| | | | | |

HARI ASYURA: SEDIH ATAU GEMBIRA? BUBUR ASYURA

Syiah sambut Hari Asyura pada 10 Muharam dengan pelbagai bentuk ratapan, termasuk memukul dada dan badan dengan tangan atau rantai berduri. Mereka juga berkabung dan mengenakan pakaian hitam sebagai tanda kesedihan atas kematian al-Husain. Bagi mereka, Hari Asyura adalah hari dukacita.

Adakah Ahli Sunah perlu menyambut Hari Asyura dengan kegembiraan untuk berbeza dengan Syiah?

Jawapannya, tidak.

Ini kerana tiada petunjuk daripada al-Sunah yang menunjukkan keharusan atas galakan untuk menzahirkan kegembiraan khusus pada hari tersebut. Ibadah dalam Islam adalah bersifat tauqifiyyah, iaitu terbatas kepada dalil daripada al-Quran dan al-Sunah. Sebagaimana tiada dalil yang mensyariatkan untuk menzahirkan kesedihan, begitu juga tiada dalil yang mensyariatkan untuk menzahirkan kegembiraan pada hari tersebut.

Adakah asal usul tradisi memasak bubur Asyura bertujuan untuk berbeza dengan amalan Syiah?

Wallahualam. Apa yang pasti, umat Islam hanya diperintahkan untuk berpuasa pada Hari Asyura, sebagaimana yang disepakati oleh para ulama Salaf as-Soleh berdasarkan hadis-hadis sahih.

CATATAN:

Hadis “Barang siapa yang melapangkan kepada keluarganya pada Hari Asyura, maka Allah akan melapangkan baginya sepanjang tahun” adalah daif di sisi para ulama hadis.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
06 Muharam 1446H
02 Julai 2025
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | |

    PERINGKAT-PERINGKAT PENYEMBAHAN KUBUR

    Membuat binaan atas kubur; ⬇️ Iktikaf di kubur orang soleh sebagai tanda cinta; ⬇️ Doa di kubur mustajab; ⬇️ Doa & tawassul dengan penghuni kubur; ⬇️ Doa kepada penghuni kubur, memohon syafaat & pertolongan; ⬇️ Kubur jadi berhala; ⬇️ Pasang lampu-lampu, bunga-bunga & kain permaidani; ⬇️ Mengusap & mencium kubur,…

  • | | |

    TULANG KORBAN BOLEH DIBUANG

    Tulang haiwan korban boleh dibuang, tidak wajib tanam. Pandangan sebahagian bahawa tulang haiwan korban perlu ditanam tidak berasas sama sekali. Tiada dalil suruhan atau anjuran daripada syariat supaya tulang haiwan korban ditanam. Hanya pandangan akal sebahagian pihak semata-mata. Sedangkan Muslim tidak boleh sewenang-wenangnya menganjurkan sesuatu dalam bab hukum agama kecuali…

  • |

    MAJLIS ZIKIR BERGENDANG MENARI

    Celaan Allah ﷻ ke atas mereka yang menjadikan urusan agama mereka sebagai hiburan dan permainan. Firman Allah ﷻ: ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَهُمۡ لَهۡوٗا وَلَعِبٗا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۚ فَٱلۡيَوۡمَ نَنسَىٰهُمۡ كَمَا نَسُواْ لِقَآءَ يَوۡمِهِمۡ هَٰذَا وَمَا كَانُواْ بِآيَٰتِنَا يَجۡحَدُونَ. “Orang-orang yang menjadikan urusan-urusan agama mereka sebagai hiburan dan permainan, dan orang-orang yang…

  • | | |

    PUASA SEBELUM ISLAM

    Manusia sudah lama berpuasa sebelum kedatangan Islam. Ini sebagaimana firman Allah ﷻ: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia telah diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu.” [Al-Quran, al-Baqarah, 2:83] Dan juga sabda Nabi ﷺ: أَفْضَلَ…

  • | | |

    MEMBONGKAR KEBEJATAN KAUM PEROSAK DI BULAN RAMADAN

    “Tapi bulan Ramadan kan elok kita fokus pada ibadah. Tak payah gaduh-gaduh.” Demikian barangkali reaksi sebahagian apabila melihat kebejatan kaum-kaum perosak dibongkar satu persatu dengan bukti dan hujah yang terang lagi nyata. Bukan fitnah, bukan andaian-andaian kosong dan bukan umpatan, tetapi bukti dan dalil daripada perkataan dan perbuatan mereka sendiri….