DEMONSTRASI TUNJUK PERASAAN BUKAN DARIPADA ISLAM

DEMONSTRASI TUNJUK PERASAAN BUKAN DARIPADA ISLAM

Jangan sekali-kali kita membudayakan demonstrasi tunjuk perasaan.

Perbuatan mengganggu pengguna jalan raya, berteriak dan terlolong, mencaci dan memaki hamun, bergaduh dan melawan pihak berkuasa, merosakkan harta benda dan mengganggu ketenteraman awam, ini semua jelas bukan daripada ajaran Islam.

Budaya demonstrasi tunjuk perasaan pada hari ini datang daripada kafir Barat dan ia mempunyai titik-titik persamaan yang jelas dengan fahaman Khawarij yang dalam sejarah Islam bermula dengan pemberontakan terhadap Khalifah Othman r.a. sehingga menyebabkan beliau terbunuh.

Pada zaman sekarang fahaman Khawarij telah dihidupkan semula oleh jemaah Ikhwanul Muslimin di Mesir manakala pendukung fahaman ini (golongan Ikhwani) tersebar ke banyak negara di sebalik bermacam-macam nama gerakan dan pertubuhan.

Kita seharusnya mengambil iktibar daripada demonstrasi besar-besaran yang berlaku di negara jiran sekarang. Ia sepatutnya tidak berlaku.

Walau apa sekalipun tujuan dan alasannya, ia tetap salah dan bercanggah dengan syariat. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Demonstrasi tunjuk perasaan tidak pernah menyelesaikan masalah. Bahkan menambahkan lagi masalah.

Kesudahannya yang rugi ialah rakyat dan negara manakala musuh-musuh Islam bersorak gembira dengan porak-peranda yang berlaku.

Semoga Allah terus memelihara tanah air kita yang tercinta.

Idris bin Sulaiman
Kajang
23 Safar 1442H /
11 Oktober 2020
#https://www.facebook.com/ustazidris.sulaiman.7
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • ALLAH AL-KARIM

    ALLAH AL-KARIM Di antara nama ALLAH ﷻ ialah al-Karim. Makna al-Karim bagi ALLAH ﷻ antaranya ialah: Yang memberi tanpa meminta balasan; Yang memberi tanpa sebab; Yang memberi tanpa perlu perantara; Yang memberi tanpa mempedulikan siapa yang diberi; sama ada orang yang berbuat baik atau tidak, orang Islam atau kafir; orang…

  • ARAK HALAL?

    ARAK HALAL? Di antara tanda akhir zaman ialah berleluasanya minum arak atas nama bukan arak. Sabda Nabi ﷺ: إن من أشراط الساعة أن يرفع العلم ويظهر الجهل ويفشو الزنا ويشرب الخمر. “Sesungguhnya di antara tanda (hampirnya) Hari Kiamat ialah ilmu diangkat, kejahilan terserlah, zina dan minum arak berleluasa”. Sahih. Riwayat…

  • MENOLAK DAKWAAN USTAZ MUHAIZAD:

    MENOLAK DAKWAAN USTAZ MUHAIZAD: ILMU HADIS DIBINA ATAS SANGKAAN Ringkasan dakwaan Ustaz Muhaizad: – Kita tidak boleh mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ benar-benar bersabda secara pasti dan yakin termasuklah para ulama ahli hadis kerana mereka menerima hadis itu secara riwayat sedangkan perawi itu walaupun dia thiqah tetapi mungkin dia berdusta; –…

  • BERANI LAWAN ‘HANTU’

    BERANI LAWAN ‘HANTU’ # Kepercayaan Khurafat Orang Melayu Dahulu (2) # Syirik kufur Muslim diperintahkan supaya sentiasa berlindung dengan ALLAH daripada segala kejahatan termasuklah gangguan syaitan. Malah tipu daya syaitan itu lemah tidak sekuat mana. Firman ALLAH: فَقَـٰتِلُوۤا۟ أَوۡلِیَاۤءَ ٱلشَّیۡطَـٰنِۖ إِنَّ كَیۡدَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ كَانَ ضَعِیفًا. “Maka perangilah kamu akan pengikut-pengikut…