DAKWA CINTA NABI TETAPI MENYALAHI NABI ﷺ

Demikian sikap sebenar mereka terhadap Nabi ﷺ sekalipun dalam masa yang sama mereka mendakwa cinta dan sayang Nabi ﷺ dengan berselawat, bermaulid, berhabib dan sebagainya.

Sedangkan jika mereka benar-benar cinta Nabi ﷺ nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk beramal dengan sunah-sunah Nabi ﷺ yang sekian banyaknya terhimpun dalam kitab-kitab hadis. Tetapi ternyata mereka sebenarnya lebih sayang dan cinta kepada tok guru mereka sampai taasub beramal dengan segala amalan rekaan dan tokok tambah yang diajarkannya walaupun terang jelas menyalahi sunah Nabi ﷺ.

Mereka bersikap demikian dengan membawa seribu macam dalih dan alasan kononnya tok guru lebih arif dan lebih tahu.

Ramai yang terpedaya.

Idris bin Sulaiman
Kajang
07 Rejab 1443H /
09 Februari 2022

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • |

    ‘MAZHAB TIDAK BERMAZHAB’?

    – Allamazhabiyyah – Mazhab Salaf al-Soleh Khatib dalam khutbah Jumaat semalam membuat analogi menyamakan antara golongan liberal sesat dengan golongan yang dinamakan sebagai golongan ‘mazhab tidak bermazhab’ atau Allamazhabiyyah kerana menurutnya kedua-dua modusnya dikatakan menjatuhkan kredibiliti dan autoriti ulama-ulama silam. Tidak dinyatakan siapa golongan Allamazhabiyyah ini secara spesifik. Apa yang…

  • | |

    WALI ALLAH?

    Kyai Zaini Abdul Ghani @ Guru Sekumpul ialah seorang guru agama dari Indonesia. Dalam sebuah rakaman video ceramah di masjid kelihatan beliau secara tiba-tiba bangun dan mengangkat kain sarung di hadapan khalayak ramai. Sesuatu perbuatan yang sangat pelik dan memalukan. Walau bagaimanapun, kedudukan beliau yang kononnya sudah sampai ke darjat…

  • DALIL YANG BUKAN DALIL

    – Zawq, kasyaf, ilham, mimpi, majoriti, al-Sawad al-A’zam, jumhur ulama, khilaf Umat Islam sejak dahulu sepakat mengatakan bahawa sumber dalil agama ialah Al-Quran dan as-Sunah. Tetapi bagi sesiapa yang mengikuti perbahasan hal-hal agama khususnya di media sosial akan mendapati bahawa kini telah muncul pelbagai bentuk dalil lain yang dijadikan sebagai…

  • ULAMA KHILAF

    Sering kali mungkin kita mendengar jawapan ini apabila berdepan dengan isu-isu ‘khilafiat’. Tersebut kisah seorang mufti pada zaman dahulu yang ingin menunaikan haji lalu dia resah kerana tiada sesiapa yang dapat ditabal sebagai penggantinya. Akhirnya kerana tiada pilihan si mufti itu pun meminta anaknya supaya mengambil alih tempatnya sebagai mufti…

  • |

    GOLONGAN SALAFI BERSIKAP KERAS?

    Tidak begitu. Keras tak keras lumrah di kalangan manusia. Tiada kaitan dengan kepercayaan dan anutan. Ternyata sifat keras ada di kalangan para Sahabat Nabi, di kalangan ulama, dan di kalangan masyarakat Islam secara amnya. Bukan hanya dalam kelompok Salafi. Dalam peristiwa orang Yahudi mengucapkan kepada Nabi: As-Saamu alaikum! (Maut atas…

  • |

    EVOLUSI CAPAL

    Mutakhir ini terdapat sebahagian kelompok yang menggunakan simbol capal pada kopiah mereka sebagai cara menzahirkan rasa cinta kepada Nabi ﷺ. Walhal perlu ditegaskan bahawa simbol capal ini tiada asasnya dalam ajaran Islam sama sekali. Menzahirkan rasa cinta Nabi ﷺ bukan dengan bersimbol-simbol sebaliknya dengan beramal dengan Sunah Nabi ﷺ sepenuhnya…