BEZA NASIHAT DENGAN MENGHASUT

BEZA NASIHAT DENGAN MENGHASUT

Para ulama zaman berzaman gigih menggalas tanggungjawab nasihat yang diperintahkan oleh Syariat, yang menjadi antara ciri utama kelebihan umat ini sebagai ‘khayru ummah’.

Ia termasuk dalam erti amar makruf nahi mungkar.

Demikian Imam Malik mempertahankan pandangannya tentang tidak sahnya talak suami yang dipaksa walaupun beliau dihukum oleh penguasa.

Imam Ahmad mempertahankan pandangannya bahawa al-Quran ialah Kalam Allah sehingga dihukum dan dipenjarakan.

Imam Bukhari pula enggan mengetuk pintu penguasa membawa buku Sahihnya sekalipun diperintahkan berbuat demikian kerana melihat perbuatan sedemikian menghina ilmu yang dibawanya.

Syeikh al-Albani bertegas tidak bersetuju dengan saranan pemusatan azan di masjid-masjid (laungan azan menggunakan pembesar suara masjid yang dihubungkan dengan radio; bukan melalui muazzin) yang diutarakan oleh pihak berkuasa Agama.

Dan banyak contoh lain.

Menyatakan pandangan apatah lagi dengan alasannya serta sokongannya daripada dalil-dalil al-Quran dan as-Sunah merupakan suatu yang baik lagi dituntut.

Semestinya pandangan itu disampaikan secara objektif dengan adab dan tertib.

Ia mencerminkan prinsip, keteguhan serta istiqamah menyampaikan kebenaran serta mempertahankannya.

Ini berbeza dengan perbuatan menghasut dan memburuk-burukkan penguasa, sekalipun dengan mengatas namakan nasihat dan amar makruf nahi mungkar.

Nasihat bertujuan untuk membina dan merealisasikan kebaikan. Adapun menghasut, ia bertujuan untuk meruntuhkan dan melakukan kejahatan.

Imam Ibnu Rajab mengulas perkara ini dalam bukunya ‘al-Farq Baina an-Nasihah Wa at-Ta’yiir’ (Beza Antara Nasihat dan Celaan).

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan panduan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
PKPB Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya
26 Safar 1442H /
14 Oktober 2020
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • TIDAK MENERUSKAN PERBAHASAN

    TIDAK MENERUSKAN PERBAHASAN # Tidak meneruskan perbahasan dengan orang yang sombong #Kaedah-Kaedah Ilmiah #Kaedah 8 Sekiranya kebenaran sudah jelas tersingkap maka tiada ruang untuk menolaknya. Semua bersetuju bahawa sekiranya perbahasan berkesudahan dengan penetapan asas-asas yang jelas lalu pihak lawan tidak mahu menerima asas-asas tersebut maka ketika itu jelas dia bersikap…

  • #1 MENCARI TITIK HARMONI (TAQRIB) SUNNI-SYIAH?

    #1 MENCARI TITIK HARMONI (TAQRIB) SUNNI-SYIAH? Usaha yang telah lama menemui KEGAGALAN. Kesudahannya menyaksikan pertumpahan darah orang Islam di Iraq, Syria, Yaman dan yang lain. Pentingnya melihat sejarah. Orang yang tidak mengambil iktibar daripada sejarah, besar kemungkinannya akan mengulangi kesilapan dahulu.

  • SAHABAT NABI ﷺ

    SAHABAT NABI ﷺ Sesudah Al-Quran dan hadis, para Sahabat Nabi ﷺ merupakan rujukan dalam segala ilmu Islam, kebaikan dan petunjuk. Mereka adalah sebaik-baik umat ini. Generasi yang paling tinggi ilmu agamanya, paling faham Al-Quran serta perkataan, perbuatan serta perakuan Nabi ﷺ. Ini kerana mereka adalah satu-satunya generasi manusia yang telah…

  • DEMONSTRASI TUNJUK PERASAAN BUKAN DARIPADA ISLAM

    DEMONSTRASI TUNJUK PERASAAN BUKAN DARIPADA ISLAM Jangan sekali-kali kita membudayakan demonstrasi tunjuk perasaan. Perbuatan mengganggu pengguna jalan raya, berteriak dan terlolong, mencaci dan memaki hamun, bergaduh dan melawan pihak berkuasa, merosakkan harta benda dan mengganggu ketenteraman awam, ini semua jelas bukan daripada ajaran Islam. Budaya demonstrasi tunjuk perasaan pada hari…

  • BERMUKA MASAM

    BERMUKA MASAM # Nampak ‘maco’ atau bodoh? Tidaklah orang yang bersikap angkuh dengan manusia yang di bawahnya melainkan Allah ﷻ akan mengujinya dengan kehinaan daripada manusia yang di atasnya. Oleh itu usahlah merasa diri besar dan bermasam muka dengan orang lain kerana ia adalah tanda kebodohan. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda:…