ARAB SAUDI BENARKAN YAHUDI MASUK MEKAH?

ARAB SAUDI BENARKAN YAHUDI MASUK MEKAH?

Fitnah ke atas Arab Saudi datang bertalu-talu.

Sekalipun ramai yang skeptikal tetapi tidak kurang juga yang percaya bulat-bulat lalu menambah asam pedas mereka mengutuk dan mencela Arab Saudi dengan pelbagai cacian dan makian.

Bermula dengan dakwaan Arab Saudi mahu memulakan perhubungan diplomatik dengan negara haram Yahudi (Israel), aktiviti pelacuran sudah berlaku di Mekah, arak judi dibenarkan dan makam Rasulullah ﷺ hendak dipindahkan, yang terbaru ialah dakwaan bahawa Arab Saudi sudah membenarkan Yahudi masuk ke Mekah untuk mengerjakan tawaf di sekeliling Kaabah.

https://www.facebook.com/100054852727849/posts/392038925967862/

Tiada apa-apa bukti dikemukakan selain daripada potongan sebuah video pendek seperti dalam lampiran di bawah.

Hakikatnya video ini sudah lama lebih empat tahun lepas yang memaparkan sekumpulan jemaah Turki sedang tawaf dengan cara yang pelik. Zahirnya mereka adalah sebahagian daripada pengikut tarekat sufi yang banyak terdapat di Turki.

Pautan video asal pada tahun 2017:

Di sini menunjukkan betapa pentingnya tabayyun meneliti dan memastikan kesahihan sesebuah berita sebelum menerima dan menyebarkannya kepada orang lain.

Firman Allah ﷻ:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

[Al-Quran, al-Hujuraat, 49:6]

Sabda Nabi ﷺ:

‌كَفَى ‌بِالْمَرْءِ ‌كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِمَا سَمِعَ.

“Cukuplah seseorang digelar pembohong apabila dia menceritakan semua yang didengarinya (tanpa tabayyun).”

[Sahih. Riwayat Muslim]

PEMBENCI ARAB SAUDI

Didapati tidak kurang yang membenci Arab Saudi kerana sebab-sebab mereka yang tertentu sama ada daripada kalangan orang kafir ataupun orang Islam sendiri.

Jika orang kafir maka jelas kerana permusuhan mereka terhadap Islam. Tetapi bagi Muslim, sebahagian mereka ini membenci Arab Saudi kerana perbezaan fahaman Agama dan tidak kurang juga kerana terpengaruh dengan hasutan guru-guru mereka.

Kerana itu mereka mudah menyebarkan apa sahaja berita yang memburuk-burukkan Arab Saudi tanpa rasa bertanggungjawab meneliti kesahihannya terlebih dahulu.

Walau apa pun, seharusnya bagi seorang Muslim prinsipnya jelas. Sebenci mana pun kita kepada seseorang jangan sampai berbohong dan memfitnah. Perlulah bersikap jujur dan adil kerana Allah ﷻ berfirman:

وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰ.

“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.”

[Al-Quran, al-Maa’idah, 5:8]

Justeru sikap membenci sesama saudara Muslim sampai sanggup berbohong dan memfitnah perlu dijauhi kerana sikap ini lebih sinonim dengan sifat orang fasik pengikut hawa nafsu.

CATATAN

Dakwaan bahawa video berkenaan telah berlaku baru-baru ini jelas bohongnya.

Buktinya tiada seorang pun dalam video berkenaan memakai pelitup muka sedangkan pihak berkuasa di sana mewajibkannya atas semua jemaah semasa berada dalam masjid.

– Penghargaan kepada ikhwah yang membantu. Jazakumullahu khaira.

Idris bin Sulaiman
Kajang
26 Rabiulawal 1443H /
02 November 2021

Similar Posts

  • ISLAM MODERATE

    ISLAM MODERATE Akibat terkesan dengan gaya fikir orang Barat dan terpukau dengan syubhat mereka, terdapat segelintir orang Islam merasa kagum dengan sikap sebahagian pemimpin Barat, NGO dan institusi di sana yang ‘zahirnya’ menyokong Islam, memperjuangkan hak-hak Muslim dan menuntut keadilan buat mereka. Betapa bijaknya syaitan mempermainkan pemikiran mereka yang dangkal…

  • NON MUSLIM atau KAFIR?

    NON MUSLIM atau KAFIR? . . . Ramai mungkin lebih selesa menggunakan perkataan ‘non Muslim’ / ‘bukan Islam’ kerana menganggap perkataan kafir terlalu KERAS dan TIDAK SESUAI. . . . Sedar atau tidak, setiap perkataan memberi makna dan kesan, termasuklah perkataan ‘non Muslim’. . . . Kini ada yang MERAGUI…

  • PROPAGANDA SYIAH

    PROPAGANDA SYIAH Kebelakangan ini ada yang berkongsi berita kononnya kerajaan Arab Saudi kini menolak fahaman Wahabi kerana ia merupakan aliran yang ekstrem dan berideologi takfir (mengkafirkan sesama Muslim). Untuk makluman, ini hanyalah propaganda yang dijaja oleh saluran TV Syiah Iraq yang terkenal permusuhan mereka terhadap Sunni khususnya Arab Saudi. Sumber:…

  • ALLAH AL-KARIM

    ALLAH AL-KARIM Di antara nama ALLAH ﷻ ialah al-Karim. Makna al-Karim bagi ALLAH ﷻ antaranya ialah: Yang memberi tanpa meminta balasan; Yang memberi tanpa sebab; Yang memberi tanpa perlu perantara; Yang memberi tanpa mempedulikan siapa yang diberi; sama ada orang yang berbuat baik atau tidak, orang Islam atau kafir; orang…

  • DEMONSTRASI TUNJUK PERASAAN BUKAN DARIPADA ISLAM

    DEMONSTRASI TUNJUK PERASAAN BUKAN DARIPADA ISLAM Jangan sekali-kali kita membudayakan demonstrasi tunjuk perasaan. Perbuatan mengganggu pengguna jalan raya, berteriak dan terlolong, mencaci dan memaki hamun, bergaduh dan melawan pihak berkuasa, merosakkan harta benda dan mengganggu ketenteraman awam, ini semua jelas bukan daripada ajaran Islam. Budaya demonstrasi tunjuk perasaan pada hari…

  • GERAKAN MEMPERBODOHKAN UMAT ISLAM MALAYSIA

    GERAKAN MEMPERBODOHKAN UMAT ISLAM MALAYSIA . . . Sedar atau tidak terdapat pihak-pihak yang berusaha keras untuk MENYESATKAN Umat Islam di Malaysia secara khusus. . . . Pelbagai CARA dan TEKNIK yang digunakan. . . . Sama ada dengan cara mempromosikan dakyah-dakyah LIBERAL berslogankan KEBEBASAN , KEADILAN dan KESAMARATAAN, seperti…