GRUP WHATSAPP KELUARGA

Zaman sentiasa berubah, demikian juga uruf dan adat manusia. Dahulu, bertanya khabar dilakukan melalui ziarah atau berutus warkah. Pada hari ini, ia lebih mudah dengan adanya aplikasi seperti WhatsApp.

Namun begitu, kewajipan menjaga hubungan silaturahim tetap kekal dan tidak berubah. Antara bentuknya ialah memberi salam serta bertanya khabar, dan hal ini boleh dicapai melalui grup keluarga di aplikasi WhatsApp yang lazim diwujudkan pada masa kini.

Maka, menyertai grup WhatsApp keluarga boleh dianggap sebagai salah satu cara menjaga silaturahim. Adapun perselisihan dan perbezaan pendapat dalam kalangan ahli keluarga adalah lumrah kehidupan yang memerlukan kesabaran dan toleransi.

Oleh itu, tidak wajar seseorang terbawa-bawa dengan emosi sehingga bertindak keluar daripada grup WhatsApp keluarga, kerana tindakan itu dibimbangi termasuk dalam erti memutuskan silaturahim.

Sedangkan Nabi ﷺ bersabda:

“Barang siapa mahu supaya dilapangkan rezekinya atau dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung silaturahim.”

[Sahih, riwayat Bukhari dan Muslim]

Sabdanya ﷺ:

“Orang yang menyambung silaturahim bukanlah sekadar dengan membalas kebaikan ahli kerabatnya. Sebaliknya, orang yang menyambung silaturahim ialah apabila diputuskan hubungan dengannya, dia tetap berusaha menyambungnya.”

[Sahih, riwayat Bukhari]

Semoga kita semua diberi taufik.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
12 Rabiulakhir 1447H
04 Oktober 2025
https://idrissulaiman.com/shop


Sertai bersama kami dalam grup WhatsApp Sahabat ISDC untuk bertanya soalan dan mendapat hebahan terkini:
https://chat.whatsapp.com/K00VgYxrhPeExhBvhYVH4F

Similar Posts

  • BELAJAR ADAB SEBELUM MENUNTUT ILMU

    Ungkapan ini diriwayatkan oleh Abu Nuaim al-Asbahani dalam Hilyah al-Awliya (6/330) daripada kata-kata Imam Malik bin Anas. Maksud ungkapan ini menjurus kepada tuntutan untuk membetulkan niat dalam menuntut ilmu, iaitu mencari reda Allah semata-mata, bukan kerana pangkat atau pengaruh. Ia juga menuntut agar menghormati guru serta mengakui kejahilan diri. Hal…

  • JANGAN MENGHINA

    – B40 – Kemuliaan Muslim Muslim itu mulia dan memiliki hak-hak yang wajib dipelihara dan ditunaikan oleh sesama Muslim. Antaranya menjaga darah nyawanya, hartanya dan juga maruahnya. Justeru syariat melarang perbuatan menghina antara sesama Muslim walau atas apa sebab sekalipun. Sabda Nabi ﷺ: الـمُسلِمُ أَخُو الـمُسلِم، لاَ يَظلِمُهُ، وَلاَ يَـخذُلُهُ،…

  • |

    NASIHAT SECARA SEMBUNYI

    – Teguran terbuka / tertutup – Nasihat & Celaan Tidak dinafikan bahawa nasihat disyariatkan dalam agama. Sabda Nabi ﷺ: الدِّينُ النَّصِيحَةِ. “Agama itu nasihat.” [Sahih. Riwayat Muslim] Hanya sahaja nasihat yang disampaikan perlu mematuhi garis-garis panduan yang ditetapkan oleh syariat. Antaranya: Nasihat kepada individu perlulah disampaikan secara tertutup dan secara…

  • |

    KELAB KOMEDI YANG HINA

    – Mempermainkan agama, menghina Muslim – Syarat batasan bergurau Tular dalam media baru-baru ini sebuah kelab komedi yang mengadakan persembahan dengan menjemput pelawak-pelawak yang didapati antara lain menjadikan ajaran Islam dan Muslim sebagai bahan ketawanya. Ini tidak patut, umat Islam sewajarnya menjauhi tempat-tempat seperti ini manakala pihak berkuasa berhak untuk…

  • |

    LARANGAN BERDIRI HORMAT

    Syariat Islam melarang perbuatan berdiri hormat untuk orang lain. Muslim ditegah daripada meminta orang lain supaya berdiri hormat, sama ada untuk dirinya atau orang lain. Malah terdapat ancaman keras ke atas mereka yang suka jika orang lain berdiri hormat untuk dirinya. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَتَمَثَّلَ لَهُ النَّاسُ…

  • TUNTUTAN BERJABAT TANGAN

    – Harusnya berpeluk – Larangan tunduk – Syarat-syarat mencium tangan guru / ulama Sabda Nabi ﷺ: مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ، فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا. “Tidak ada dua Muslim yang bertemu lalu mereka berjabat tangan melainkan diampunkan kedua-dua mereka sebelum mereka berpisah.” [Sahih. Riwayat Abu Daud] BERPELUK SETELAH…