GELARAN NAMA ABU
- Kun’yah
Gelaran ‘Abu’ pada pangkal nama seseorang disebut kun’yah dalam bahasa Arab.
Amalan ini sudah bermula sejak awal pada zaman Rasulullah ﷺ.
Kun’yah Nabi ﷺ ialah Abu al-Qasim.
Ramai mungkin tidak tahu bahawa nama Abu Bakar al-Siddiq ialah kun’yah beliau sedangkan nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abi Quhafah.
Demikian sahabat bernama Abu Hurairah yang nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Sakhr.
Bagi perempuan pula digunakan kun’yah ‘Umm’.
Contohnya Umm Abdullah, Umm Ahmad dan sebagainya.
Allah jua memberi taufik.
Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
19 Zulkaedah 1445H
28 Mei 2024
https://idrissulaiman.com