Light from heaven
|

DI MANA SYURGA & NERAKA?

Syurga terletak di langit yang paling tinggi di bawah Arasy manakala api neraka terletak di Sijjin di bawah lapisan bumi yang paling bawah.

Sabda Nabi ﷺ:

فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ ‌فَاسْأَلُوهُ ‌الْفِرْدَوْسَ، فَإِنَّهُ وَسَطُ الْجَنَّةِ، وَأَعْلَى الْجَنَّةِ، وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ مِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ.

“Jika kamu meminta daripada Allah maka mintalah Syurga Firdaus kerana ia merupakan syurga yang paling tengah dan paling tinggi manakala di atasnya ialah Arasy al-Rahman yang darinya terpancar sungai-sungai syurga.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Firman Allah ﷻ:

إِنَّ كِتَٰبَ ٱلۡفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٖ.

“Sesungguhnya kitab suratan amal orang-orang yang berdosa itu dalam Sijjin.”

[Al-Quran, al-Mutaffifin, 83: 18]

Allah ﷻ berfirman dalam hadis qudsi:

اكْتُبُوا كِتَابَهُ ‌فِي ‌سِجِّينٍ فِي الْأَرْضِ السُّفْلَى.

“Tulislah bukunya dalam Sijjin dalam perut bumi yang paling bawah!”

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

Kata Abdullah bin Sallam radiallahuanhu:

إِنَّ الْجَنَّةَ فِي السَّمَاءِ ‌وَإِنَّ ‌النَّارَ ‌فِي ‌الْأَرْضِ.

“Sesungguhnya syurga terletak di langit manakala api neraka di bumi.”

[Riwayat al-Hakim yang mensahihkannya dan dipersetujui oleh al-Zahabi]

Kata Ibnu Abbas radiallahuanhu:

الْجَنَّةُ فِي السَّمَاءِ السَّابِعَةِ ‌وَجَهَنَّمُ ‌فِي ‌الْأَرْضِ ‌السَّابِعَةِ.

“Syurga terletak di langit ketujuh manakala Neraka Jahanam di lapisan bumi ketujuh.”

[Riwayat Abu Naim al-Asbahani dalam Sifat al-Jannah]

Kata Syeikh Ibnu Uthaimin rahimahullah:

الجَنَّةُ فِي أعْلَى عِلِّيِّين، وَالنَّارُ فِي سِجِّين، وَسِجِّين فِي الأرْضِ السُّفْلَى.

“Syurga terletak di langit yang paling tinggi manakala api neraka di Sijjin, sedangkan Sijjin terletak di bumi yang paling bawah.”

[Fatawa Nur ‘Ala al-Darb, 2/4]

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
28 Rabiulawal 1444H
25 Oktober 2022

Similar Posts

  • |

    MUSLIM MUNAFIK

    MUSLIM MUNAFIK Seorang lelaki berkata kepada Abdullah bin Mas’ud r.a.: “Aku takut diriku seorang munafik!” Kata Abdullah bin Mas’ud r.a.: “Jika engkau seorang munafik nescaya engkau tidak akan rasa takut daripadanya”. – Hilyat al-Awliya’. Maksudnya, tidaklah yang rasa takut daripada sifat munafik melainkan orang beriman. Adapun orang munafik, mereka merasa…

  • |

    NIKMAT LEBIH DARI SYURGA

    NIKMAT LEBIH DARI SYURGA Apakah nikmat yang lebih daripada balasan syurga dengan segala isi kenikmatan yang terdapat di dalamnya; mahligai istana, pokok-pokok, buah-buahan, sungai-sungai, intan permata, emas, perak, bidadari-bidadari dan sebagainya? Jawapannya ialah nikmat dapat melihat Allah ﷻ. Sabda Nabi ﷺ: “Setelah ahli syurga memasuki syurga, Allah ﷻ berkata: Adakah…

  • |

    HIZBI

    Hizbi atau hizbiah berasal daripada perkataan Arab hizb (jamak ahzab) yang membawa erti kelompok atau puak. Sesiapa yang menyalahi manhaj Nabi ﷺ dan sunahnya maka dia termasuk dalam kalangan kelompok (hizb) yang menyimpang. Justeru sikap taksub kepada pemikiran atau kumpulan tertentu yang menyalahi Al-Quran dan as-Sunah di samping taat dan…

  • |

    BULU KUCING BUKAN NAJIS

    Tular di media sosial pandangan sesetengah pihak yang kata bulu kucing najis, justeru kucing seeloknya diletakkan di luar rumah agar bulunya tidak jatuh merata dan dapat solat dengan tenang tanpa waswas. Pertamanya, perlu ditegaskan bahawa pandangan di atas adalah salah dan bersifat ghuluw melampau. Sebetulnya kucing ialah binatang suci, bukan…

  • |

    MENJAGA NASAB & NAMA KELUARGA

    MENJAGA NASAB & NAMA KELUARGA Syariat Islam mengutamakan NASAB dan memerintahkan supaya ia dipelihara dan dijaga. Ia termasuk dalam lima prinsip Maqasid Syariah, di samping menjaga Agama, nyawa, akal dan harta. Atas sebab ini Syariat Islam mengharamkan zina, dan menganggapnya sebagai perbuatan terkutuk dan tercela. Ini kerana zina antara lain…