BERDIAM & TIDAK BERBAHAS TENTANGNYA

BERDIAM & TIDAK BERBAHAS TENTANGNYA

# Apa yang tidak dibahaskan oleh Allah dan RasulNya

# Kaedah-Kaedah Ilmiah
# Kaedah 7

Segala permasalahan Agama terutamanya permasalahan akidah tidak boleh diputuskan tentangnya dengan cara menetapkannya ataupun menafikannya melainkan dengan dalil.

Dalil itu ialah firman Allah ﷻ dan sabda Rasulullah ﷺ.

Oleh yang demikian, apa yang dalil itu tetapkan kita tetapkan dan apa yang dalil itu nafikan kita nafikan.

Adapun permasalahan yang tiada dalil yang menetapkannya atapupun menafikannya maka kita bertawaquf (tidak membuat sebarang keputusan), tidak menetapkannya ataupun menafikannya. Ini tidak bererti bahawa permasalahan tersebut tiada penjelasannya dalam syariat, malah ada kemungkinan terdapat dalil mengenainya tetapi kita tidak mengetahuinya. Kita bertawaquf secara mutlak atau sehingga didapati dalil.

Firman Allah ﷻ:

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡؤولاً.

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati (jantung), semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.

[Surah al-Israa’; 17:36]

Sabda Nabi ﷺ:

إِنَّ اللهَ فَرَضَ فَرَائِضَ فَلا تُضَيِّعُوهَا، وَحَرَّمَ أَشْيَاءَ فَلا تَنْتَهِكُوهَا، وَسَكَتَ عَن أَشْيَاءَ رَحمَةً لَكُمْ غَيْرَ نِسْيَانٍ فَلا تَبْحَثُوا عَنْهَا.

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan perkara-perkaya yang wajib maka janganlah engkau meremehkannya, mengharamkan beberapa perkara maka janganlah engkau melanggarnya, dan Dia telah MENDIAMKAN beberapa perkara maka JANGANLAH engkau MENCARI-CARINYA.”

[Hadis hasan. Riwayat ad-Daruquthni dan yang lain]

Kata Ibnu Taimiyyah:

“Apa yang ditetapkan kita tetapkan, apa yang dinafikan kita nafikan dan apa yang tidak ditetapkan ataupun dinafikan maka kita berdiam tentangnya. Ini yang wajib. Berdiam tentang sesuatu tidak sama dengan menetapkannya atau menafikannya secara pasti”.

[Majumuk Tafsir Ibnu Taimiyyah, hlm. 351-352]

# Kaedah 1
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221735747254764&id=1588241794
# Kaedah 2
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221736159945081&id=1588241794
# Kaedah 3
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221749875487961&id=1588241794
# Kaedah 4
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221754700368580&id=1588241794
# Kaedah 5
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221775898258514&id=1588241794
# Kaedah 6
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221782233616894&id=1588241794

# Kaedah-Kaedah Pendalilan Di sisi Ahli Sunah Wal Jemaah

# al-Mausu’ah al-Aqadiyyah ad-Durar as-Saniyyah

Idris bin Sulaiman
Kajang
Hari redup tidak panas insya-Allah
23 Rejab 1442H /
07 Mac 2021
# http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • TAAT ARAHAN PEMERINTAH

    TAAT ARAHAN PEMERINTAH Tetap wajib taat pemerintah Muslim dalam hal makruf termasuk dalam isu penutupan masjid kerana penularan koronavirus. Perbahasan ilmiah dibahas secara ilmiah. Jangan dicampur adukan dengan isu lain. Perlu belajar cara menangani isu. Jangan mudah melatah. Dahulu sebahagian kelompok mengatakan kita mudah mengkhawarijkan orang. Kini ada yang mudah…

  • PERBEZAAN ANTARA GANDAAN BALASAN PAHALA & DOSA

    PERBEZAAN ANTARA GANDAAN BALASAN PAHALA & DOSA GANDAAN BALASAN MALAM LAILATULQADAR SOALAN: Adakah perbuatan maksiat pada malam Lailatulqadar dikira sebagai lebih buruk daripada seribu bulan? JAWAPAN: Ulama menjelaskan bahawa gandaan balasan PAHALA KEBAIKAN adalah secara BILANGAN (10, 20, 30 kali ganda dan seumpamanya) dan dari sudut BENTUKNYA (ganjaran pahala yang…

  • DAP

    DAP Hari demi hari wajah sebenar mereka semakin terserlah yang menunjukkan kebencian dan permusuhan mereka terhadap AGAMA dan masyarakat ISLAM. Masyarakat Islam seharusnya diberi pendedahan tentang bahaya dan ancaman mereka ini. Banyak kenyataan dan tindakan mereka jelas menunjukkan betapa mereka ANTI ISLAM dan mahu menguasai orang-orang ISLAM supaya ikut telunjuk…

  • IJAZAH KEDOKTORAN (PhD)

    IJAZAH KEDOKTORAN (PhD) Alhamdulillah setelah dipermudahkan urusan peperiksaan lisan (viva) yang berlangsung semalam pagi ini menerima pula surat perakuan lulus dan layak menerima ijazah kedoktoran dengan beberapa pembetulan. Segala puji bagi Allah ﷻ. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang membantu dan memberi semangat sepanjang pengajian berlangsung, keluarga dan sahabat handai. Jasa…

  • BERITA ADU DOMBA DUA NEGARA ISLAM?

    BERITA ADU DOMBA DUA NEGARA ISLAM? # Kononnya Arab Saudi berkomplot merampas kuasa di Jordan Adakah ini taraf berita wartawan Malaysia hari ini? Mengadu domba antara negara-negara Islam? Atau mahu menjadi boneka musuh Islam yang ingin melihat negara-negara Islam porak-peranda. Bertaubatlah. Akhbar Tempatan Mempromosi Syiah: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217061288356213&id=1588241794 CATATAN: Anda tertanya-tanya mengapa…