DUNIA IBARAT PULAU

DUNIA IBARAT PULAU

Sekumpulan manusia menaiki kapal yang berlayar di lautan sebelum singgah di sebuah pulau.

Kapten kapalnya mengizinkan para penumpangnya turun untuk membuang hajat tetapi dia mengingatkan mereka supaya jangan terlalu lama kerana kapal akan belayar semula dalam sedikit masa. Mereka yang lambat akan ditinggalkan.

Para penumpang kapal itu pun turun di pulau itu dan masing-masing berpecah menuju ke arah yang berlainan.

Ada yang terus pergi membuang hajat lalu segera kembali ke kapal. Mereka mendapati kapal mereka kosong dan memilih tempat yang paling selesa untuk duduk.

Adapun para penumpang kapal yang lain, sebahagian memilih untuk melihat-lihat keadaan di pulau itu, pokok-pokoknya yang cantik, batu-batunya yang unik serta suara kicauan burung yang merdu. Mereka kemudian teringat akan kapal mereka yang sedang menunggu dan bersegera kembali kerana khuatir akan ditinggalkan. Ternyata apabila sampai di kapal mereka mendapati tempat kosong yang ada adalah terhad dan sempit.

Sebahagian yang lain pula akibat terlalu terpesona dengan batu-batu dan bunga-bunga yang cantik di pulau itu maka dia mengambil beberapa biji batu dan beberapa jambak bunga bersamanya sebelum kembali ke kapal. Sesampainya di kapal dia hanya dapat tempat yang paling sempit untuk duduk manakala batu-batu dan bunga-bunga yang dibawanya menambahkan lagi kesempitannya. Kesudahannya batu-batu itu terpaksa dipikul atas bahu kerana ketiadaan tempat untuk diletakkan sedangkan hendak membuangnya tidak boleh pula kerana berada di tingkat bawah kapal. Timbul rasa sesal membawa batu-batu itu. Bunga-bunga yang dibawa pula akhirnya bertukar layu dan tidak lagi kelihatan cantik malah baunya pun sudah bertukar busuk.

Ada kumpulan penumpang lain yang terus asyik dengan keindahan di pulau itu sehingga lupa tentang kapal yang sedang menunggu. Mereka pergi jauh ke pedalaman pulau sehingga tidak dapat mendengar teriakan kapten kapal yang memanggil mereka. Kerana leka memakan buah-buahan di pulau itu serta melihat pemandangan cantiknya, sesekali dia mencium bau harum sebuah pokok kemudian melihat kecantikan pokok yang lain pula. Sekalipun merasa khuatir terserempak dengan binatang buas tetapi dia tidak mempedulikannya malah membiarkan duri-duri menusuk kulitnya dan menembusi tapak kakinya. Bunyi-bunyi unggas dan jeritan haiwan di hutan sesekali membuatnya rasa terkejut tetapi dia tetap terus berjalan.

Daripada kumpulan ini ada yang sempat kembali ke kapal tetapi mendapatinya sudah penuh dan tiada lagi tempat yang kosong. Mereka akhirnya ditinggalkan dan mati di pulau itu.

Ada yang lain kerana terlalu asyik dengan keindahan pulau itu akhirnya tidak sedar akan binatang buas yang sedang memerhatikannya dan kemudian menerkamnya.

Tidak kurang juga mereka yang sesat sehingga tidak jumpa jalan pulang.

Demikian ialah perumpamaan mereka yang bergelumang dengan dunia yang sementara ini sehingga lupa akan tujuan sebenar mereka diciptakan oleh Allah ﷻ dan bahawasanya ia merupakan tempat untuk beramal bagi mengumpul bekalan menuju ke negeri akhirat yang abadi.

Betapa buruknya orang yang berakal tetapi terpukau dan terpedaya dengan batu-batu dan bunga-bunga di dunia sehingga dia tidak bersiap sedia untuk hari kematiannya yang pasti akan tiba.

– Uddat as-Sabirin, Ibnu al-Qayyim.

Idris bin Sulaiman
Kajang
12 Jamadilawal 1443H /
17 Disember 2021

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • HIDUP MUSLIM BERPERINSIP

    HIDUP MUSLIM BERPERINSIP . Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan. Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya lah jua kita kembali. . Ya Allah, kurniakan buat daku pahala dalam musibah yang menimpa atas diriku, dan gantilah ia dengan apa yang lebih baik daripadanya. . Sesungguhnya manusia merancang, dan…

  • KEBENARAN TIDAK DIUKUR DENGAN ORANG

    KEBENARAN TIDAK DIUKUR DENGAN ORANG #Kaedah-Kaedah Ilmiah (5) الحَقُّ لا يُعْرَفُ بِالرِّجَالِ وَإنَّمَا الرِّجَالُ يُعْرَفُونَ بِالحَقِّ. Kebenaran tidak diukur dengan mana-mana individu. Sebaliknya seseorang itu diukur dengan kebenaran. “The truth is not known by men, rather men are known by the truth”. Kebenaran ialah apa yang menepati dalil tanpa mengira…

  • MENJAWAB SYUBHAH-SYUBHAH

    MENJAWAB SYUBHAH-SYUBHAH TENTANG HUBUNGAN ANTARA RAKYAT & PEMERINTAH . Oleh Ustaz Idris bin Sulaiman . . 1. Retorik ‘Taat Kepada Pemerintah’ . Terdapat sebahagian kelompok yang mendakwa berpegang kepada prinsip taat kepada pemerintah, tetapi jika diperhalusi, ternyata bahawa apa yang mereka maksudkan dengan pemerintah ialah Yang di-Pertuan Agong sahaja; tidak…

  • TERCELANYA RIBA

    TERCELANYA RIBA RIBA merupakan muamalah Yahudi yang menjadi salah satu sebab mengapa mereka dihukum oleh ALLAH. Mereka yang berdegil tidak mahu meninggalkan RIBA dikira telah melancarkan PERANG ke atas ALLAH kerana berkeras tidak mahu tunduk kepada peraturanNYA. Orang yang memakan RIBA pada hakikatnya memakan harta manusia lain secara HARAM dan…

  • #5 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH?

    #5 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH? Dr. Yusuf al-Qardawi (Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia): “Sebelum ini aku mempertahankan Hasan Nasrallah, sedangkan partinya ialah Hizbut’taghut (Hizbullah) dan Hizbusy’syaitan (parti syaitan). Mereka mempertahankan Basyar al-Asad (Presiden Syria yang banyak membunuh Ahli Sunah Syria).” Hizbullah merupakan parti politik tentera Syiah berasal dari Lubnan dan didukung…

  • NIKMAT LEBIH DARI SYURGA

    NIKMAT LEBIH DARI SYURGA Apakah nikmat yang lebih daripada balasan syurga dengan segala isi kenikmatan yang terdapat di dalamnya; mahligai istana, pokok-pokok, buah-buahan, sungai-sungai, intan permata, emas, perak, bidadari-bidadari dan sebagainya? Jawapannya ialah nikmat dapat melihat Allah ﷻ. Sabda Nabi ﷺ: “Setelah ahli syurga memasuki syurga, Allah ﷻ berkata: Adakah…