GAMBAR KEMALANGAN UNTUK MENCARI WARIS

GAMBAR KEMALANGAN UNTUK MENCARI WARIS

Saya berpandangan bahawa perbuatan sebahagian netizen menyebarkan gambar-gambar kemalangan berserta identiti mangsa sewajarnya dielakkan.

Bukan kerana ngeri semata-mata sebaliknya kerana sebab yang lebih besar iaitu:

MENJAGA AIB sesama saudara MUSLIM.

Sabda Nabi,

“Barangsiapa menutup aib seorang Muslim nescaya Allah akan menutup aibnya pada Hari Kiamat.”

Riwayat Muslim.

Gambar-gambar kemalangan termasuk dalam erti AIB yang sewajarnya tidak didedahkan, apatah lagi dihebahkan melalui media-media sosial.

Adapun soal mencari waris, kita perlu maklum bahawa,

‘Matlamat tidak menghalalkan cara’.

Tambah pula, urusan ini sebaiknya diserahkan kepada pihak berkuasa yang lebih tahu dan lebih mampu berbanding kita; orang awam.

Wallahu a’lam.

Similar Posts

  • FIKIRAN SIMPLISTIK

    FIKIRAN SIMPLISTIK Orang yang berfikiran simplistik akan melihat sekelilingnya dengan cara yang terlalu mudah. Mengubah sesuatu dengan cara kompleks boleh mengganggu cara fikirnya. Ya Allah, kurniakan buat kami ilmu yang bermanfaat serta amalan yang soleh. Idris bin Sulaiman Kajang 16 Safar 1441H / 16 Oktober 2019 Pagi yang cerah

  • JANGAN BACA DALIL SEKERAT-SEKERAT

    JANGAN BACA DALIL SEKERAT-SEKERAT #Kaedah-Kaedah Ilmiah #Kaedah 3 Jika anda menukil sebuah nas maka jangan dipotong-potong nas itu untuk anda berhujah dengan sebahagian maksud nas itu sahaja. Hendaklah sesebuah nas itu dilihat secara menyeluruh sebelum dibuat kesimpulan. Seperti mana jika hanya dilihat firman-Nya “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat” dan…

  • BERANI LAWAN ‘HANTU’

    BERANI LAWAN ‘HANTU’ # Kepercayaan Khurafat Orang Melayu Dahulu (2) # Syirik kufur Muslim diperintahkan supaya sentiasa berlindung dengan ALLAH daripada segala kejahatan termasuklah gangguan syaitan. Malah tipu daya syaitan itu lemah tidak sekuat mana. Firman ALLAH: فَقَـٰتِلُوۤا۟ أَوۡلِیَاۤءَ ٱلشَّیۡطَـٰنِۖ إِنَّ كَیۡدَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ كَانَ ضَعِیفًا. “Maka perangilah kamu akan pengikut-pengikut…

  • HUKUM MEMBERI DUIT HARI RAYA

    HUKUM MEMBERI DUIT HARI RAYA Jawapan Lajnah Badan Pembesar Ulama dan Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa, Arab Saudi: “Tiada halangan, bahkan ia termasuk dalam adat-adat yang baik, untuk menggembirakan sesama saudara Muslim; tua dan muda. Ia adalah sesuatu yang dituntut oleh Syariat yang murni.” Syeikh Abdul Aziz Bin Baz…

  • PEMANDANGAN MUSIM BUNGA SEBAHAGIAN NEGARA ARAB

    PEMANDANGAN MUSIM BUNGA SEBAHAGIAN NEGARA ARAB Firman Allah: وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ “Allah memberikan satu misal perbandingan: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari…