|

BUNGA TELUR MAJLIS PERKAHWINAN

– Percaya kepada tuah & sial
– Menyalahi syariat

Tradisi ini bukan sahaja diamalkan oleh masyarakat Melayu, malahan juga turut diamalkan oleh masyarakat-masyarakat lain di serata dunia, dan dikaitkan dengan kepercayaan-kepercayaan tertentu.

Bagi masyarakat Melayu, bunga telur yang disediakan dalam majlis perkahwinan merupakan simbol kesuburan di mana dengan penyediaan bunga telur tersebut pasangan pengantin yang baru berkahwin diharapkan akan dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat.

https://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2010/01/12/istimewanya-bunga-telur-pengantin

Perlu ditegaskan di sini bahawa kepercayaan seperti ini menyalahi syariat Islam kerana ia termasuk dalam erti ‘tatayyur’ iaitu perbuatan mengaitkan sesuatu dengan mendapat tuah atau sial.

Islam melarang kepercayaan seperti ini kerana ia membawa kepada kufur dan syirik.

Tiada apa dalam kalangan ciptaan Allah ﷻ yang mempunyai kuasa untuk membawa tuah ataupun sial.

Hanya Allah ﷻ Yang Maha Berkuasa dan Dia jua yang menentukan segala-gala yang baik ataupun yang buruk.

Mempercayai adanya selain Allah ﷻ yang boleh mendatangkan kebaikan (tuah) atau keburukan (sial) adalah kufur dan syirik.

Sebagaimana Nabi ﷺ bersabda:

الطِّيَرَةُ شِرْكٌ.

“Tatayyur (percaya kepada tuah dan sial) ialah syirik”

[Hadis sahih. Riwayat Abu Daud]

Nabi ﷺ turut bersabda:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَطَيَّرَ.

“Bukan daripada kalangan kami mereka yang percaya kepada tuah dan sial (tatayyur).”

[Hadis sahih. Riwayat al-Bazzar]

Walaupun tradisi menyediakan bunga telur dalam majlis perkahwinan dilihat semakin kurang tetapi tiada salahnya untuk umat Islam saling mengingatkan antara satu sama lain agar amalan ini dihentikan sepenuhnya.

Amalkanlah apa yang diajarkan oleh Nabi ﷺ dan jauhilah ‘tatayyur’ kepercayaan-kepercayaan khurafat.

Sunahnya membacakan doa berikut kepada pengantin:

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا في خَيْرٍ.

“Semoga Allah memberkati kamu, menurunkan segala kebaikanNya dan menyatukan antara kamu berdua dalam kebaikan.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

Daripada Allah ﷻ juga kita memohon segala kebaikan dan meminta dijauhkan daripada segala keburukan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
08 Syaaban 1443H /
10 Mac 2022

Similar Posts

  • |

    “KITA BEKERJASAMA DALAM APA YANG KITA SEPAKAT”

    – Slogan Gerakan Ikhwan Muslimin (IM) – نَتَعَاوَنُ فِيمَا اتَّفَقْنَا وَيَعْذِرُ بَعْضُنَا بَعْضًا فِيمَا اخْتَلَفْنَا Slogan ‘Kita bekerjasama dalam apa yang kita sepakat dan kita saling memaafkan dalam apa yang kita selisih’ yang diketengahkan oleh Hasan al-Banna kesudahannya menyaksikan IM terpalit dalam banyak hal kesyirikan, kebidaahan dan khurafat terutamanya sesudah…

  • ASWAJA

    Mereka tolak Allah ﷻ di atas langit kerana akal mereka tidak dapat terima, tetapi percaya guru mereka boleh bertemu Rasulullah ﷺ secara Yaqazah (dalam keadaan jaga, bukan mimpi), tidak mustahil menurut akal, kata mereka. Ini bahana mendahulukan akal atas wahyu. Berikut dalil-dalil Al-Quran dan hadis bahawa Allah ﷻ di atas…

  • | | |

    SYIRIK DI KUBURAN SYIAH

    Perkuburan Syiah di Najf, Iraq, dikatakan sebagai tanah perkuburan terbesar di dunia dengan dianggarkan hampir enam juta kubur terdapat di sini. Namun amat menyedihkan, hampir setiap kubur dibuat binaan di atasnya. Ini ditambah dengan pelbagai amalan khurafat dan perbuatan syirik turut berlaku di tempat ini. Firman Allah: وَأَنَّ ٱلۡمَسَٰجِدَ لِلَّهِ…

  • | |

    HARI ASYURA ALA SYIAH AFGHANISTAN

    – Bidaah tanpa sempadan Jika Syiah Iran menyambut Hari Asyura (10 Muharam) dengan memukul belakang mereka dengan tali cemeti maka Syiah Afghanistan tidak mahu ketinggalan untuk turut menyambutnya. Video yang dilampirkan menunjukkan sekumpulan pengikut agama Syiah di Afghanistan mengadakan ritual menyambut Hari Asyura dengan cara meletakkan kaki atas bara api…

  • PENTINGNYA TAUHID

    Tauhid mengesakan Allah ﷻ serta menjauhi segala bentuk syirik dan kufur merupakan syarat utama masuk syurga serta selamat daripada kekal dalam api neraka. Firman Allah ﷻ: إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٖ. “Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain…

  • | |

    KHURAFAT TABARUK ORANG RAFIDAH (SYIAH)

    Kelihatan dalam sebuah video yang dikongsi di media sosial seorang lelaki tua warganegara Iraq dikatakan baru pulang dari syurga setelah bertemu dengan cucu Nabi ﷺ Husain manakala masyarakat di sana yang berfahaman Rafidah (Syiah), lelaki dan perempuan mengerumuni beliau untuk bertabaruk (mengambil berkat) dengan bersalaman, menyapu-nyapu badan dan bergambar dengannya….