi:

As-Saamu alaikum! (Maut atas kamu! ) wahai Muhammad.

Aishah RA di sebalik tabir rumahnya menjawab:

Maut atas kamu juga serta kemurkaan dan laknat Allah wahai saudara mara monyet dan khinzir!

Sahih. Riwayat Ibnu Khuzaimah.

Walaupun ucapan Aishah di atas ditegur Nabi, ibrah daripada peristiwa ini ialah tiada siapa yang selamat daripada salah silap.

Apapun, kita dituntut supaya sentiasa berlaku adil dalam menilai.

Yang pastinya, sikap lembut ada tempatnya dan keras ada tempatnya khususnya apabila melihat kemungkaran berlaku dan ketika berdepan dengan musuh-musuh Islam daripada kalangan orang kafir dan munafik.

Sebagaimana firman Allah:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ

Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindaklah keras terhadap mereka.

Surah At-Tahrim, ayat 9.

Adapun dalam urusan dakwah, tidak dinafikan bahawa lemah lembut itu perlu diutamakan kerana ia lebih berkesan. Sebagaimana mafhum surah Aali Imraan, 159.

Barakallahu fikum.

– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –

————————-
Sertai group whatsapp soal jawab Sahabat iSDC. PM ke no 019-664 7749.

[ Admin ]

Similar Posts

  • |

    TAHZIR

    – Murid mengkritik guru Tahzir ialah membuat kritikan terhadap seseorang sehingga memberi amaran dan peringatan supaya dijauhi orang tersebut. Kritikan terhadap seseorang semestinya perlu didasari ilmu dan kebijaksanaan. Antara kesalahan dalam bab ini ialah apabila murid lantang mendahului guru-guru mentahzir seseorang guru secara spesifik. Ini tidak wajar. Cuai dan terburu-buru…

  • |

    RIBA SEBAB KENAIKAN HARGA BARANG

    Ramai mungkin mengeluh tentang kenaikan harga barang semasa. Harga rumah, harga kereta, barang keperluan harian dan sebagainya. Sedar atau tidak ia kesan daripada riba yang diamalkan hampir dalam semua sektor ekonomi. Sedangkan Allah ﷻ telah mengingatkan tentang perkara ini dalam firmanNya ﷻ: يَمۡحَقُ ٱللَّهُ ٱلرِّبَوٰاْ وَيُرۡبِي ٱلصَّدَقَٰتِ “Allah susutkan (kebaikan…

  • |

    ORANG DITIMPA MUSIBAH

    – Musibah sebenar Muslim diperintah supaya bersabar saat ditimpa musibah. Sabar menghadapi musibah merupakan sebahagian daripada tuntunan iman kepada qadak dan qadar iaitu keyakinan bahawa segala sesuatu yang berlaku di dunia telah pun ditulis dalam Lohmahfuz dan segala kejadian dalam hidup manusia berlaku mengikut kehendak dan izin Allah ﷻ. Musibah…

  • |

    KETURUNAN NABI ﷺ

    – Cara betul menilai seseorang Baru-baru ini ada yang bertanya tentang sejauh mana kebenaran dakwaan yang mengatakan bahawa individu dalam gambar yang dilampirkan merupakan keturunan Rasulullah ﷺ daripada susur jalur zuriat Syeikh Abdul Qodir al-Jailani (ulama mazhab Hanbali, wafat 561H). Saya berpandangan bahawa memastikan kebenaran dakwaan ini tidak penting kerana…

  • |

    MENCARI KEBENARAN ATAU BERSILAT LIDAH

    Dalam setiap permasalahan, sekiranya penjelasan yang mencukupi sudah diberikan maka bicara selebihnya akan membawa kepada perbalahan. Perbalahan di mana kebiasaannya lawan rasa kagum dengan pendapatnya sendiri, kebenaran yang dibawa jadi lemah, hati bertukar keras manakala kekeliruan dan kesulitan semakin bertambah. Muslim yang bijak akan menjauhi situasi-situasi seperti ini. Oleh itu…