|

BAHANA TAKSUB

Dakwah Salaf mengajak umat Islam supaya kembali menghayati kedua-dua al-Quran
dan al-Sunah mengikut fahaman para Sahabat dan Salaf al-Soleh.

Inilah ajaran Islam sebenar yang suci lagi murni.

Para ulama muktabar memang perlu dihormati dan dimuliakan, tetapi tanpa taksub.

Sedangkan erti taksub termasuklah dengan memaksakan umat Islam supaya mengikut fahaman tokoh ulama yang tertentu.

Umat Islam dilarang taksub kecuali kepada Nabi ﷺ.

Mengapa ada sesetengah khatib yang berdoa:

“Ya Allah kukuhkan akidah umat Islam seperti yang dirumuskan oleh ulama sekian sekian”?

Ini jelas mengajak umat Islam kepada taksub buta.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
09 Ramadan 1447H
27 Februari 2026
https://idrissulaiman.com/shop

Similar Posts

  • |

    HAKIKAT ERTI SYUKUR

    Mensyukuri nikmat ialah dengan mengakui nikmat dan Pemberi nikmat dengan tunduk, merendah diri dan cinta kepadaNya. Orang yang tidak mengakui nikmat tidak akan mensyukurinya. Demikian orang yang mengakui nikmat tetapi tidak tahu pemberinya tidak akan bersyukur kepadaNya. Adapun orang yang tahu nikmat dan tahu Pemberi nikmat tetapi tidak mengakuinya maka…

  • |

    LEKA BERMAIN PUBG PS5

    LEKA BERMAIN PUBG PS5 Sama-sama mengingatkan antara satu sama lain, khususnya buat ibubapa dan golongan muda. Firman Allah: فَذَرۡهُمۡ یَخُوضُوا۟ وَیَلۡعَبُوا۟ حَتَّىٰ یُلَـٰقُوا۟ یَوۡمَهُمُ ٱلَّذِی یُوعَدُونَ. “Oleh itu, biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka.” Surah al-Ma’arij,…

  • |

    TAKLID BUTA

    – Video mentaliti haiwan ternak Taklid sememangnya buta. Ikut bulat-bulat sesuatu perbuatan kerana orang lain melakukannya tanpa mengetahui alasan atau sebabnya. Tidak mahu belajar dan tidak mahu bertanya. Sekadar mengambil jalan mudah kerana malas berfikir. Sikap ini ada dalam mana-mana masyarakat, tidak mengenal batas usia, muda atau tua, lelaki atau…

  • |

    SIKAP MUSLIM DENGAN IBADAHNYA

    Muslim sentiasa melihat amal ibadahnya sedikit. Dan amalan ibadahnya memang sedikit dan dia melihatnya begitu. Sama sekali dia tidak akan menganggapnya banyak ataupun merasa ujub kagum dengannya. Sebaliknya dia senantiasa melihatnya serba kurang. Sikap sebegini penting kerana ia akan membuatkan orangnya terus berusaha menambahkan lagi amalannya serta berusaha untuk memperbaikinya….

  • |

    TALAK TIGA SATU LAFAZ HANYA JATUH SATU

    TALAK TIGA SATU LAFAZ HANYA JATUH SATU Jika si suami melafazkan talak tiga sekali gus maka ia hanya jatuh satu. Allah ﷻ berfirman: ٱلطَّلَٰقُ مَرَّتَانِ. “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali.” [Al-Quran, al-Baqarah, 2:229] Yakni talak dalam dua waktu yang berbeza. Si suami talak kemudian rujuk. Talak…