|

CARA JAWAB KIRIM SALAM

Jika dikatakan “Ada orang kirim salam” mungkin kebiasaannya kita mendengar orangnya menjawab “Waalaikumussalam!”

Sekalipun jawapan ini tidak salah tetapi Sunahnya menjawab:

عَلَيْكَ وَعَلَيْهِ السَّلامُ.

“Alaika waalaihissalam.”

(Kesejahteraan ke atasmu dan ke atasnya)

Ini berdasarkan sebuah hadis di mana Nabi ﷺ berkata kepada isterinya Aisyah radiallahuanha:

يَا عَائِشَةُ، هَذَا جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام، وَهُوَ يَقْرَأُ عَلَيْكِ السَّلَامَ. فَقَالَت: ‌عَلَيْكَ ‌وَعَلَيْهِ ‌السَّلَامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

“Wahai Aisyah, ini Jibril alaihissalam dan beliau menyampaikan salam padamu.” Aisyah membalas “Aalaika waalaihissalam warahmatullahi wabarakatuh.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Beramal mengikut al-Sunah lebih utama.

Idris bin Sulaiman
Kajang
27 Zulhijah 1443H /
27 Julai 2022

Similar Posts

  • |

    ISTERI BERSYUKUR & BERTERIMA KASIH

    Bersyukurlah nescaya rezekimu bertambah. Firman Allah ﷻ: لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ. “Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepadamu.” [Al-Quran, Ibrahim, 14:7] Kerana itu para isteri diingatkan supaya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada suami khususnya jika si isteri bergantung pada suaminya itu. Sabda Nabi ﷺ: لا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى…

  • |

    MENGGEMBIRAKAN KAWAN

    – Sunah Nabi ﷺ Kawan yang baik ialah mereka yang prihatin dan peduli tentang keadaan saudaranya. Dia tidak akan membiarkan saudaranya dalam kesusahan tanpa berbuat apa-apa bagi meringankan beban yang dihadapinya. Termasuklah jika saudaranya itu dalam keadaan susah hati dan murung. Dia akan berusaha dan berikhtiar bagi mengembalikan semangat saudaranya….

  • |

    ADAB-ADAB MEMBUANG HAJAT MENURUT AL-SUNAH

    Hantaran sebelum ini membidas tatacara kencing tertentu yang didakwa menurut al-Sunah kerana ia lebih kepada menyusahkan apa yang telah sedia dimudahkan oleh agama. TATACARA KENCING? Berikut adalah ringkasan adab-adab membuang hajat yang sabit dalam al-Sunah: 1. Menjauh dan melindungi diri daripada pandangan manusia lain; 2. Tidak membuang hajat di tempat…

  • |

    AL-TAGHAFUL

    – Buat-buat tak endah al-Taghaful ialah pendekatan buat-buat tak endah, tidak mempedulikan sesuatu kesalahan dalam keadaan tahu dan sedar akan kesalahan itu demi menjaga kehormatan diri serta menyantuni pihak berkenaan. Orang yang buat-buat tak endah itu sedar akan kesalahan yang dilakukan dan dia mampu mengambil tindakan ke atas pesalah itu…

  • | |

    KEMUNCAK ZIKIR SECARA KUAT & BERAMAI-RAMAI

    KEMUNCAK ZIKIR SECARA KUAT & BERAMAI-RAMAI Adakah ini ISLAM? Tidak sama sekali. Zikir menuntut kepada ketenangan, khusyuk, tawaduk, bersendirian, berzikir secara perlahan dengan tadabur dan muhasabah. Cara zikir seperti dalam video-video ini bertentangan sama sekali. Antara hikmah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), cara zikir mengikut Sunah Nabi dapat dihidupkan. Semoga kita…