|

BERI KOMEN ISU SENSASI & KONTROVERSI

Melayan media sosial mengasyikkan.

Apatah lagi jika timbul isu-isu sensasi dan kontroversi melibatkan orang lain.

Barangkali menyeronokkan.

Lalu ramai hendak memberi komen dan pendapat mengenainya.

Tetapi awas!

Syariat Islam menetapkan garisan tatacara berdepan dengan hal-hal seperti ini.

Sabda Nabi ﷺ:

مِنْ حُسْنِ إِسْلامِ المَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ.

“Di antara eloknya keislaman seseorang ialah apabila dia meninggalkan apa yang tiada kaitan dengan dirinya.”

[Hadis hasan. Riwayat Tirmizi]

Muslim diperintahkan supaya meninggalkan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan dirinya; sama ada perkataan atau perbuatan.

Sebaliknya setiap Muslim haruslah bersungguh-sungguh dalam perkara-perkara yang memberi manfaat kepada dirinya; di dunia dan akhirat selari dengan ketetapan agama dan syariat, bukan hawa nafsu dan cita rasa.

Demikian akan menjadikannya Muslim yang baik.

Berbeza dengan sifat suka ‘jaga tepi kain orang’.

Ditegah dan dilarang oleh Islam.

Tambah pula, Nabi ﷺ bersabda:

الْمُسْلِمُ ‌مَنْ ‌سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ.

“Muslim ialah mereka yang orang-orang Islam lain aman daripada lisan dan tagannya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Meninggalkan hal-hal yang tiada kaitan dengan diri akan membuatkan seseorang itu merasa tenang di samping dapat menjaga waktu dan kehormatan diri.

Lebih penting lagi, dapat jaga diri daripada terjebak dalam dosa yang hanya akan membawa kepada penyesalan di akhirat kelak.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
30 Safar 1445H
16 September 2023


Sertai bersama kami dalam grup Whatsapp Sahabat ISDC untuk bertanya soalan dan mendapat hebahan terkini melalui pautan:

https://chat.whatsapp.com/JTLOFaHCg0z49NcN2qiEzr


Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • |

    PAKAIAN WANITA SOLEHAH

    Ternyata bukan semua wanita bertudung solehah tetapi semua wanita solehah bertudung dan berjilbab. Tudung ialah kain penutup kepala bagi wanita sedangkan jilbab ialah pakaian longgar yang memenuhi keperluan mereka menutup aurat. Perbuatan menzahirkan maksiat dan melakukannya secara terbuka dan terang-terangan ialah satu perkara besar yang tidak patut dipandang ringan. Terdapat…

  • |

    MAKSIAT: PERLU MALU ATAU JANGAN HIPOKRIT?

    Ada yang keliru tentang maksiat sama ada perlu disembunyikan kerana rasa malu atau boleh dizahirkan kepada umum supaya tidak bersifat hipokrit. Contohnya mungkin ada yang berkata “Aku hisap rokok secara terang-terangan kerana tidak mahu hipokrit.” Atau perempuan yang enggan memakai tudung (menutup aurat rambutnya) dengan alasan yang sama, tidak mahu…

  • |

    MUZIK DISEMAT AL-QURAN DIPINGGIRKAN

    Ternyata sebahagian umat Muhammad ﷺ memilih untuk meminggirkan Al-Quran. Firman Allah ﷻ: وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَٰرَبِّ إِنَّ قَوۡمِي ٱتَّخَذُواْ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ مَهۡجُورٗا “Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang ditinggalkan, tidak dipakai.” [Al-Quran, al-Furqan, 25:30] Menurut Ibnu Kathir, termasuk dalam erti meminggirkan Al-Quran ialah tidak…

  • |

    VALENSTINE’S DAY – HARI KEKASIH

    Kasih sayang bukan perayaan. Suatu perayaan itu datang dan pergi sedangkan kasih sayang yang benar akan terus kekal. Sebagai kaedah, apa jua perayaan selain Aidilfitri dan Aidiladha dikategorikan dalam syariat sebagai perayaan jahiliah. Hari Kekasih termasuk dalam perayaan jahiliah. Semoga kita dan keluarga kita sentiasa dilindungi Allah. Dr. Idris bin…

  • |

    HUKUM BOIKOT BARANGAN ORANG KAFIR

    Ada dua keadaan: Keadaan Pertama:Jika Diarah oleh Pemerintah Jika pemerintah sesebuah negara Islam memerintahkan supaya barangan tertentu atau barangan negara-negara tertentu diboikot maka rakyat negara tersebut wajib mentaati arahan itu. Selari dengan firman Allah ﷻ: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah…